Wednesday, 23 November 2011

Melayu Penang WAJIB Bangkit

Dalam sibuk PAS menuduh UMNO sedang 'memperkudakan' agensi-agensi Kerajaan seperti SPR dan JPN, mari kita tengok siapa sebenarnya yang telah menggunakan sistem yang ada.

Sebelum dok sembang panjang, kita tengok FAKTA dahulu (bukannya Fitnah yang sering berada di dada Harakah dan Suara Keadilan).

Demografi Pulau Pinang:



Daripada statistik penduduk, 

Melayu = 42.05%
Cina = 40.92%
India = 9.67%
Lain-lain = 7.37%

PERSOALANNYA, KENAPA PENGUNDI CINA LEBIH RAMAI DARIPADA PENGUNDI MELAYU???


Daripada statistik pengundi,


Melayu = 33.63%
Cina = 55.05%
India = 10.85%
Lain-lain = 0.06% + 0.05% + 0.34%

Hebat gile DAP buat magik. Dalam nak hasut rakyat berhimpun dalam demonstrasi BERSIH 2.0, DAP berjaya men'cina'kan Negeri Pulau Pinang!

Kalau dah pengundi Cina banyak cenggini, 'kompom' DAP tetap berkuasa di Penang.

Kalau dah berjaya daftarkan pengundi sampai kalah bilangan Melayu yang patut jadi majoriti, KENAPA PEMBANGKANG MASIH NAK HASUT RAKYAT BERDEMONSTRASI?


BODOH SANGAT KA PAK LEBAI PAS SAMPAI TAK BOLEH PIKIAQ???

Tak percaya dengan statistik pengundi, anda boleh selidik sendiri dengan data yang terbaru.

Aku ulangi.....Cina 40% tapi pengundi 55%, Melayu 42% tapi pengundi 33%


Aku ulangi.....Cina 40% tapi pengundi 55%, Melayu 42% tapi pengundi 33%


Aku ulangi.....Cina 40% tapi pengundi 55%, Melayu 42% tapi pengundi 33%


Aku ulangi.....Cina 40% tapi pengundi 55%, Melayu 42% tapi pengundi 33%


Aku ulangi.....Cina 40% tapi pengundi 55%, Melayu 42% tapi pengundi 33%



*Tak lama lagi Penang akan repeat sejarah Singapura. Melayu semakin jadi minoriti walaupun ramai.


Sumber : MyMassa

Friday, 18 November 2011

GOMO Si Pengembala Lembu

GOMO hari ni mendedahkan beliau telah terjumpa lembu² yg mempunyai rupa paras yg sama dgn beberapa org pemimpin pembangkang.



Pakatan Pembangkang melalui Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Zuraidah menyatakan kepada rakyat bahawa NFC di Gemas N. Sembilan hanya mempunyai 3 ekor lembu sahaja. Hakikatnya apabila Gomo sampai disini dan melihat dengan mata kepala yang ada ni Gomo dapati ada SATU RIBU TIGA RATUS LEBIH lembu yang ada dalam ladang NFC. 

Jelaslah disini permulaan mereka Pakatan pembangkang yang menfitnah dengan adanya 3 ekor lembu sebenarnya ada mereka. 

2 ekor lembu jantan Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution dan seekor lembu betina Zuraidah MP Ampang. 

Gomo akan maklumkan mengenai apa yang ada di National Feedlot Coporation di Gemas N. Sembilan ini dalam masa terdekat demi menjelaskan kepada rakyat Malaysia agar jangan termakan dengan dakyah Fitnah Pakatan Pembangkang. 

Motif utama serangan keatas NFC adalah kerana syarikat ini dimiliki 100% Melayu yang mana dengan berkembang majunya Syarikat ini membuatkan ramai Tauke Besar Cina kerugian besar kerana tidak dapat menguasai pasaran tempatan dengan lembu import mereka. 

Agenda utama Pakatan Pembangkang sebenarnya adalah agenda DAP. Nantikan pendedahannya.... 


Psssttt.... Ada yg kata Blogger backup NFC ni Blogger Lembu? Tak mengapa kerana mereka tidak tahu Hujung pangkal ceritanya..


Sumber : PAPAGOMO

Wednesday, 16 November 2011

Inilah Sebabnya PAS Takut Laksana Hudud

JEDDAH: Tiga lelaki yang terdiri daripada seorang warga Arab Saudi dan dua warga Kanada dihukum pancung semalam di Jeddah selepas didapati bersalah merogol dan meliwat seorang pembantu rumah perempuan serta dua lelaki. 

Tertuduh warga Arab Saudi, Badr Sami Al-Sudani, Ahmad Zain Ishaq dan Muhammad Bashir Hasan masing-masing warga Kanada dihukum bunuh selepas didapati bersalah merogol amah dan dua lelaki di sebuah rumah di daerah Al-Mushrefah, utara Jeddah dua tahun lalu, lapor Arab News. 
Mengikut penghakiman mahkamah, kumpulan lelaki itu menyerang amah selepas beliau menjerit sebaik melihat penceroboh memanjat tembok rumah. 
Jenayah itu bertambah berat sebaik dua lelaki keluar dari bilik mereka selepas mendengar jeritan wanita. Penceroboh mengikat dan menyumbat mulut dua lelaki itu sebelum meliwat mereka. Ketiga-tiga lelaki itu memecah masuk rumah pada lewat malam. 

Polis menyiasat kes itu dan menahan pesalah tidak lama kemudian. – Agensi
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Perogol_peliwatkenapancung/Article

Mungkin ini sebab utama PAS takut nak laksanakan hudud.

Tak naya kalau Perdana Menteri Pakatan kena pancung.



Tuesday, 15 November 2011

Ahli Parlimen PENIPU Rakyat Malaysia


Perbandingan harga yang dilakukan ahli-ahli Parlimen pembangkang terhadap produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) adalah palsu dan bertujuan mengaburi mata rakyat semata-mata.

Sambil membidas tindakan tersebut, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd. (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin berkata, dari segi kualiti, sepatutnya mereka membandingkan produk KR1M dengan produk Carrefour Brand bukannya Carrefour Big Saver.

Katanya, harga produk Carrefour yang dibandingkan pembangkang dengan produk KR1M turut bercanggah dengan harga sebenar produk tersebut di pasaran.


"Produk kami menunjukkan penjimatan antara 30 hingga 50 peratus apabila dibandingkan dengan jenama popular serta antarabangsa misalnya Nestle, P&G, Unilever dan sebagainya. Pembangkang pula membandingkan jenama KR1M dengan jenama persendirian pasar raya lain seperti Carrefour Big Saver.

"23 barangan yang dibandingkan pembangkang adalah tidak berasas kerana terdapat perbezaan daripada segi kualiti seperti pencuci serbaguna, sardin dan teh Ceylon," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebelum ini yang menyatakan bahawa harga dan kualiti produk KR1M tidak seperti yang digambarkan.

Jelas Ameer Ali, kualiti pencuci serba guna adalah berlainan dan mempunyai komposisi berbeza manakala produk sardin yang dibandingkan berbeza daripada segi kualiti dan rupa berbanding produk KR1M.


Tambahnya, perbandingan terhadap teh Ceylon dengan teh hitam keluaran Carrefour turut tidak setara kerana teh Ceylon adalah dari Sri Lanka sepenuhnya dan lebih berkualiti manakala teh hitam adalah campuran sumber teh dari Indonesia dan Sri Lanka.

Berhubung perbandingan produk lain katanya, pembangkang seharusnya membandingkan produk KR1M dengan jenama seperti peluntur pakaian Clorox, pencuci pakaian Dynamo dan sabun buku Dobi.

Daripada segi berat dan isipadu, ujar beliau, Tony membandingkan pencuci pinggan mangkuk KR1M yang berisipadu 400 gram dengan pencuci pinggan mangkuk Carrefour Big Savers berisipadu 350 gram yang kualiti pembungkusannya berbeza.

Beliau menambah, begitu juga dengan produk koktail buah-buahan KR1M yang dibandingkan dengan produk sama jenama Edible Specialities yang isipadunya kurang daripada 150 gram.

Sementara itu, berhubung kandungan khasiat produk, susu pekat KR1M mempunyai khasiat 2 gram protein berbanding krimer manis Carrefour Brand sebanyak 1.6 gram protein.

"Terdapat juga produk yang berlainan jenis dibandingkan oleh Tony iaitu minuman bes blackcurrant KR1M yang dibandingkan dengan kordial anggur Carrefour Big Saver.

"Turut dikesan pada perbandingan pembangkang adalah enam produk yang harganya jauh lebih rendah daripada harga sebenar iaitu tisu tandas, krimer pekat manis, daging kisar jenama Ramly, kentang goreng jenama KK dan minuman berkarbonat," tambah beliau.

Dalam pada itu, pembekal susu segar menolak sama sekali dakwaan susu segar yang dijualnya di KR1M dicemari bakteria E.Coli.

Pengarah Corakmas Marketing Sdn. Bhd, Low Chee Keong berkata, setiap susu yang dibekalkan telah menjalani sebanyak dua pemeringkatan saringan sebelum dipasarkan KR1M.

"Kami menerima susu segar daripada penternak-penternak lembu seawal pagi yang akan diuji tahap bakteria terlebih dahulu sebelum dibeli daripada mereka.

"Malah dalam pemprosesan kilang, kita berjaya mengurangkan tahap kehadiran koloni bakteria sebanyak 1,000 dengan tahap suhu setinggi 85 darjah selsius," tegasnya.

Monday, 14 November 2011

Nurul Izzah Duta Kedai 1 Malaysia


Setelah menepis pelbagai desas desus dakwaan Nurul Izzah dilantik menjadi duta Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M), hari ini semuanya telah terbukti dgn kemunculan poster promosi pembukaan KR1M di Pantai Dalam.

Lihat poster di bawah.

Bila nak keluar gambar sorang lagi duta KR1M - Tony Phua?

Sumber : REZQEEN HILL