Monday 30 September 2013

GEMPAR!!! Tun M di Maki oleh Penyokong PAS




Beberapa hari lalu terbit beberapa posting penyokong  PAS di FB yang kecewa dengan tindakan keluarga arwah Ust. Azizan yang membenarkan YBhg Tun Mahathir serta YAB Datuk Paduka Mukhriz menyiram air mawar dipusara arwah selepas selesai pengkebumian.

Unit Amal PAS juga dimarah kerana menolok penyokong PAS kerana ingin memberikan laluan kepada beberapa pemimpin UMNO untuk berada di barisan hadapan untuk menyaksikan upacara pengkebumian. Hubungan diantara Arwah Ust. Azizan dengan pemimpin UMNO banyak tidak diketahui oleh penyokong PAS. Ketika hayat arwah, beliau pernah meminta pandangan daripada Tun M bagaimana caranya untuk memajukan Kedah selepas mentadbir Kedah sejak 2008. Pertemuan itu telah diadakan di kediaman Tun M di Seri Kembangan.


Arwah juga cukup rapat dengan keluarga Tun Razak. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambery juga merupakan anak didik arwah. Tidak dinafikan walaupun berlainan ideologi politik hubungan arwah dengan pemimpin. UMNO cukup akrab. Keakraban itu juga telah membibitkan rasa benci dikalangan pemimpin PAS.

Baca lanjut : www.medantempurkedah.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.