Thursday, 10 November 2011
Fatwa 1 : Bob Lokman Isytihar Rakyat Johor Murtad
Orang Johor begitu buruk pada pandangan mata para pemimpin pakatan.Kita dikejutkan dengan penghinaan oleh Lim Guan Eng apabila beliau memburukkan negeri Johor kononnya kadar jenayah yang tinggi.
Sehingga sekarang walau pun Lim Guan Eng terbukti membuat fitnah beliau masih tidak memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Johor.
Setelah difitnah dengan kadar jenayah yang tinggi oleh Guan Eng,Seluruh rakyat Johor yang bekerja di Singapura sekarang ini sudah dianggap murtad oleh Bob Lokman .Bekas pelawak ini memberi tazkirah di PASTI,Sg Burong Balik Pulau selepas maghrib pada 9/10/11 dengan dihadiri oleh 50 orang khawarij PAS bersama PKR.
Bob Lokman berkata rakyat Johor disifatkan murtad kerana terpaksa keluar seawal jam 5 pagi untuk pergi bekerja di Singapura,beliau menuduh rakyat Johor tidak melakukan solat kerana keluar dari rumah awal pagi dan pulang pada waktu petang.Katanya mereka mereka ini tidak ada masa untuk bersolat.
Maka kesemuanya dihukum murtad.Begitulah penghinaan dan dihukum murtad terhadap rakyat Johor. Bob Lokman beranggapan beliau sudah setaraf alim ulamak dengan hanya menyertai PAS kemudian sudah boleh mengkafirkan orang lain.
Bob Lokman berasakan dirinya terlebih suci hingga sewenang wenangnya menyerang umat Islam lain kerana berpendapat hanya PAS saja yang punyai islam yang tulen.
Terlalu banyak fakta bodoh dan fitnah yang kononnya dianggap sebagai tazkirah yang diperkatakan oleh Bob Lokman,tak perlu Pisau dedahkan kerana kita sendiri akan terasa bodoh apabila mendengar tazkirah beliau, Bob Lokman begitu angkuh dan berasa bangga kerana mengangkat dirinya sebagai pendakwah setelah mendapat "hidayah" untuk menyertai khawarij PAS.
Rakyat Johor! Baru ni DAP kata rakyat johor penyamun & penjenayah,sekarang PAS kata Anda dah jatuh murtad? Apa macam sekarang?
Sumber : Pisau.net
p/s : tak sabar tunggu fatwa seterusnya dari Al Fadhil Tuan Yg Terutama Ustaz Bob Lokman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dengar cerita, kena waran tangkap, tapi masih dok bagi ceramah lagi.
ReplyDelete