Seorang rakan yang aktif dalam UBU atau Universiti Bangsar Utama menyatakan Hishamuddin Rais, bekas pelajar keciciran yang lari mencicit ke luar negara sebelum akhirnya pulang setelah ibu dan kakaknya bermodalkan air mata memohon simpati daripada rakyat Malaysia, sedang merancang untuk melakukan keganasan bersama-sama Tian Chua, Ahli Parlimen Batu yang tidak pernah bekerja untuk rakyat yang diwakilinya, sebaliknya lebih sibuk melakukan provokasi dan mencari-cari jalan bagi memulakan keganasan.
Tentu ramai yang masih ingat bagaimana Hishamuddin Rais begitu bersungguh-sungguh berkempen dengan lawak bangangnya, konon-kononnya sebagai stand-up comedian, ketika BERSIH 2.0 agar lebih ramai anak muda yang muncul dan berarak di jalan raya.
Hishamuddin yang menjadikan Lincoln Institute pada 1974 sebagai pangkalan fahaman sosialisme dan komunisme berbanding Anwar Ibrahim yang berpura-pura sebagai sosialis tetapi sebenarnya berkiblatkan kapitalis Amerika dan Zionis, merupakan salah seorang daripada pelajar Universiti Malaya yang keciciran dalam pelajaran.
Sehingga sekarang, Hishamuddin Rais yang mengaku pernah belajar di Britain, tidak pernah memberikan sebarang jasa kepada negara, sekalipun itulah ikrar dan janjinya ketika dia pulang ke negara ini pada pertengahan 1990-an dahulu.
Di sebalik cerita tentang BERSIH 3.0 yang khabarnya bakal mengumpulkan sekurang-kurangnya setengah juta rakyat Malaysia di Dataran Merdeka, Hishamuddin Rais dan Tian Chua dilaporkan mempunyai rancangan yang tersendiri tanpa pengetahuan Ambiga Sreevanasan.
Rancangan tersebut meibatkan kekacauan di tengah-tengah bandaraya pada hari BERSIH 3.0 diadakan. Walaupun Ambiga dan para pemimpin BERSIH 3.0 menyatakan bahawa bantahan yang akan mereka lakukan tidak akan melibatkan keganasan, namun Hishamuddin Rais dan Tian Chua sudah pun mengumpulkan 'kakitangan' untuk menjayakan rancangan mereka.
Tian Chua ketika BERSIH 2.0 telah cuba mencetuskan keganasan apabila mengetuai sebilangan Melayu menyerang anggota polis. Bagaimanapun, dek kerana jumlah mereka yang sedikit, selain perancangan yang kacau-bilau, serangan tersebut tidak berjaya walaupun ketika ditanya, Tian Chua dengan wajah selamba berkata, polis yang menyerang mereka terlebih dahulu biarpun bukti video menunjukkan sebaliknya.
Perancangan kali ini lebih kemas, menurut rakan yang bersama-sama dalam UBU. Apatah lagi menurutnya, ketiadaan dan kekurangan promosi tentang BERSIH 3.0 memberikan ruang yang lebih besar untuk Hishamuddin Rais dan Tian Chua melancarkan sesuatu yang mampu mewujudkan darurat, sekaligus memberikan peluang kepada Anwar Ibrahim untuk muncul sebagai wira dan hero.
Sama ada rakan di dalam UBU itu bercakap benar atau sekadar bercakap gah tentang BERSIH 3.0 yang kelihatan suram dan agak mustahil untuk mencapai sasaran 500 ribu peserta, tidak pula dapat dipastikan.
Tetapi apabila ianya membabitkan Hishamuddin Rais yang pernah menangis dan bermain jiwa apabila kumpulan muzik kesayangannya tunjuk punggung dalam satu persembahan PKR, ditambah pula dengan penyertaan Tian Chua yang memang terkenal sebagai kaki kacau, maka CAKAP BESAR ini sebenarnya ada isyarat-isyarat tertentu!!!
No comments:
Post a Comment
Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.
Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.