Friday 27 September 2013

BANTAH!!! Projek 1 Malaysia Spiritual Tourism di Pahang




Bantahan telah dibuat oleh Ikatan Muslimin Malaysia Kuantan berkenaan dengan sebuah projek yang akan dibangunkan di negeri Pahang hujung tahun ini. Projek 1 Malaysia Spiritual Tourism akan dibangunkan diatas tanah seluas 500 ekar di Bukit Gambang ini bernilai 10 bilion ringgit bakal dilaksanakan oleh syarikat Enchant Acres Sdn Bhd. Keluasan projek ini telah mengatasi keluasan KLIA yang hanya 493 ekar.

Projek yang bertemakan pelancongan keagamaan ini dikatakan mahu menonjolkan Malaysia sebagai sebuah negara yang multi-nasional dengan kepelbagaian agama, masyarakat dan budaya. Projek yang disokong sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia dan Tourism Malaysia dengan objektif untuk mempromosikan pelancongan di Malaysia. Menurut Pengerusi MMEC Global KB Tan dalam sebuah video, projek ini bukankah sesuatu yang baru kerana sebelum ini konsep ini telah digunakan di beberapa tempat pelancongan seperti Kek Lok Si dan Sleeping Buddha di Pulau Pinang.

Projek yang dibangunkan kepada 2 zon utama yang mana satu resort akan dibina dengan persekitaran agama dan budaya yang dinamakan Ao Mi Sha. Pengunjung akan mengambil masa 3 hingga 5 hari untuk melawat semua zon tersebut memandangkan kawasannya yang amat luas. Maklumat lanjut mengenai projek ini boleh diikuti pada pautan berikut :


Sehubungan dengan itu, ISMA Kuantan menyeru kepada badan-badan bukan kerajaan Islam dan muslimin secara amnya supaya peka dengan perkembangan agenda besar dan halus seperti ini yang boleh menjejaskan masa depan Islam dan muslimin di negeri ini.

Baca lanjut disini.

TB : Semakin menjadi-jadi pulak mereka ini. Bagi betis nak peha. Umat Islam harus bersama-sama membantah projek ini.

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.