Monday 9 September 2013

Kalimah ALLAH Milik Siapa?

Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.

Umat Islam wajib menjaga dengan baik lafaz Allah kerana ianya kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Khalimah Allah adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa bagi orang Islam. Manakala orang Kristian pula adalah "Tuhan Bapa' iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Apa yang dimaksudkan oleh Archbishop of Kuala Lumpur, Reverand Datuk Murphy Pakiam membawa maksud yang sama sekali berbeza dimana perkataan Allah telah sekian lama digunakan oleh orang Kristian sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah 'Theos' dan bukannya Allah.

Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.

Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.

Disebabkan politik dan kepentingan kuasa ada yang sanggup menggadaikan maruah agamanya sendiri. 






TB : Harap-harap umat Islam tidak mengikut pendirian mereka ini.

Sumber  : JAKIM


1 comment:

  1. Saalam bloggers..
    kemas blog tuan..senang dibaca....
    dan

    mohon pautkan blog kecil sy disini hehehe...
    saya dah pautkan blog tuan disana :P

    http://daengselili.blogspot.com/

    terima kasih... :3

    ReplyDelete

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.