Wednesday 14 September 2011

Tuntutlah Ilmu Hingga Ke Malaysia -



“Presiden Barack Obama boleh mempelajari banyak perkara daripada Perdana Menteri anda” - Steve Forbes


KUALA LUMPUR: Banyak perkara boleh diteladani kerajaan Amerika Syarikat (AS) dari Malaysia terutama dalam pembaharuan ekonomi, khususnya penerokaan peluang baru perniagaan, kata Pengerusi dan Ketua Pengarang Forbes Media, Steve Forbes (gambar).
Katanya, sebagai negara bergantung kepada eksport, Malaysia dapat menghasilkan barisan produk serta perkhidmatan selaras dengan keperluan pasaran, justeru memudahkannya berlindung daripada kesan persekitaran ekonomi global yang tidak menentu.
“Saya bukan cuba untuk bertindak diplomatik di sini, namun begitu Perdana Menteri anda (Datuk Seri Najib Razak) diharap dapat memberi nasihat kepada kerajaan kami mengenai tindakan pembaharuan ekonomi, terutama mengenai cara membuka peluang perniagaan dan bukan menutup peluang itu. 

“Presiden Barack Obama boleh mempelajari banyak perkara daripada Perdana Menteri anda,” katanya dalam satu temubual dengan Berita Harian di luar Persidangan Ketua Eksekutif Forbes ke-11 di Kuala Lumpur, semalam. 

Forbes, yang berada di ibu negara selama lima hari, berkata bagi memastikan negara mencapai matlamat ekonomi berpendapatan tinggi dalam tempoh 10 tahun lagi, kerajaan perlu menambah baik dari segi menghapuskan halangan birokrat, khususnya menyeragamkan proses menjalankan perniagaan pada peringkat domestik. 
Katanya, Malaysia juga perlu menimbang keperluan untuk menarik lebih ramai kumpulan ekspatriat berkemahiran tinggi dalam usaha menambah nilai kepada ekonomi negara. 
“Tenaga kerja berkemahiran tinggi seperti itu akan membantu Malaysia untuk meneruskan pertumbuhan ekonomi,” katanya. 

Beliau menegaskan, daripada pemerhatiannya, Malaysia tidak berdepan halangan besar untuk menjadi maju dalam masa 10 tahun lagi, melainkan jika ekonomi di seluruh dunia runtuh sepenuhnya. 

“Keruntuhan itu tidak akan berlaku kerana pada 2013 ekonomi AS dijangka bangkit semula. Keadaannya akan menjadi lebih baik di AS dan kemudian diikuti zon Eropah. 

“Hari-hari yang baik akan muncul di sini (Malaysia), tetapi dengan syarat negara ini perlu menjadi sebuah ekonomi yang berbelanja secara berhemah, maka anda akan lebih berdaya saing dan mampu berdepan dengan keadaan yang lebih sukar pada masa depan,” katanya. 

Forbes yang kali terakhir berada di Kuala Lumpur dua tahun lalu menambah, sepanjang tempoh itu juga Malaysia telah melaksanakan tindakan jauh ke depan untuk merealisasikan wawasannya menjadi negara maju pada 2020. 

Dalam perkembangan sama, For-bes berkata beliau mahu lebih banyak syarikat Malaysia diletakkan di dalam senarai Forbes Asia Fab 50, iaitu kumpulan syarikat Asia Pasifik yang mencatat prestasi perniagaan cemerlang. 

Firma telekomunikasi tempatan, Axiata Group Bhd muncul satu-satunya syarikat tempatan yang disenaraikan dalam Forbes Asia Fab 50 tahun ini, dalam keluaran khas terkini majalah berkenaan. 




__________________________

Orang luar sendiri dah iktiraf kepimpinan Malaysia dan ekonomi Malaysia tetapi lihat pula rakyat sendiri. Langsung tidak mengiktiraf kepakaran dalaman dan barisan saf kepimpinan negara. Rakyat khususnya pembangkang harus malu kepada diri sendiri.



Kita mempunyai PERDANA MENTERI yg bagus dan barisan kabinet yg baik serta teraju negara yang tersusun dan berhemah. Tetapi malangnya bagi negara bernama Malaysia ialah apabila rakyatnya sendiri memperlekehkan apa yg mereka punyai sekarang.

Rakyat Malaysia hari ini tidak berbangga dengan apa yang mereka kecapi dan ada. Dahulu jika seseorang rakyat Malaysia berjaya mendaki Gunung Everest, berenang merentasi Laut Inggeris, menjelajah ke Antartika, satu Malaysia bangga. Rakyat di selatan Thailand pun turut sama bangga, sama la juga rakyat Indonesia yg berhijrah ke Malaysia pun turut bangga.

Hari ini, jangan haraplah ada orang yg berbangga dgn pencapaian rakyat Malaysia. Lebih banyak yg kutuk berbanding yg memuji. Lihat sajalah misi kemanusiaan 1 Malaysia ke Somalia baru-baru ini yg mengorbankan seorang wartawan Bernama - Noramfaizul. 

Bukan hendak dipuji langkah berani 'mati' misi tersebut tetapi rakyat lebih gemar mempolitikkan semua perkara. Jika sudah ditakdirkan Tuhan bahawa kematian pastinya akan datang, maka kita tidak boleh menangguhkannya hanya disebabkan tempat tersebut tidak sesuai kerana bukannya di tanah air sendiri.

Itu semua sudah menjadi ketentuan ilahi, maka kita kena redha dengan apa yg terjadi. Sama juga dgn hal ini. Rakyat Amerika tidak memandang Najib sebagai seorang Perdana Menteri 1 Malaysia sahaja. Mereka melihat Najib sebagai orang yg berkebolehan menyatukan rakyat, menjana ekonomi negara dan dalam masa yg sama sebagai seorang pemimpin yg tahu ke mana arah tuju negara.

Jadi fikir-fikirkanlah ya wahai rakyat Malaysia.

Monday 12 September 2011

6% TANGGUH atau BATAL

Setuju atau tidak.

Suka atau tidak.

Keputusan telah dibuat, maka charge 6% telah ditangguhkan buat sementara kata Datuk Seri Dr Rais Yatim.

KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi (TELCO) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus daripada pengguna prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata antara cadangan yang dibincangkan bersama TELCO adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar.

"Kerajaan mengambil kira sumbangan sebanyak RM6 bilion oleh TELCO kepada pendapatan negara dari 1998 hingga kini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama TELCO, di Angkasapuri, di sini, sebentar tadi.
Minggu lalu, TELCO mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar Jumaat ini. 

Bagi admin keputusan ini adalah sangat wajar dengan kehendak semasa rakyat terutamanya golongan yg berpendapatan sederhana.

Akan tetapi jika keputusan ini hanyalah sementara semata-mata kerana sekadar menjaga hati pengguna, baik dilupakan saja kerana sebagai pengguna. Apa yg kami mahukan tiada lagi charge² terselindung yg mana akan menjadi beban kepada rakyat.

Walaupun perihal ini bukanlah salah kpd kerajaan BN tetapi rakyat hari ini gemar meletakkan salah syarikat telco ini kepada kerajaan khususnya. Walaubagaimanapun, kerajaan harus menggunakan segala kuasa yg ada untuk menidakkan perkara ini daripada terus berlaku.

Umum mengetahui isu ini bukanlah isu kecil. Bagi rakyat ini adalah isu bersama tetapi telah dimanipulasi sesetengah pihak terutama pembangkang yg mengatakan charge 6% adalah kehendak kerajaan BN. Belum reda dengan kenyataan ini, hari ini syarikat telco telah bersedia menangguhkan cadangan itu.


Tiba-tiba timbul spekulasi bahawa ini merupakan salah satu usaha kerajaan BN utk menarik sokongan rakyat terutamanya golongan muda kerana Pilihanraya Umum bakal menjelang tiba. Admin sgt terkilan dengan dakwaan tidak matang pihak tersebut yg sengaja mencari salah kerajaan dan berfikiran negatif.

Pembaca semua harus tahu bahawa ahli UMNO juga merupakan rakyat di Malaysia ini. Tidak semua ahli UMNO hidup dalam kesenangan. Ahli UMNO juga terpaksa menanggung beban jika charge 6% ini diteruskan kelak.

Adalah lebih baik jika chargr 6% ini dibatalkan terus daripada ia menjadi barah yg menolak kepercayaan rakyat kepada kerajaan.

Friday 9 September 2011

Caj 6% Pun Nak Marah !!

Hari ni ramai orang marah sama kerajaan.
Ini angkara pengenaan cukai perkhidmatan sebanyak 6% bagi pembelian tambah nilai prabayar @ prepaid.

Yang ramai guna prepaid ni biasanya student IPT. Begitu juga dengan warga asing yang bekerja di Malaysia. Suami-suami pun ada jugak yang pakai prepaid walaupun sudah langgan postpaid. Mungkin digunakan utk geli-geli dengan skandal. Nak sorok daripada bini kononnya.

Walapun ramai yang bising bila kena cukai 6% pasal beli prepaid, tapi kadang kala kita lupa dan tidak sedar. Banyak benda lain yang kita beli dan guna turut dikenakan cukai.

Makan di KFC, McD atau Pizza Hut, kena bayar cukai.
Makan di kopitiam seperti Paparich atau Old Town, kena bayar cukai.
Makan di Restoran Nasi Kandar, ada juga kena cukai.
Makan di RnR PLUS, pun ada cukai.
Langgan astro untuk tonton pasukan kegemaran bermain turut dicukai.
Namun, masih ramai yang rela bayar walaupun kosnya agak tinggi. Sanggup tutup sebelah mata.
Ala...harga rokok yang mahal pun orang sanggup beli dan hisap.
Itu lah realiti rakyat Malaysia.

Berbalik pada cukai 6% prepaid, sama jugak la kisahnya.
Kalau anda marah sangat dan tak sanggup nak bayar sesen pun cukai berkenaan, masih ada alternatif lain.
Guna public phone salah satunya. Habis cerita.



Sumber : Nasionalis1982


P/s: SETUJU benar lah dengan pendapat blogger ni. 

Tuesday 6 September 2011

PAS Nak Berdebat Dengan TPM

Wahai pemimpin PAS yang bodoh dan bahlol. Tak perlulah kalian menunjukkan diri sebagai hero utk menidakkan sejarah negara. Usahlah sesekali kalian memperlihatkan kebangangan diri kerana sudah tertulis sejak 54 tahun dahulu sejarah negara Malaysia.



Janganlah kerana gilakan sekeping undi dan tamakkan kuasa, kalian sanggup memperjudikan agama, bangsa dan  negara demi kepuasan nafsu syahwat sendiri.


Hentikanlah niat nak berdebat dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai sejarah negara. Bukan kerana takut tetapi kami tidak mahu kelihatan bodoh dan angkuh seperti PAS yang gila babi.

Tambahan pula, kami takut PAS akan memberikan fakta yg salah dan sekaligus membuatkan semua org Melayu termalu sendiri. Bodoh punya PAS.


Kepada Tan Sri Muhyiddin, jgn dilayan budak hingusan PAS yg tersepit telur ni. Ini semua propa pihak pembangkang yg semakin hari kian terdesak utk memenangi hati rakyat.


Setelah hati waris Bukit Kepong diguris luka, kini PAS ingin mengguris seluruh hati rakyat Johor dengan sengaja membawa isu siapakah sebenarnya sejarahwan negeri Johor. PAS kian terdesak dan resah sehingga tidak sabar menanti tarikh pilihanraya akan datang utk memulakan kempen paling busuk nanti.

Apa PAS ni dah takda keje selain dari membawa berita yg tidak benar dan sarat dgn fitnah. Bangsa lain, diam je. Si PAS ni memekik melolong tak sudah²~ Stupid !!

Monday 5 September 2011

Latheefa KOYAK Kemaluannya


Disaat semua pihak bersimpati pada kematian jurugambar BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, muncul kenyataan tanpa diundang dari pemimpin PKR yang cuba mempolitikkan kematian arwah.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya didalam Twitternya telah menyifatkan kematian Arwah Noramfaizul sebagai satu hipokrasi UMNO. Pemimpin PKR ini tanpa segan silu menyalahkan UMNO diatas kematian jurugambar tersebut.
Inilah yang kita katakan sebagai tak berperikemanusiaan dan juga berhati binatang. Kenapa harus dipolitikkan kematian arwah sedangkan banyak lagi isu yang boleh Latheefa Koya ini mainkan untuk mencari mileage politik didalam negara?
Kalau sampai kematian pun jadi modal untuk berpolitik, cuba bayangkan apa lagi perkara diluar imaginasi yang sanggup puak-puak ini mainkan demi survival parti mereka demi untuk menjatuhkan kepimpinan kerajaan?
Baru-baru ini kita semua dikejutkan dengan tindakan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu yang cuba mengubah sejarah kemerdekaan negara. Mat Sabu cuba mengangkat komunis yang zalim dan kejam terhadap rakyat sekitar tahun 1940-1980 sebagai pejuang sebenar kemerdekaan.
Kini muncul pula Latheefa Koya yang menuduh misi bantuan kemanusiaan dari Kerajaan Malaysia ke Somalia sebagai satu kaedah hipokrasi sehingga mengorbankan nyawa. Apakah kini puak-puak Pakatan sudah hilang akal didalam mencari modal berpolitik?

Apakah ini saja yang mampu pemimpin-pemimpin utama Pakatan lakukan didalam mencari sokongan rakyat terhadap perjuangan mereka? Inikah kualiti pemimpin yang dikatakan mampu membawa Malaysia menjadi lebih baik seandainya mereka menang di PRU akan datang?



Cuba kita bayangkan, bagaimana perasaan ibu, ayah dan juga keluarga Arwah Noramfaizul apabila mengetahui ada pemimpin Pakatan yang cuba meraih populariti murahan dengan mempolitikkan kematian arwah. Sudah tentu kena cili mulut Latheefa Koya.
Dan jika benar Latheefa Koya benar-benar berani, sanggup tak dia bercakap sendiri di depan keluarga Arwah Noramfaizul sepertimana apa yang dia tulis dalam Twitternya? Kalau setakat berani dalam Twitter dan dikalangan penyokong sendiri, jangan bermimpilah nak jadi pemimpin.
Jika sikap seperti Latheefa Koya dan juga Mat Sabu ini dianggap sebagai terpuji dan bagus untuk melayakkan mereka menjadi pemimpin yang hebat, memang bodohlah puak-puak PAS dan PKR yang siang malam memuja mereka. Memang terbukti bahawa ahli-ahli serta penyokong Pakatan tak tahu untuk memilih pemimpin!!