Sebelum aku nak mula
bicara rasanya masih belum lewat untuk aku ucapkan tahniah kepada @khairykj
kerana telah ‘meng upgrade’ Unit Media Baru (UMB) menjadi Biro Media Sosial
(BMS). Maknanya di sini, dari unit kecil telah diiktiraf menjadi Biro, sesuatu
yang perlu dan penting.
Bezanya dulu di Pengerusikan oleh @tunfaisal (UMB) dan sekarang @ibdil
pula menjadi Pengerusi BMS. Tapi
malangnya sehingga ke hari ini, semenjak dilantik tiada gerak kerja malah malah
kelibat BMS hari ini di media2 social terus tenggelam!! Amat menyedihkan dan
memalukan Pemuda UMNO Msia khususnya. Perang siber di PRK Kajang GAGAL, yang
menanti PRK Teluk Intan, Tasik Gelugor dan mungkin Batu di Wilayah Persekutuan
(WP) sendiri.
