Tuesday, 17 September 2013

Pemilihan Pemuda yang menentukan jangka hayat UMNO selepas ini. @LokmanAdam @MyMassa





Untuk pemilihan kali ini, Pemuda perlu memilih gandingan yang benar-benar mantap demi untuk memastikan proses meremajakan semula UMNO mencapai matlamatnya. Pasca PRU-13 lalu menandakan sudah tiba masanya barisan pelapis kepimpinan UMNO diberi ruang untuk secara beransur-ansur menggantikan tonggak kepimpinan negara sedia ada. Kepimpinan Pemuda selepas ini WAJIB relevan, bersedia dan cukup berpengalaman untuk membawa diri mereka sebagai pemimpin pilihan rakyat untuk PRU-14 dan seterusnya. 

Tidak keterlaluan dikatakan jika ketentuan hidup atau matinya UMNO adalah bergantung kepada titik tolak siapa yang memimpin Pemuda selepas ini. Dengan tiadanya sokongan orang Cina kepada Kerajaan, UMNO dan barisan Pemudanya WAJIB sekali lagi, memastikan bahawa jiwa orang muda adalah sentiasa seiring dengan perjuangan parti keramat ini demi untuk memastikan kelangsungan kuasa orang Melayu di negara ini dapat dikekalkan. Setakat ini kepada siapa lagi yang orang Melayu dapat mengharap selain UMNO?

Ini bukanlah semata-mata tujuan kempen kepada bakal calon tertentu sahaja, tetapi satu saranan mesra kepada para perwakilan yang terlibat dalam pengundian kelak. Buktikan kepada rakyat Malaysia bahawa anda semua mampu menaikkan barisan pemimpin yang bukan setakat WINNABLE dalam pilihanraya, bahkan mempunyai akhlak yang tinggi, bebas rasuah dan skandal serta utuh iman serta jiwa Melayunya. Cukup-cukuplah bangsa dan agama kita diperkotak-katikkan oleh pakatan pembangkang demi satu undi cina. Biarkanlah mereka terus menerus mengambil hati minoriti kafir, dan teruskanlah jihad kita untuk memastikan nasib anak bangsa kita terus terbela.

Adalah diharapkan sedikit maklumat ini dapat dijadikan panduan bagi memudahkan para perwakilan memilih barisan pejuang Pemuda kelak. Ingatlah bahawa  masa depan UMNO dan orang Melayu kini terletak di tangan kalian. Gunakanlah ia dengan sehabis bijaksana demi memperkasakan UMNO di mata rakyat!

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.