Friday, 9 September 2011

Caj 6% Pun Nak Marah !!

Hari ni ramai orang marah sama kerajaan.
Ini angkara pengenaan cukai perkhidmatan sebanyak 6% bagi pembelian tambah nilai prabayar @ prepaid.

Yang ramai guna prepaid ni biasanya student IPT. Begitu juga dengan warga asing yang bekerja di Malaysia. Suami-suami pun ada jugak yang pakai prepaid walaupun sudah langgan postpaid. Mungkin digunakan utk geli-geli dengan skandal. Nak sorok daripada bini kononnya.

Walapun ramai yang bising bila kena cukai 6% pasal beli prepaid, tapi kadang kala kita lupa dan tidak sedar. Banyak benda lain yang kita beli dan guna turut dikenakan cukai.

Makan di KFC, McD atau Pizza Hut, kena bayar cukai.
Makan di kopitiam seperti Paparich atau Old Town, kena bayar cukai.
Makan di Restoran Nasi Kandar, ada juga kena cukai.
Makan di RnR PLUS, pun ada cukai.
Langgan astro untuk tonton pasukan kegemaran bermain turut dicukai.
Namun, masih ramai yang rela bayar walaupun kosnya agak tinggi. Sanggup tutup sebelah mata.
Ala...harga rokok yang mahal pun orang sanggup beli dan hisap.
Itu lah realiti rakyat Malaysia.

Berbalik pada cukai 6% prepaid, sama jugak la kisahnya.
Kalau anda marah sangat dan tak sanggup nak bayar sesen pun cukai berkenaan, masih ada alternatif lain.
Guna public phone salah satunya. Habis cerita.



Sumber : Nasionalis1982


P/s: SETUJU benar lah dengan pendapat blogger ni. 

1 comment:

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.