Monday, 15 August 2011

Pembangkang Putus Haid

Hot-hot story !!!

Sudahlah Perhimpunan BERSHIT, 9 Julai 2011 yang lepas telah menghuru harakan bumi Malaysia, kini timbul pula surat yang didakwa dikeluarkan oleh Pegawai² Polis DiRaja Malaysia (PRDM) kononnya.

Ada pulak usaha 'sekumpulan' pegawai Polis yang hendak menjatuhkan Najib dan kerajaan BN.



Kononnya juga surat ini dihantar kepada Yang DiPertuan Agung dan juga barisan kepimpinan UMNO untuk kembali ke 'pangkal jalan'.

Apa yang admin geli hati, penulisan Pegawai Polis tersebut seperti orang yang terlalu marahkan barisan kepimpinan Najib. Jika benar, kenapa ya?

Admin yakin, ini bukan kerja Polis lah. Sudah tentu kerja si penjahanam negara.

Baca transkrip di bawah.

KEPADA SURAT TERBUKA

YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA

PENGERUSI BERSIH

SUHAKAM

DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEAMANAN

PELANGGARAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA OLEH KERAJAAN PIMPIMPAN NAJIB TUN RAZAK

SUKACITA INGIN KAMI MENARIK PERHATIAN SERI PADUKA YANG DIPERTUAN AGONG DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG PERIHATIN DI ATAS KETEMPANGAN PIMPINAN YANG ADA SEKARANG.

KAMI MEWAKILI BADAN KEPOLISIAN YANG BERNAUNG DIBAWAH YDPA MEMANG SAMA SEKALI TIDAK MENYOKONG KEGANASAN DALAM MENANGANI PERHIMPUNAN YANG DIANJURKAN SECARA AMAN OLEH PIHAK NGO DAN PEMBANGKANG. APA YANG KAMI KESALKAN PERKARA INI ADALAH KERANA TERDAPATNYA PENGKHIANAT YANG TERDIRI DARIPADA PEGAWAI ATASAN DAN BAWAHAN YANG MEMPUNYAI KEPENTINGAN PERIBADI DAN MENDAPAT HABUAN UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI.

KAMI MEMANG MENGIKUTI DAN MENYIASAT PERKARA INI DAN MEMANG KPN DAN TIMBALAN KPN ADALAH ORANG YANG TERLIBAT DI DALAM MENCATURKAN ATAS ARAHAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI DALAM NEGERINYA MAHUKAN AGAR TITAH YDPA ITU DIKETEPIKAN ATAS SEBAB-SEBAB KESELAMATAN. PIHAK KAMI DALAM PERBINCANGAN ITU TIDAK BERSETUJU DIGUNAKAN TEKANAN KEPADA RAKYAT YANG BERHIMPUN TETAPI PUAK-PUAK INILAH YANG TELAH MEMBUAT PELANGGARAN UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN MALAYSIA. PEGUAM NEGARA GANI PATAIL DAN DATUK BAKRI TERLIBAT DALAM MEMALSUKAN DOKUMEN. DISAMPING ITU JUGA TIDAK DINAFIKAN BEBERAPA PEGAWAI KANAN DATUK RIDWON KP MELAKA DAHULU, DATUK KP PULAU PINANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM PERKARA INI.

KAMI TIDAK DAPAT BERBUAT APA-APA MENGHALANG PERKARA INI KERANA KUASA ITU DIBAWAH KPN KAMI DIUGUT DAN TEKAN SUPAYA TIDAK INGKAT ARAHAN DAN BAKAL DITANGKAP JIKA MENENTANG KERAJAAN NAJIB. APA YANG KAMI HARAPKAN KAMI MEMOHON TAKZIAH KEPADA SAUDARA IBRAHIM YANGDIKENALI ATAS KEMATIAN SEMOGA DIROHNYA DIRAHMATI OLEH ALLAH DAN KEMAAFAN KERANA RAMAI RAKYAT YANG TERPAKSA MENANGGUNG KESUSAHAN SEMATA-MATA MEMPERJUANGKAN KEBENARAN DAN KAMI SENTIASA MENYOKONG SECARA SENYAP SEHINGGALAH DISAMPING MEMASTIKAN PENGKHIANAT DALAM PASUKAN PDRM DITANGKAP DAN DIDAKWA OLEH MAHKAMAH APABILA BERJAYA DIPRU 13 INSYALLAH…

OLEH YANG DEMIKIAN KAMI BERHARAP RAKYAT TIDAK MENYALAHKAN KAMI KERANA KAMIPUN FAHAM KAMI TERIKAT DENGAN PEMERINTAH YANG ZALIM RAKYATLAH KAMI AKAN BERSAMA-SAMA RAKYAT MENRUBAH KEPIMPINAN YANG ADA KEPADA KEPIMPINAN YANG LAIN. KAMI SANGAT SEDIH DSAI, PEMIMPIN, AHLI ULAMAK TUAN-TUAN GURU KAMI KENALI DAN BERJUANG BERSAMA-SAMA DAN RAKYAT DITEKAN OLEH PEMERINTAH YANG ZALIM. KAMI MENYOKONG PENUH SUPAYA MOMENTUM INI DITERUSKAN UNTUK MEMBELA NASIB KAMI DAN PERUBAHAN DAPAT DIBUAT DALAM PASUKAN KESELAMATAN, GUAMAN, KEMENTERIAN DALAM NEGERI, SEMUA JABATAN DAPAT DIPERBAIKI DENGAN PEMERINTAH YANG BARU.

(muka surat 2)

ANWAR IBRAHIM ADALAH BOHONG BELAKA DAN CIPTAAN KERAJAAN PEMERINTAH YANG ZALIM BAGI MEMANDANGKAN KUASA PEMERINTAHNYA, KAMI MENGENALI DSAI WALAUPUN BERJAUHAN KERANAN KEKANGAN SISTEM PEMERINTAH YANG ZALIM INI.

KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI KANAN DAN ANGGOTA YANG MENJADI TALIBARUT PEMERINTAH YANG ZALIM KAMI NASIHATKAN BALIKLAH KE PANGKAL JALAN KERANA PERBUATAN ITU AKAN MENZALIMI DARI KITA SENDIRI DAN KELUARGA KITA KENA MELIHAT KEHADAPAN APAKAH KITA INGINKAN ANAK KITA KECEWA, SEDIH, TRAUMA KERANA KITA MENIPU ANAK-ANAK KITA TENTANG KEBENARAN TIDAKKAH TERFIKIR APA AKAN BERLAKU JIKA PERKARA INI BERBALIK KEPADA KITA, KELUARGA, ISTERI DAN ANAK-ANAK KITA? APABILA MAKHLUK ALLAH YANG DIANIAYA ITU BERDOA SANGGUPKAH KITA MENGHARUNGINYA DIDUNIA DAN AKHIRAT? KENA INGAT HIDUP KITA KERANA ALLAH JIKA KITA SEKSA MAKHLUK YANG TIDAK BERSALAH KITA AKAN BERTANGGUNGJAWAB KEPADA ALLAH TIDAK KIRA ISLAM ATAU TIDAK. TERUTAMA KEPADA PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN (FRU) KITA TIDAK BOLEH EGO DAN BANGGA DENGAN TUGAS KITA YANG MERASAKAN KUAT DAN TAHAN MEMUKUL DAN MENGGANAS SEMATA-MATA KERANA RAKYAT YANG TIDAK AKAN KUDRAT BERJUANG KEPADA KEBENARAN YANG TELAH JELAS NYATA UNTUK KEBAIKAN KITA SEMUA. MAKA HENDAKLAH KITA MENGAWAL KESELAMATAN RAKYAT BUKAN MENGIKUT SURUHAN TALIBARUT PEMERINTAH YANG ZALIM.

KAMI JUGA MEMOHON AGAR DIADAKAN TAMBAH BAIK PASUKAN KESELAMATAN KELAK IAITU:-

1. KENAIKAN PANGKAT-PANGKAT RENDAH DIPERMUDAHKAN TANPA TEMUDUGA DINAIKAN PANGKAT LAYAK APABILA BERKHIDMAT MELEBIHI 5 TAHUN

2. UNIT BAKA PERLU DIPERBAIKI DAN DILETAKKAN DIBAWAH JAGAAN PEGAWAI AWAM DAN TIDAK TERIKAT DENGAN ARAHAN PIHAK ATASAN INI KERANA BAKA SEKARANG TUGAS SEBAGAI BACAAN DOA SEPATUTNYA BERFUNGSI SEBAGAI PENASIHAT DAN MEMBETULKAN MANA YANG SALAH DAN SILAP

3. DILETAKAN DIBAWAH PARLIMEN SUPAYA TIDAK BERPIHAK DENGAN MANA-MANA PARTI POLITIK. TEKANAN TERLALU BANYAK SEKARANG KEPADA PARTI YANG MEMERINTAH UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI

4. MENDAKWA MENTERI DALAM NEGERI KERANA MENTERI INILAH YANG BANYAK MEMBAWA MASALAH KEPADA PASUKAN KESELAMATAN. TIDAK LUPA JUGA MENTERI HISHAMUDDIN INI JUGALAH PEROSAK KEPADA SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA KETIKA MENJADI MENTERI PELAJARAN.

5. MENYOKONG UNDI POS DIHAPUSKAN KERANA TIDAK RELEVEN KEADAAN MASA SEKARANG

6. MEMBERIKAN KEMUDAHAN YANG LEBIH BAIK LAGI DALAM SISTEM KEPOLISIAN.

7. MEMBUAT PEMUTIHAN KEPADA PEGAWAI DAN ANGGOTA YANG TERLIBAT TALIBARUT KEPADA PEMERINTAH YANG ZALIM

8. MEMBUAT PEMBAHARUAN SEMUA JABATAN DAN SEKTOR PDRM DENGAN BAIK

9. MEMBUAT PEMUTIHAN CAWANGAN-CAWANGAN UTK, SB, DAN LAIN-LAIN CAWANGAN KHAS YANG MANA CAWANGAN INI HANYA BERFUNGSI UNTUK MENJAGA PERIUK NASI PEMERINTAH YANG TAMAKKAN KUASA SEKARANG

10. MEMBUAT PERANCANGAN SEMULA KEDUDUKAN PENGGUNA PASUKAN KESELAMATAN KEPADA MENTERI-MENTERI YANG ADA KERANA TIADA FUNGSI HANYA KEPENTINGAN MENTERI ITU SENDIRI. SECARA TIDAK LANGSUNG MAIN POWER PAASUKAN KESELAMATAN DAPAT DIMINIMAKAN DAN DITUMPUKAN KEPADA KEBAJIKAN MASYARAKAT.

KAMI BERHARAP PIHAK AHLI PARLIMEN UMNO SEDAR DAN BALIKLAH KE PANGKAL JALAN. OLEH ITU KITA WAJIB MEMBUAT PERUBAHAN MENUKAR PEMRINTAH YANG ZALIM INI PADA PRU 13. SEMOGA WARKAH INI MEMBERI BERITA BAIK BUAT RAKYAT DAN TUAN-TUAN GURU, ULAMAK DAN PEMIMPIN

TAKBIR!!!!!!

IKHLAS DARIPADA

PPRPD/PKCW




So, apa pendapat para pembaca sekalian?


Terima kasih REZQEEN HILL

1 comment:

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.