Saturday 26 October 2013

#BeraniHijrah Slogan BN Utk #PRKSgLimau

 ‘Berani Hijrah’ slogan Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, 4 Nov ini.Pengerusi BN Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata slogan itu dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat Jawatankuasa BN negeri dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat itu yang berlangsung di Bilik Gerakan BN di Sungai Lentang, Sungai Limau dekat sini selepas proses penamaan calon PRK DUN Sungai Limau di Dewan Dato’ Madi di sini.Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah bagaimanapun tidak memberi maklumat lanjut mengenai slogan itu, dan hanya memaklumkan bahawa ia merupakan antara strategi bagi menarik pengundi di kawasan itu.

"Kita akan cuba gunakan pendekatan (kempen) sedikit di luar kotak…kita tengok kalau cara ini berkesan atau tidak, kita tunggu dan lihat.“Pendekatan ini diusulkan sendiri oleh saya dan dipersetujui oleh Timbalan Pengerusi BN (Muhyiddin) dan juga secara konsensus,” kata Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.

PRK DUN Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS Mohd Azam Abdul Samat.Ia diadakan selepas penyandang kerusi itu, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah meninggal dunia pada 26 Sept lepas.Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, Azizan yang merupakan penyandang kerusi itu sejak PRU 1995, menang dengan majoriti 2,774 undi dalam pertandingan empat penjuru.

Thursday 17 October 2013

#MM4VP Mukhriz Mahu Jatuhkan Najib?



Sedikit pun tidak pernah terdetik di hati Datuk Mukhriz Mahathir untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden UMNO sekiranya beliau ditakdirkan menang pada 19 Oktober ini. Beliau akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada Sabtu ini bersama calon-calon lain iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Datuk Seri Shafie Apdal, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Ali Rustam.
Menurut beliau, kita akan menerima padah sekiranya tidak ada suatu transformasi yang akan berlaku pada parti seperti mana yang disebut Presiden UMNO dan timbalannya. Sekiranya kita masih berada di dalam zon selesa, masa depan kita dalam menghadapai PRU-14 nanti pasti membimbangkan.
“Selepas PRU ke 13, Umno makin kuat dapat 88 kerusi di parlimen dan dapat tawan semula Kedah, maka sebab itu mereka ada agenda dengan membuat laporan yang bukan-bukan seperti itu untuk melaga-lagakan kita,” katanya dalam wawancara khas dengan sebuah akhbar harian baru-baru ini.
“Saya berpendapat gandingan pengalaman di Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri itu sangat berharga dan bernilai untuk saya kongsikan. Kita sudah ada Menteri bukan hanya di peringkat Naib Presiden tetapi juga di peringkat Majlis Tertinggi (MT). Saya ingat agak bernilai juga sumbangan idea dan pandangan oleh seorang Menteri Besar yang lebih memahami dan terdedah kepada isu-isu setempat,” ujarnya.
Beliau menolak dakwaan bahawa terlalu awal baginya bertanding kerusi Naib Presiden Umno sedangkan beliau tidak pernah menjadi ahli majlis tertinggi Umno.
“Saya bimbang dalam tempoh lima tahun ini kalau sokongan kepada BN itu terus menurun, mungkin tidak ada lagi kali yang selepas ini,” katanya.
Sudah tiba masanya juga UMNO dan perwakilan memberikan peluang serta ruang bagi Mukhriz mentransformasikan UMNO untuk lebih maju ke hadapan. Sudah tiba masanya kita melihat ke hadapan yang jauh lebih mencabar daripada hari ini.

KAMI MENYOKONG MUKHRIZ MAHATHIR

TB : Gandingan baru dengan yang lama pasti membuahkan hasil. 

Wednesday 16 October 2013

Agak²lah Berkempen Kalau Ya Pun #UMNO #PemilihanUMNO #PAU2013


Apa yang cuba disampaikan ni sehinggakan calon yang nak bertanding pun sanggup bergambar dengan lembu semata² ingin menunjukkan pemimpin berjiwa rakyat.

Admin tak tau sama ada ini merupkan poster kempen calon Ketua Bahagian UMNO Bdr Tun Razak ataupun ini poster yang kena sabotaj dengan orang² berkepentingan di sana.

Politik oh politik.

Tuesday 1 October 2013

#MukhrizMahathir Bakal Meremajakan UMNO #MM4VP #BeraniBerubah


Sejarah bakal tercipta apabila 150,000 ahli akan membuat pilihan untuk memilih siapakah yang layak untuk menduduki jawatan tertinggi UMNO. Tujuh (7) pindaan perlembagaan yang telah diluluskan pada Oktober 2009 sudah pastinya akan menguji kematangan ahli dalam memilih pemimpin yang mampu mencorak landskap politik baru UMNO. Pindaan tersebut telah membuka peluang kepada ahli untuk bertanding dengan syarat yang minimum. Yang menjadi persoalan pada masa sekarang adalah mampukah perwakilan menyahut seruan transformasi dengan menampilkan kematangan dalam politik sekaligus dapat meremajakan UMNO?

Muka baru haruslah diberi peluang untuk menyalurkan idea-idea segar mereka kepada UMNO agar parti ini terus mempunyai daya saing. Generasi muda sudah mula bosan dengan sikap beberapa "otai" yang masih tidak mahu melepaskan kuasa dan tidak menyediakan peluang dan keterbukaan untuk mengetengahkan pemimpin muda. "Otai" ini haruslah mengkaji diri sendiri kerana parti ini telah menjadi tua dan banyak pemimpin yang berada didalamnya juga sudah berumur.

Demi meremajakan UMNO, sudah tiba masanya pemimpin Pemuda diberikan kepercayaan untuk memegang jawatan Naib Presiden. Jika dilihat kepada keputusan PRU-13 yang lalu, BN telah berjaya menawan kembali Kedah. Ini adalah hasil kerja keras rakyat Kedah dan sebagai imbuhan kepada kerja keras mereka itu BN di syaratkan melantik Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah yang baru. Tidak dinafikan ada suara-suara sumbang yang berkata MB Kedah yang baru ini sombong kerana beliau berasal dari keluarga bangsawan. Itu semua adalah propaganda pihak pembangkang yang bertujuan untuk menjatuhkan beliau. Kita sendiri boleh lihat bagaimana hormatnya beliau kepada Mantan MB Kedah dengan sering melawat allahyarham semasa beliau sedang terlantar sakit sehinggalah beliau meninggal dunia. Kemenangan BN di Kedah adalah penawar yang paling mujarab untuk diserapkan ke dalam UMNO Pusat. Kehadiran muka baru yang terdiri daripada Pemuda UMNO berserta gandingan dengan muka lama pasti akan menjadi UMNO sebagai parti yang hebat di masa akan datang.

TB : meremajakan UMNO bukan bermaksud org tua-tua dalam UMNO jadi remaja.


Siling Hospital Serdang Runtuh Lagi



Siling di bahagian kaunter pendaftaran Dewan Bersalin Hospital Serdang runtuh awal pagi tadi. Kejadian pada 4 pagi itu adalah yang ketiga dilaporkan berlaku dalam tempoh tiga tahun. Hospital yang berharga RM600 juta ini siap dibina 8 tahun lalu.

Menurut beberapa saksi, jururawat yang sedang bertugas di tingkat 2 mendengar dentuman yang kuat dan sebaik keluar untuk melihat apa yang berlaku didapati 3 keping siling telah jatuh ke lantai. Runtuhan yang berlaku tidak membabitkan kakitangan dan pesakit. 

Kerja-kerja membaik pulih sedang giat dijalankan dan pengawal keselamatan mengawal ketat laluan itu bagi menggelakkan perkara tidak diingini berlaku. Kerja baik pulih ini dijangka siap dalam masa singkat.

TB : sebelum ni masjid..skang hospital..lps ni apa? JKR kena pantau sume ni.

Monday 30 September 2013

GEMPAR!!! Tun M di Maki oleh Penyokong PAS




Beberapa hari lalu terbit beberapa posting penyokong  PAS di FB yang kecewa dengan tindakan keluarga arwah Ust. Azizan yang membenarkan YBhg Tun Mahathir serta YAB Datuk Paduka Mukhriz menyiram air mawar dipusara arwah selepas selesai pengkebumian.

Unit Amal PAS juga dimarah kerana menolok penyokong PAS kerana ingin memberikan laluan kepada beberapa pemimpin UMNO untuk berada di barisan hadapan untuk menyaksikan upacara pengkebumian. Hubungan diantara Arwah Ust. Azizan dengan pemimpin UMNO banyak tidak diketahui oleh penyokong PAS. Ketika hayat arwah, beliau pernah meminta pandangan daripada Tun M bagaimana caranya untuk memajukan Kedah selepas mentadbir Kedah sejak 2008. Pertemuan itu telah diadakan di kediaman Tun M di Seri Kembangan.


Arwah juga cukup rapat dengan keluarga Tun Razak. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambery juga merupakan anak didik arwah. Tidak dinafikan walaupun berlainan ideologi politik hubungan arwah dengan pemimpin. UMNO cukup akrab. Keakraban itu juga telah membibitkan rasa benci dikalangan pemimpin PAS.

Baca lanjut : www.medantempurkedah.blogspot.com

Friday 27 September 2013

BANTAH!!! Projek 1 Malaysia Spiritual Tourism di Pahang




Bantahan telah dibuat oleh Ikatan Muslimin Malaysia Kuantan berkenaan dengan sebuah projek yang akan dibangunkan di negeri Pahang hujung tahun ini. Projek 1 Malaysia Spiritual Tourism akan dibangunkan diatas tanah seluas 500 ekar di Bukit Gambang ini bernilai 10 bilion ringgit bakal dilaksanakan oleh syarikat Enchant Acres Sdn Bhd. Keluasan projek ini telah mengatasi keluasan KLIA yang hanya 493 ekar.

Projek yang bertemakan pelancongan keagamaan ini dikatakan mahu menonjolkan Malaysia sebagai sebuah negara yang multi-nasional dengan kepelbagaian agama, masyarakat dan budaya. Projek yang disokong sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia dan Tourism Malaysia dengan objektif untuk mempromosikan pelancongan di Malaysia. Menurut Pengerusi MMEC Global KB Tan dalam sebuah video, projek ini bukankah sesuatu yang baru kerana sebelum ini konsep ini telah digunakan di beberapa tempat pelancongan seperti Kek Lok Si dan Sleeping Buddha di Pulau Pinang.

Projek yang dibangunkan kepada 2 zon utama yang mana satu resort akan dibina dengan persekitaran agama dan budaya yang dinamakan Ao Mi Sha. Pengunjung akan mengambil masa 3 hingga 5 hari untuk melawat semua zon tersebut memandangkan kawasannya yang amat luas. Maklumat lanjut mengenai projek ini boleh diikuti pada pautan berikut :


Sehubungan dengan itu, ISMA Kuantan menyeru kepada badan-badan bukan kerajaan Islam dan muslimin secara amnya supaya peka dengan perkembangan agenda besar dan halus seperti ini yang boleh menjejaskan masa depan Islam dan muslimin di negeri ini.

Baca lanjut disini.

TB : Semakin menjadi-jadi pulak mereka ini. Bagi betis nak peha. Umat Islam harus bersama-sama membantah projek ini.

Thursday 26 September 2013

REBUT!!! 30,000 Peluang Pekerjaan Menanti Pengunjung BNYJF Bermula Esok. @NajibRazak @MohdShafieApdal @KhairyKJ @NazirHussin79


Karnival Kerjaya BN 2013 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 27 hingga 29 September 2013 menawarkan lebih 30,000 peluang pekerjaan oleh lebih 300 syarikat. Pada penganjuran tahun lepas, karnival ini telah berjaya mendapatkan pekerjaan untuk 160,000 individu. Karnival kerjaya ini berfungsi sebagai platform untuk golongan belia mendapatkan maklumat jelas dan terkini mengenai inisiatif kerajaan bagi membantu mereka dalam pelbagai bidang termasuk keusahawanan dan peluang pekerjaan. Selain itu, penganjur juga menyediakan Klinik Usahawan Industri 1Malaysia (KUW1M) yang bertujuan untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda.

Karnival yang menjadi acara tahunan Pemuda BN ini merupakan sumbangan BN untuk mereka yang mencari kerja dan jawatan yang setimpal dengan kelayakan. Pengunjung terutamanya golongan belia boleh mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan panduan mengenai pelbagai program keusahawanan, latihan dan kemahiran yang ada. Bagi memudahkan pengunjung, satu aplikasi mudah alih dan media sosial yang dikenali sebagai BN Youth Job Fair App Mobile boleh dimuat turun secara percuma melalui iTunes, Android dan Blackberry.



Menurut Pengerusi BNYJF Nazir Hussin Akhtar Husin, karnival ini juga memberi peluang kepada pelbagai lapisan umur menambah ilmu serta mempelajari pelbagai teknik usahawan-usahawan yang telah berjaya. Karnival ini akan disempurnakan oleh YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 28 September 2013 jam 11.00 pagi. Karnival ini membuktikan keseriusan kerajaan dalam usaha membantu rakyat dalam meningkatkan taraf hidup sejajar dengan arus permodenan.

Tuesday 24 September 2013

HEBAT !!! 30,000 Peluang Pekerjaan di Karnival Kerjaya BN 2013 @NajibRazak @mohdshafieapdal @khairykj @NazirHussin79 #rideamal




Orang ramai disekitar Kuala Lumpur dikejutkan dengan deruman enjin konvoi motosikal berkuasa besar semalam. Konvoi ini bermula dari NZ Curry House melewati SOGO dan Lot 10 di Bukit Bintang sambil mengedarkan risalah promosi Karnival Kerjaya BN 2013 yang akan berlangsung pada 27 September 2013 hingga 29 September bertempat di Dewan Tun Razak 1, PWTC (Lokasi di seberang sungai) bermula jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang.




Karnival yang akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Shafie Afdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini menawarkan hampir 30,000 peluang pekerjaan. Karnival ini juga mendapat sokongan daripada 300 majikan dari seluruh negara dan tidak ketinggalan sebanyak 130 syarikat yang berasaskan perniagaan 'on-line'. Menurut Nazir Hussin Akhtar Hussin selaku Pengerusi BN Youth Job Fair, program ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. 







TB : Anak muda "start your engine"..vrommm ke Karnival Kerjaya BN 2013.






Monday 23 September 2013

Undi No 2 untuk orang No 2 Pemuda UMNO. Masa depan UMNO di tangan kita. @LokmanAdam @MyMassa #Lokman4NKP

Lokman Yakin Mampu Galas Tanggungjawab Naib Ketua Pemuda


Oleh IZRA ABD RAHMAN




PETALING JAYA: Exco Pemuda Umno, Lokman Noor Adam yakin mempunyai kelebihan dari segi pengalaman dan menjadi calon paling layak memegang jawatan naib ketua Pemuda Umno.

Lokman, 40, berkata, sudah tiba masanya tugas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin diambil alih oleh pembantu yang berpengalaman kerana Khairy kini turut menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Belia dan Sukan.

"Pemuda Umno hari ini adakalanya perlu membantu parti menjawab fitnah pembangkang dan berdepan isu-isu yang memerlukan bantahan, protes dan sebagainya.

"YB Khairy sudah jadi menteri penuh dan tidak sepenuhnya akan melakukan tugas-tugas itu lagi. Beliau perlukan seorang naib yang boleh membantu dan memberi kesinambungan kepada tugas-tugasnya dahulu dan saya yakin mempunyai kelebihan dan pengalaman," katanya ketika dihubungi mStar Online, Ahad.

Menurut Lokman, beliau telah bersedia memberi komitmen dari segi masa terhadap sayap parti jika diberi peluang mengisi kekosongan jawatan tersebut yang dianggap mempunyai persamaan dengan tugasnya sekarang.

Lokman kini merupakan ketua Unit Pidato Pemuda Barisan Nasional (BN) dan menjadi panel Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).



Penyandang jawatan itu, Datuk Razali Ibrahim tidak akan mempertahankan kedudukannya atas faktor usia.

"Dari segi masa, saya bukan pengerusi mana-mana badan korporat atau bukan pegawai khas kepada mana-mana menteri.

"Tugas saya lebih kepada merancang strategi, menjawab fitnah dan tohmahan pembangkang yang mana ini sinonim dengan tugas dan peranan sayap. Tugas-tugas ini sudah menjadi 'makanan' saya," tegasnya.

Mengenai pesaing, Lokman berkata tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana yakin perwakilan bijak memilih dengan sistem baharu yang diperkenalkan.

Beliau juga tidak bimbang dengan dakwaan kononnya Khairy telah mempunyai calon kegemarannya untuk jawatan tersebut.

"Saya yakin dengan kemampuan saya dan yakin Khairy tidak menyokong calon tertentu," katanya.

Malah katanya, berbanding calon lain beliau mempunyai sedikit kelebihan kerana telah menceburi bidang politik secara rasmi selama 22 tahun dan dikenali ramai.

Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini akan menghadapi persaingan empat penjuru berdepan calon lain iaitu Ketua Pemuda Tenom, Jamawi Jaafar, Ketua Pemuda Lenggong, Mohamad Iruan Zulkefli dan Ketua Pemuda Umno Perak, Khairol Azwan Haron.

"Mereka yang tawar diri bertanding tak ada yang senior. Semuanya, termasuk saya baharu jadi Exco selama satu penggal, jadi dari segi 'track record' saya ada kelebihan.

"Tempoh kempen pun sangat singkat dan kempen di media baharu memainkan peranan. Tapi melalui kempen cara tradisional saya ada kelebihan kerana sudah empat setengah tahun buat kempen cara bersemuka...saya berjumpa ahli jawatankuasa sehingga peringkat bahagian," katanya.

Lokman menjelaskan, melalui media baharu, sehingga minggu lepas carian di Google menunjukkan nama beliau berada di kedudukan paling atas berbanding calon lain dengan jumlah carian menghampiri 1.5 juta dan jumlah 'Like' di laman sosial juga menunjukkan beliau mendapat jumlah paling banyak iaitu 36,000.

Lokman berkata sehingga kini beliau telah terlibat dengan 800 program parti dalam bentuk ceramah, kursus kepimpinan, kursus motivasi, pidato dan juga debat dengan pembangkang.

Beliau menjadi Ketua Pemuda Cawangan Taman Kluang sejak tahun 1991.

Lokman juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebanyak dua kali dan pernah dimasukkan ke dalam lokap sebanyak lapan kali kerana memimpin demonstrasi ketika era reformasi.

Jika diberi peluang menjadi naib ketua beliau akan memberi fokus menawan hati 3.4 juta pengundi baharu dan pelajar sekolah dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Saturday 21 September 2013

WIRA SEBENAR !!! ATM

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ialah pihak yang bertanggungjawab terhadap pertahanan nasional dengan kata lain ialah pasukan tentera profesional negara Malaysia. ATM meliputi tiga cabang ketenteraan utama iaitu;Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Sejarah moden ATM bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi satu batalion penuh yang dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya. Kedua - dua batalion ini telah menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun. Selepas perang, negara dilanda pula oleh ancaman Komunis dan keadaan Darurat telah diisytiharkan pada tahun 1948. Keadaan ini memerlukan pembesaran angkatan tentera. Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion. Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat Malaysia telah berkembang maju dan lengkap untuk menjalankan operasi melawan insurgensi. Pada masa ini pasukan Tentera Darat sedang pesat dipermodenkan sebagai satu pasukan tentera konvensional yang mampu untuk menghadapi cabaran masa depan.


TB : mereka ini adalah wira sebenar negara dan wajib kita sanjung. Tapi masih yang buta sejarah dengan menganggap Chin Peng sebagai wira. Alfatihah kepada tentera-tentera kita yang terkorban ketika mempertahankan negara yang tercinta.

Thursday 19 September 2013

TERBONGKAR !!! Penipuan DAP

Nama saya Peter dan saya adalah ahli DAP sebuah cawangan di Johor.Saya menyertai DAP sejak tahun 1998.Saya masuk DAP kerana percaya parti DAP memperjuangkan demokrasi tulen untuk rakyat Malaysia.Walaupun saya seorang yang cerdik dan memilki ijazah tetapi saya pun tertipu dengan DAP.Mereka bukan berjuang untuk rakyat Malaysia tetapi berjuang untuk Dinasti Lim.

Baca lanjut disini http://thedapinsider.blogspot.com/2013/09/cec-tipu.html

PEMBOHONGAN KELUARGA LIM MEMPERTAHANKAN KUASA DALAM DAP


Seperti yang saya tuliskan semalam, hari ini saya kembali dengan kisah penipuan Dinasti Lim dalam DAP. Mulai hari ini saya akan kongsikan dengan anda bagaimana Dinasti Lim memanipulasi perlembagaan DAP untuk memastikan mereka terus berkuasa.

Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.

Berikut adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk memastikan dia dan disnatinya terus berkuasa.

Parti DAP tidak mempunyai bahagian disetiap parlimen sepertimana yang diamalkan parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja.

Cawangan-cawangan parti DAP pula dibahagikan kepada dua kumpulan.

i)   Cawangan sijil A    ii)      Cawangan sijil B

Penentuan samada sesebuah cawangan layak mendapat sijil A atau sijil B dibawah kuasa Setiausaha Agung.

Ahli-ahli cawangan sijil A layak untuk hadir ke Kongres Kebangsaan DAP dan layak mengundi untuk memilih CEC.

Ahli-ahli cawangan sijil B hanya layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP sebagai pemerhati sahaja dan TIDAK dibenarkan mengundi.

Cawangan yang dikenal pasti menyokong Dinasti Lim akan diberi sijil A untuk membolehkan mereka mengundi. Mana-mana cawangan yang dikenal pasti tidak menyokongnya dan tidak akan memberi undi kepadanya akan diberi sijil B untuk menghalang mereka daripada mengundi, walaupun sebelum itu cawangan tersebut mempunyai sijil A.  Setiausaha Agung berkuasa untuk menukar sijil cawangan dari A ke B atau dari B ke A bila-bila masa sahaja mengikut keperluannya.

Cara kedua bagaimana Lim Kit Siang memanipulasi Perlembagaan DAP untuk memastikan dia dan dinastinya terus berkuasa.

Perlembagaan DAP yang dirangka Lim Kit Siang juga menetapkan bahawa ahli-ahli yang layak mengundi pada pemilihan parti tidak boleh memilih siapa yang mereka hendak letak sebagai Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Naib Pengerusi Kebangsaan, Setiausaha Agung dan jawatan-jawatan yang lain. Mereka hanya boleh memilih 20 calon-calon yang bertanding untuk mengisi CEC.

Apabila keputusan 20 yang terpilih sebagai  anggota CEC diumumkan maka 20 orang yang terpilih itu akan bermesyuarat untuk menentukan siapa yang dipilih sebagai Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha Agung dan jawatan lain. Tidak ada undi sulit. Mereka diminta memilih secara terbuka di depan keluarga Lim. Apabila berhadapan dengan situasi begini semua anggota CEC akan menjadi seperti lembu dicucuk hidung dan mereka terpaksa memilih Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung selaku orang yang paling berkuasa dalam DAP.

Jika ada yang cuba melawan mereka tidak akan dipilih sebagai calon dalam pilihanraya dan akan menerima nasib malang sepertimana yang dialami oleh Lee Lam Thye, Wee Choo Keong dan lebih 100 orang lagi yang telah dipecat dari DAP.

Hampir 50 tahun Lim Kit Siang bukan sahaja memanipulasi perlembagaan DAP malah turut memanipulasi kehadiran perwakilan ke Kongres Kebangsaan serta pengiraan undi pemilihan CEC untuk memastikan dia atau dinastinya akan terus menguasai DAP.

Kit Siang tahu dia sekarang sudah dihujung usia dan penggal ini adalah penggal terakhirnya. Jadi dia perlu pastikan perjalanan politik dinastinya dalam DAP terus selamat. Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung dan Lim Hui Ying sebagai Setiausaha DAP Pulau Pinang. Lim Kit Siang juga tahu anaknya Lim Guan Eng tidak sepintar beliau dalam berpolitik dan juga tidak disukai oleh ramai pimpinan DAP kerana sikap angkuh dan sombong. Kebodohan Lim Guan Eng terserlah dalam CEC tahun 2012. Dia tidak sebijak Lim Kit Siang dalam memanipulasi undi sehingga membuatkan DAP berhadapan dengan masalah besar sekarang.

Akibat kebodohan Lim Guang Eng itu, kini Lim Kit Siang sedang memerah otak berfikir bagaimana cara untuk beliau menendang keluar satu kumpulan yang dikenali sebagai Lima Harimau yang boleh mendatangkan masalah besar kepadanya dan dinastinya dalam DAP.

Siapa Lima Harimau dan kenapa Lim Kit Siang perlu sembelih mereka ?

Berjumpa dalam episod yang akan datang.

Sumber : thedapinsider.blogspot.com

Tuesday 17 September 2013

CHIN PENG !!! Pejuang atau Pengganas?

CHIN PENG amat dikenali oleh semua penduduk Malaya@Malaysia. Dia dilabel sebagai pengganas yang amat kejam dan sangat zalim. Pada awal penubuhan komunis, mereka bertujuan untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajah akan tetapi ia telah menjadi sebaliknya di mana perjuangan mereka telah tersasar jauh dan mengundang kemarahan seluruh rakyat ketika itu. 

Kezaliman tentera komunis telah menyemarakkan rasa benci rakyat di mana kebencian ini telah tertanam dalam setiap kotak pemikiran tentera Malaysia. Bagi yang pernah mengenali ataupun tidak, Chin Peng adalah lambang kebencin rakyat sehingga kini.



Hari ini kita mendengar DAP telah mencadangkan 16 September sebagai haru memperingati Chin Peng.

Sejarah keganasan Chin Peng memang sukar dilupakan oleh rakyat Malaysia terutamanya yang hidup pada zaman keganasan komunis. Ramai yang terbunuh ,anggota keselamatan ramai yang terkorban dan tercedera. Dosa Chin Peng sudah pasti tidak dapat dimaafkan namun puak disebelah sana seperti DAP dan PAS terutamanya MAt Sabu angkat Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan.


TB : kenapa masih ada yang menyanjungi pengganas ini?

Pemilihan Pemuda yang menentukan jangka hayat UMNO selepas ini. @LokmanAdam @MyMassa





Untuk pemilihan kali ini, Pemuda perlu memilih gandingan yang benar-benar mantap demi untuk memastikan proses meremajakan semula UMNO mencapai matlamatnya. Pasca PRU-13 lalu menandakan sudah tiba masanya barisan pelapis kepimpinan UMNO diberi ruang untuk secara beransur-ansur menggantikan tonggak kepimpinan negara sedia ada. Kepimpinan Pemuda selepas ini WAJIB relevan, bersedia dan cukup berpengalaman untuk membawa diri mereka sebagai pemimpin pilihan rakyat untuk PRU-14 dan seterusnya. 

Tidak keterlaluan dikatakan jika ketentuan hidup atau matinya UMNO adalah bergantung kepada titik tolak siapa yang memimpin Pemuda selepas ini. Dengan tiadanya sokongan orang Cina kepada Kerajaan, UMNO dan barisan Pemudanya WAJIB sekali lagi, memastikan bahawa jiwa orang muda adalah sentiasa seiring dengan perjuangan parti keramat ini demi untuk memastikan kelangsungan kuasa orang Melayu di negara ini dapat dikekalkan. Setakat ini kepada siapa lagi yang orang Melayu dapat mengharap selain UMNO?

Ini bukanlah semata-mata tujuan kempen kepada bakal calon tertentu sahaja, tetapi satu saranan mesra kepada para perwakilan yang terlibat dalam pengundian kelak. Buktikan kepada rakyat Malaysia bahawa anda semua mampu menaikkan barisan pemimpin yang bukan setakat WINNABLE dalam pilihanraya, bahkan mempunyai akhlak yang tinggi, bebas rasuah dan skandal serta utuh iman serta jiwa Melayunya. Cukup-cukuplah bangsa dan agama kita diperkotak-katikkan oleh pakatan pembangkang demi satu undi cina. Biarkanlah mereka terus menerus mengambil hati minoriti kafir, dan teruskanlah jihad kita untuk memastikan nasib anak bangsa kita terus terbela.

Adalah diharapkan sedikit maklumat ini dapat dijadikan panduan bagi memudahkan para perwakilan memilih barisan pejuang Pemuda kelak. Ingatlah bahawa  masa depan UMNO dan orang Melayu kini terletak di tangan kalian. Gunakanlah ia dengan sehabis bijaksana demi memperkasakan UMNO di mata rakyat!

Sunday 15 September 2013

JUARA!!! Skuad Harimau Muda A berjaya.



Malaysia yang menampilkan Harimau Muda A telah berjaya mencipta sejarah sekali lagi apabila muncul sebagai juara Pestabola Merdeka selepas berjaya membenam Myanmar 2-0 pada final di Stadium Darul Makmur malam tadi. Lebih manis lagi kejayaan yang diperolehi berjaya diraih pada saat negara menyambut Hari Malaysia esok.

Kejayaan Petabola Merdeka yang diraih oleh anak buah Ong Kim Swee hanyalah permulaan kepada perjalanan lebih sukar di Sukan Sea Myanmar, Disember nanti. Lebih manis lagi apabila Wan Zack Haikal dijulang selaku pemain terbaik perlawanan akhir dan Rozaimi berjaya memenangi anugerah Kasut Emas selaku penjaring terbanyak kejohanan.

TB : Skuad muda berjaya dalam Pestabola Merdeka. Skuad muda juga akan berjaya pada pemilihan UMNO akan datang.

Friday 13 September 2013

BIADAP!!! Zunar Hina Khalimah ALLAH



..............
Bakat dikurnia jangan disalah guna
Jangan kufur nikmat yang diberi percuma 

Guna kelebihan untuk hikmah bersama
....... 

Bait-bait lirik daripada lagu Alhamdulillah oleh Too Phat. Setiap makhluk Allah swt di mukabumi ini dikurniakan dengan bakat. Tapi sekiranya bakat yang dikurniakan telah disalahguna maka layakkah sesorang itu dikatakan makhluk Allah swt.

Perkara ini merujuk kepada perlakuan kartunis Zunar yang secara terang-terangan menghina khalimah Allah. Kebebasan beliau berkarya melalui kartun-kartunnya sudah melampau. Kebiadapan kartunis Zunar yang merupakan macai PR kali ini ialah apabila kalimah Allah dipermainkan di dalam karikatur terbarunya. Kita tidak minta beliau berjuang mempertahankan Kalimah Allah tetapi jangan sampai mempermainkannya demi sokongan politiknya yang sempit.

Kita sedia maklum bahawa Zunar ni berjiwa sekular tapi janganlah sampai memperlekehkan orang Islam. Inilah yang dikatakan kufur nikmat. Allah swt telah mengurniakan bakat untuknya berkarya tapi ini yang dibalasnya hanya kerana wang ringgit.

TB : semoga Allah swt mengampunkan dosa-dosa mereka yang telah kufur nikmatNya.

Tuesday 10 September 2013

Filem #TandaPutera Menarik Minat Golongan Anak Muda Luar Bandar



Menyedari kepentingan menjaga keharmonian antara kaum, sekumpulan penduduk seramai 150 orang dari Sungai Besar, Selangor telah mengambil inisiatif menonton tayang Filem Tanda Putera di Mid Valley Kuala Lumpur pada 11/09/2013 jam 6.00 petang. Aktiviti yang mendapat kerjasama daripada Restoran Sekinchan Ikan Bakar ini bertujuan memupuk semangat cintakan negara disamping menjaga keharmonian di antara kaum yang terdapat di Malaysia. 

Filem yang mengisahkan persahabatan akrab diantara Perdana Menteri Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail yang terpaksa memulihkan keadaan negara ekoran daripada peristiwa 13 Mei 1969. Selain itu, filem ini sarat dengan emosi dan tragedi.

TB : Semangat seperti inilah yang wajib dicontohi oleh golongan muda masa kini.

SKANDAL DAP di pejabat PM terbongkar?!! @NajibRazak


PEMANDU is infested with PR/BERSIH supporters and has become an opposition Trojan Horse right in the heart of the PM's dept.

Scores of Pemandu senior staffers are totally unqualified to justify their HUGE salaries and perks. Many are outright incompetent and indeed a threat to our nation's security.

I give you one such glaring example below.

This person, Farah Intan Burhanudin barely made it thru UIA (with a couple of repeats) and was a total washout at Zaid Ibrahim & Co.  After getting laid off from ZICO, she reappeared out of nowhere into a key post in Pemandu. She handles PDRM programmes and KPIs and monitors the police force on behalf of Najib and previously for Hishammuddin H. Onn as well. Hishammuddin thr weakling was in her pocket and she -- in HIS name -- could summon CPOs and OCPDs to her beck and call. 

Her partying lifestyle, heavy drinking and expensive trips overseas (disguised as "working visits") are well known in the office, where she is known as the Party Queen of Pemandu.

Her promiscuous liaisons with foreign men makes her vulnerable to undue influence by foreign interests and she could even be blackmailed into divulging national secrets to her foreign seductors.
Farah Intan is a security threat. Her lavish lifestyle, promiscuity and drinking habit makes her TOTALLY UNSUITABLE for her job. How can this drunk slut be advising softy Najib on anything? In the interest of our nation, pls get her and others like her removed from Pemandu.


Pls see below the lifestyle of Farah Intan, a Najib advisor who will ruin our nation if left unchecked.



Sebenarnya yang membebankan kantung kewangan Kerajaan ketika ini adalah hantu-hantu yang ada dalam PEMANDU ini. Demi untuk menjustifikasi, gaji melangit dan bonus berbulan-bulan mereka, subsidi rakyat pula yang terpaksa dikurangkan. Mana nak cukup gaji kalau setiap malam berpuluh botol champagne dan Johnnie Walker Blue Label habis diteguk. itu belum cerita bab karton kondom.

Sebaiknya, pihak Kerajaan menjimatkan berbillion RM duit rakyat dengan memansuhkan PEMANDU ini terlebih dahulu sebelum mengurangkan subsidi rakyat. Wang yang dibelanjakan untuk membeli arak, berpesta seks di kelab-kelab eksklusif dan terbang ke luar negara, dapat digunakan untuk membangunkan negara dan membantu rakyat. Inilah akibatnya mengambil penasihat daripada golongan kononnya profesional dan terpelajar.

Terdapat desas-desus yang mengatakan PEMANDU ini diterajui oleh penyokong DAP dan pembangkang. Ini bukan satu perkara yang mustahil kerana jelas sekali salah seorang pegawainya sangat LIBERAL dan jauh dari ISLAM. Kalau yang Melayu dalam Pemandu itu pun lebih LIBERAL daripada CINA, apa lagi yang kita harapkan mereka untuk membantu orang Islam dan Melayu?!!


Monday 9 September 2013

Bersama-sama mempertahankan #khalimahALLAH


TB : Allah adalah nama Tuhan yang mulia ( ismul Jalalah ) dengan sifat-sifat yang sempurna, sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab suci Al-Quran. Oleh sebab itu lafaz Allah adalah bersifat qadim dan azali, sebab nama Allah tidak dapat dipisahkan daripada Dzat Allah. Dzat Allah bersifat qadim, maka nama Allah juga bersifat Qadim, dan azali

Kalimah ALLAH Milik Siapa?

Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.

Umat Islam wajib menjaga dengan baik lafaz Allah kerana ianya kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Khalimah Allah adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa bagi orang Islam. Manakala orang Kristian pula adalah "Tuhan Bapa' iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Apa yang dimaksudkan oleh Archbishop of Kuala Lumpur, Reverand Datuk Murphy Pakiam membawa maksud yang sama sekali berbeza dimana perkataan Allah telah sekian lama digunakan oleh orang Kristian sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah 'Theos' dan bukannya Allah.

Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.

Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.

Disebabkan politik dan kepentingan kuasa ada yang sanggup menggadaikan maruah agamanya sendiri. 






TB : Harap-harap umat Islam tidak mengikut pendirian mereka ini.

Sumber  : JAKIM


Friday 6 September 2013

Empat (4) Calon Majlis Tertinggi (MT) daripada Pemuda UMNO



Pada Selasa lalu Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah membuat ketetapan dengan mengemukakan empat (4) calon yang akan bertanding Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan Oktober nanti.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia iaitu Saudara Khairy Jamaluddin dalam menyahut seruan untuk meremajakan parti, empat (4) calon yang daripada generasi muda telah dikemukakan. Mereka ini ialah :-

1. Datuk Razali Ibrahim (Naib Ketua Pemuda)
2. Datuk Seri Reezal Merican (Ketua Penerangan)
3. Datuk Sohaimi Shahadan (Pengerusi Biro Ekonomi)
4. Tun Faizal Ismail Aziz (Ketua Unit Media Baru)


TB : Semoga dengan kehadiran generasi muda pada pemilihan MT kali ini akan memberikan corak baru pada landskap politik UMNO. 

Tuesday 3 September 2013

PANAS! Video pendedahan RAHSIA sulit @LokmanAdam tersebar!

 
Antara ketiga-tiga calon Naib Ketua Pemuda, saudara Lokman Nor Adam adalah calon yang paling sesuai untuk melengkapi kepimpinan KJ. Pemuda tidak memerlukan pemimpin No 2 mereka menjadi klon KJ.
 
NKP sepatutnya membawa aspirasi dan suara akar umbi, suara orang Melayu. NKP sepatutnya lebih kuat mendesak Kerajaan berbanding Perkasa dan pembangkang sendiri. KJ tidak sepatutnya melakukan ini semua kerana jika tidak, episod PATRIOT dahulu akan berulang. Dan ia bukanlah satu imej yang baik untuk Ketua Pemuda kita.
 
 
 
 
Mungkin akan ada suara sumbang yang berkata, Lokman pernah khianat dan lawan UMNO dahulu. Namun, siapalah kita selain daripada manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan? Untuk seseorang mengaku kesalahan dan kembali berjuang bagi menebus kesilapan lampau adalah satu bukti jiwa yang besar. Bukankah Pedang Allah a.k.a Khalid Al-Walid RA juga pernah menentang Islam dan Rasulullah SAW dalam Perang Badar?!!
 
Setidak-tidaknya, saudara Lokman ini bukanlah seorang yang sentiasa bermain SELAMAT atau PLAY SAFE. Apa yang salah beliau akan tentang dan apa yang benar beliau akan bangkit memperjuangkannya. Pemimpin seperti inilah yang kita perlukan sebagai pemimpin pelapis dalam UMNO!
 
Malah, segala pengetahuan dan pengalamannya ketika bersama pembangkang boleh dijadikan sebagai satu kelebihan untuk mematahkan setiap serangan mereka. Apakah seorang pemimpin yang biasa hidup senang, kaya-raya serta tidak pernah merasai liku hidup perjuangan diangkat dan dibuang, berani untuk membawa aspirasi rakyat biasa?!! Fikir-fikirkanlah.
 
Jikalau saudara Lokman dapat melakukan sesuatu tentang kegusaran rakyat mengenai kenaikan harga minyak kini, maka kita pasti, bukan hanya ahli UMNO, malah rakyat Malaysia  keseluruhannya akan turut bersama-sama mengangkat beliau sebagai pemimpin masa depan Negara!

Friday 30 August 2013

Tayangan #TandaPutera Jadi Tanda Tanya Di Pulau Pinang


Mulai hari ini filem yang telah lama kita nantikan tayangannya, "Tanda Putera" akan ditayangkan disemua pawagam negara ini. Teman-teman di Pulau Pinang terpaksa menunggu proses tindakan yang sedang KKMM kaji terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang yang telah mengharamkannya.

Secara peribadi saya telah menonton filem ini sebanyak dua kali dan terus terang saya akui inilah filem yang paling menyentuh emosi saya. Hampir separuh dari masa tayangan filem ini saya mengalirkan air mata. Selain daripada mengisahkan payah jerih pimpinan negara mengembalikan kestabilan keamanan negara selepas berlakunya peristiwa 13 May, ianya turut memaparkan pengorbanan Allahyarham Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail yang merahsiakan penyakit yang mereka hidapi demi memastikan kestabilan politik ketika itu.

Baca lagi di sini

Wednesday 8 May 2013

Marilah Kita Bersama-sama Mendoakan Bekas MB Kedah Sepenggal.

Datuk Seri Azizan Abdul Razak kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang. Setiausaha Akhbar kepada Azizan, Mohamad Helmi Khalid dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) berkata sejak 5.30 pagi tadi, keadaan Azizan agak tenat dan kini ditempatkan di Unit Penjagaan Koronari (CCU) hospital tersebut. 

Difahamkan Azizan dibawa ke Hospital Pulau Pinang dari Kedah Medical Centre (KMC) di sini malam tadi. 



Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah menerima rawatan di KMC sejak pagi Isnin lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Azizan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau dengan mengalahkan sepupunya Fazillah Mohd Ali yang mewakili Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,774 undi.

Bagaimanapun, PAS kehilangan kuasa pentadbiran kerajaan negeri apabila BN memenangi 21 dari 36 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. - Bernama


TakutBini kata : Marilah kita sesama mendoakan agar Datuk Seri Azizan cpt sembuh dan diberikan kesihatan yang baik. #inibukankonspirasiUMNO


Saturday 30 March 2013

Hari @PDRMsia Disambut Sayu Dengan Penuh Pengertian #1Malaysia #LahadDatu #OpsDaulat


Sambutan Hari Polis ke-206 yang diadakan baru-baru ini telah disambut dengan semangat patriotik yang disulam dalam suasana yang penuh kesayuan. Menitis air mata mereka yang hadir pagi itu apabila melihat wajah sayu balu dan waris keluarga yang terkorban hadir menerima kenaikan pangkat bagi mengenang jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan.

Suasana bertambah sayu apabila mendengar pendeklamasi membacakan bait-bait puisi bagi mengambarkan pengorbanan para perwira negara yang mempertahankan kedaulatan negara. Malah perasaan itu turut dikongsi oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak yang jelas terpancar kesedihan di wajahnya tatkala bertemu dengan waris anggota yang terkorban dalam krisis pencerobohan itu.

Di dalam perutusan blog 1Malaysia, Datuk Sri Najib turut melahirkan kagum dengan semangat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama ini. Malah menurut Perdana Menteri, membesar di rumah bersama ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak, sentiasa membuatkan dirinya sedar dalam menghargai perjuangan pasukan polis sejak zaman darurat sehinggalah kepada insiden 13 Mei.


“… mereka sentiasa menjadi benteng keselamatan kepada kita semua” katanya.

Perdana Menteri turut melahirkan rasa bangga apabila melihat semangat juang mereka yang bertugas semasa Ops Daulat.

“Kita juga kagum dengan keberanian lapan anggota serta pegawai PDRM yang sanggup menggadaikan nyawa mereka demi mempertahankan kedaulatan negara” katanya lagi.

Mereka yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas militan di Kampung Tanduo pada 1 Mac ialah ASP Zulkifli Mamat, 29; dan Sjn Sabarudin Daud, 46; manakala anggota yang gugur di Semporna pada 2 Mac ialah ACP Ibrahim Lebar, 52; Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27; DSP Michael Padel, 36; Sjn Mejar Baharin Hamid, 49; Sjn Mejar Abdul Aziz Sakirun, 48; dan Sjn Salam Togiran, 42.

Perbarisan pada sambutan itu turut disertai oleh 93 anggota yang terlibat secara langsung dalam Operasi Daulat yang diterbangkan khas dari Sabah untuk sambutan Hari Polis itu. Kumpulan yang terdiri daripada 50 anggota dan 13 pegawai Komando VAT69 dan Jabatan Siasatan Jenayah itu mengenakan pakaian seragam lengkap semasa operasi di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.


Bagi meneruskan perjuangan mereka di Sabah, Datuk Sri Najib telah mengumumkan penubuhan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) supaya kestabilan dan keselamatan di Sabah terus dipelihara. Yang mana menerusi inisiatif itu, kerajaan akan dapat memastikan proses pilihan raya yang adil dan bersih tidak digugat di kawasan terbabit.

Walaupun kadar jenayah telah menurun 27 peratus sejak tiga tahun kebelakangan ini, namun Perdana Menteri berpendapat masih banyak lagi yang perlu dilakukan bagi memastikan kadar jenayah itu terus menurun.

Turut menarik perhatian, ialah usaha yang dilakukan oleh pasukan PDRM yang telah melakukan pelbagai transformasi termasuk memperkenalkan perkhidmatan komuniti polis dengan tahap profesionalisme dan integriti yang tinggi.

"Sudah pasti pelbagai transformasi yang diperkenalkan itu tidak boleh membawa perubahan dalam sekelip mata, ia memerlukan masa serta fokus untuk melakukan penambahbaikan terhadap pasukan polis," katanya lagi dalam entri bertajuk 'Pasukan Polis Moden Yang Membanggakan Kita'.


Al Fatihah
Buat Seluruh Perajurit² Negara Yang Terkorban
Demi Mempertahankan Tanah Air Tercinta