Wednesday, 14 September 2011

Tuntutlah Ilmu Hingga Ke Malaysia -



“Presiden Barack Obama boleh mempelajari banyak perkara daripada Perdana Menteri anda” - Steve Forbes


KUALA LUMPUR: Banyak perkara boleh diteladani kerajaan Amerika Syarikat (AS) dari Malaysia terutama dalam pembaharuan ekonomi, khususnya penerokaan peluang baru perniagaan, kata Pengerusi dan Ketua Pengarang Forbes Media, Steve Forbes (gambar).
Katanya, sebagai negara bergantung kepada eksport, Malaysia dapat menghasilkan barisan produk serta perkhidmatan selaras dengan keperluan pasaran, justeru memudahkannya berlindung daripada kesan persekitaran ekonomi global yang tidak menentu.
“Saya bukan cuba untuk bertindak diplomatik di sini, namun begitu Perdana Menteri anda (Datuk Seri Najib Razak) diharap dapat memberi nasihat kepada kerajaan kami mengenai tindakan pembaharuan ekonomi, terutama mengenai cara membuka peluang perniagaan dan bukan menutup peluang itu. 

“Presiden Barack Obama boleh mempelajari banyak perkara daripada Perdana Menteri anda,” katanya dalam satu temubual dengan Berita Harian di luar Persidangan Ketua Eksekutif Forbes ke-11 di Kuala Lumpur, semalam. 

Forbes, yang berada di ibu negara selama lima hari, berkata bagi memastikan negara mencapai matlamat ekonomi berpendapatan tinggi dalam tempoh 10 tahun lagi, kerajaan perlu menambah baik dari segi menghapuskan halangan birokrat, khususnya menyeragamkan proses menjalankan perniagaan pada peringkat domestik. 
Katanya, Malaysia juga perlu menimbang keperluan untuk menarik lebih ramai kumpulan ekspatriat berkemahiran tinggi dalam usaha menambah nilai kepada ekonomi negara. 
“Tenaga kerja berkemahiran tinggi seperti itu akan membantu Malaysia untuk meneruskan pertumbuhan ekonomi,” katanya. 

Beliau menegaskan, daripada pemerhatiannya, Malaysia tidak berdepan halangan besar untuk menjadi maju dalam masa 10 tahun lagi, melainkan jika ekonomi di seluruh dunia runtuh sepenuhnya. 

“Keruntuhan itu tidak akan berlaku kerana pada 2013 ekonomi AS dijangka bangkit semula. Keadaannya akan menjadi lebih baik di AS dan kemudian diikuti zon Eropah. 

“Hari-hari yang baik akan muncul di sini (Malaysia), tetapi dengan syarat negara ini perlu menjadi sebuah ekonomi yang berbelanja secara berhemah, maka anda akan lebih berdaya saing dan mampu berdepan dengan keadaan yang lebih sukar pada masa depan,” katanya. 

Forbes yang kali terakhir berada di Kuala Lumpur dua tahun lalu menambah, sepanjang tempoh itu juga Malaysia telah melaksanakan tindakan jauh ke depan untuk merealisasikan wawasannya menjadi negara maju pada 2020. 

Dalam perkembangan sama, For-bes berkata beliau mahu lebih banyak syarikat Malaysia diletakkan di dalam senarai Forbes Asia Fab 50, iaitu kumpulan syarikat Asia Pasifik yang mencatat prestasi perniagaan cemerlang. 

Firma telekomunikasi tempatan, Axiata Group Bhd muncul satu-satunya syarikat tempatan yang disenaraikan dalam Forbes Asia Fab 50 tahun ini, dalam keluaran khas terkini majalah berkenaan. 




__________________________

Orang luar sendiri dah iktiraf kepimpinan Malaysia dan ekonomi Malaysia tetapi lihat pula rakyat sendiri. Langsung tidak mengiktiraf kepakaran dalaman dan barisan saf kepimpinan negara. Rakyat khususnya pembangkang harus malu kepada diri sendiri.



Kita mempunyai PERDANA MENTERI yg bagus dan barisan kabinet yg baik serta teraju negara yang tersusun dan berhemah. Tetapi malangnya bagi negara bernama Malaysia ialah apabila rakyatnya sendiri memperlekehkan apa yg mereka punyai sekarang.

Rakyat Malaysia hari ini tidak berbangga dengan apa yang mereka kecapi dan ada. Dahulu jika seseorang rakyat Malaysia berjaya mendaki Gunung Everest, berenang merentasi Laut Inggeris, menjelajah ke Antartika, satu Malaysia bangga. Rakyat di selatan Thailand pun turut sama bangga, sama la juga rakyat Indonesia yg berhijrah ke Malaysia pun turut bangga.

Hari ini, jangan haraplah ada orang yg berbangga dgn pencapaian rakyat Malaysia. Lebih banyak yg kutuk berbanding yg memuji. Lihat sajalah misi kemanusiaan 1 Malaysia ke Somalia baru-baru ini yg mengorbankan seorang wartawan Bernama - Noramfaizul. 

Bukan hendak dipuji langkah berani 'mati' misi tersebut tetapi rakyat lebih gemar mempolitikkan semua perkara. Jika sudah ditakdirkan Tuhan bahawa kematian pastinya akan datang, maka kita tidak boleh menangguhkannya hanya disebabkan tempat tersebut tidak sesuai kerana bukannya di tanah air sendiri.

Itu semua sudah menjadi ketentuan ilahi, maka kita kena redha dengan apa yg terjadi. Sama juga dgn hal ini. Rakyat Amerika tidak memandang Najib sebagai seorang Perdana Menteri 1 Malaysia sahaja. Mereka melihat Najib sebagai orang yg berkebolehan menyatukan rakyat, menjana ekonomi negara dan dalam masa yg sama sebagai seorang pemimpin yg tahu ke mana arah tuju negara.

Jadi fikir-fikirkanlah ya wahai rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.