Friday, 14 March 2014

Ikhlaskah Wan Azizah Menjadi Wakil Rakyat Di DUN #Kajang #PRKKajang


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengakui penglibatannya dalam politik selama ini kerana terpaksa dan semata-mata untuk membela suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mangsa ketidakadilan.

Beliau yang merupakan calon PKR bagi kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berkata, segala-galanya bermula pada 1998 ketika Anwar pertama kali dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan meliwat.

Menurut Wan Azizah, selepas suaminya dibebaskan, dia kemudiannya membuat keputusan untuk berhenti berpolitik, namun menarik balik niat tersebut baru-baru ini apabila Anwar yang juga Ketua Pembangkang sekali lagi dihukum atas kesalahan sama pada 7 Mac lalu."Saya tidak sangka akan jadi calon selepas 11 Mac, kerana (walaupun) sudah lama saya berkecimpung dalam politik, kerana bukan pilihan saya sendiri, tetapi saya terpanggil pada 1998 apabila terjadi tragedi hitam dalam hidup kami, maka saya terjun dalam politik.

"Saya fikirkan apabila suami saya bebas dan rakyat bersatu, kita lihat banyak perkembangan serta lonjakan politik dalam negara, saya rasa syukur Alhamdulillah, sudah buat apa yang mampu.

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.