Disaat semua pihak bersimpati pada kematian jurugambar BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, muncul kenyataan tanpa diundang dari pemimpin PKR yang cuba mempolitikkan kematian arwah.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya didalam Twitternya telah menyifatkan kematian Arwah Noramfaizul sebagai satu hipokrasi UMNO. Pemimpin PKR ini tanpa segan silu menyalahkan UMNO diatas kematian jurugambar tersebut.
Inilah yang kita katakan sebagai tak berperikemanusiaan dan juga berhati binatang. Kenapa harus dipolitikkan kematian arwah sedangkan banyak lagi isu yang boleh Latheefa Koya ini mainkan untuk mencari mileage politik didalam negara?
Kalau sampai kematian pun jadi modal untuk berpolitik, cuba bayangkan apa lagi perkara diluar imaginasi yang sanggup puak-puak ini mainkan demi survival parti mereka demi untuk menjatuhkan kepimpinan kerajaan?
Baru-baru ini kita semua dikejutkan dengan tindakan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu yang cuba mengubah sejarah kemerdekaan negara. Mat Sabu cuba mengangkat komunis yang zalim dan kejam terhadap rakyat sekitar tahun 1940-1980 sebagai pejuang sebenar kemerdekaan.
Kini muncul pula Latheefa Koya yang menuduh misi bantuan kemanusiaan dari Kerajaan Malaysia ke Somalia sebagai satu kaedah hipokrasi sehingga mengorbankan nyawa. Apakah kini puak-puak Pakatan sudah hilang akal didalam mencari modal berpolitik?
Apakah ini saja yang mampu pemimpin-pemimpin utama Pakatan lakukan didalam mencari sokongan rakyat terhadap perjuangan mereka? Inikah kualiti pemimpin yang dikatakan mampu membawa Malaysia menjadi lebih baik seandainya mereka menang di PRU akan datang?
Cuba kita bayangkan, bagaimana perasaan ibu, ayah dan juga keluarga Arwah Noramfaizul apabila mengetahui ada pemimpin Pakatan yang cuba meraih populariti murahan dengan mempolitikkan kematian arwah. Sudah tentu kena cili mulut Latheefa Koya.
Dan jika benar Latheefa Koya benar-benar berani, sanggup tak dia bercakap sendiri di depan keluarga Arwah Noramfaizul sepertimana apa yang dia tulis dalam Twitternya? Kalau setakat berani dalam Twitter dan dikalangan penyokong sendiri, jangan bermimpilah nak jadi pemimpin.
Jika sikap seperti Latheefa Koya dan juga Mat Sabu ini dianggap sebagai terpuji dan bagus untuk melayakkan mereka menjadi pemimpin yang hebat, memang bodohlah puak-puak PAS dan PKR yang siang malam memuja mereka. Memang terbukti bahawa ahli-ahli serta penyokong Pakatan tak tahu untuk memilih pemimpin!!
No comments:
Post a Comment
Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.
Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.