Sunday 15 September 2013

JUARA!!! Skuad Harimau Muda A berjaya.



Malaysia yang menampilkan Harimau Muda A telah berjaya mencipta sejarah sekali lagi apabila muncul sebagai juara Pestabola Merdeka selepas berjaya membenam Myanmar 2-0 pada final di Stadium Darul Makmur malam tadi. Lebih manis lagi kejayaan yang diperolehi berjaya diraih pada saat negara menyambut Hari Malaysia esok.

Kejayaan Petabola Merdeka yang diraih oleh anak buah Ong Kim Swee hanyalah permulaan kepada perjalanan lebih sukar di Sukan Sea Myanmar, Disember nanti. Lebih manis lagi apabila Wan Zack Haikal dijulang selaku pemain terbaik perlawanan akhir dan Rozaimi berjaya memenangi anugerah Kasut Emas selaku penjaring terbanyak kejohanan.

TB : Skuad muda berjaya dalam Pestabola Merdeka. Skuad muda juga akan berjaya pada pemilihan UMNO akan datang.

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.