Thursday, 24 April 2014
Kapal Terbang Firelyz Mengalami Kegagalan Gear Mendarat
Pesawat milik Syarikat Penerbangan Firefly FY1002 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabagsa Pulau Pinang ke Kota Bharu, Kelantan pada jam 6.55 pagi terpaksa berpatah balik akibat masalah teknikal.
Pesawat itu berpatah balik pada jam 7.30 pagi selepas gear mendarat pesawat itu didapati gagal berfungsi selepas berlepas. Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan syarikat penerbangan itu, pesawat itu diarahkan berpatah balik ke Lapangan Terbang Pulau Pinang sebagai langkah keselamatan.
Menurut kenyataan itu, Pasukan Penyelamat Lapangan Terbang (Airport Fire Rescue Sevices) tidak diperlukan kerana pesawat itu melakukan pendaratan normal.
Terdapat seramai 64 penumpang dan empat anak kapal dalam pesawat itu dan penerbangan FY1002 dijadualkan semula dan berlepas ke Kota Bharu, Kelantan pada jam 8.50 pagi pada hari yang sama.
Pesawat itu dilaporkan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Kota Bharu, Kelantan pada jam 9.50 pagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.
Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.