Tuesday 30 August 2011

Bakal Perdana Menteri Malaysia Pelupa Orangnya

Hahahaha tergelak admin bila melihat reaksi Mat Sabun Wilcha yg TERLUPA apakah bait-bait ucapan yg pernah dijaja semasa ceramah di Tasek Gelugor tempoh hari.

Pulak dah.

Ceramah di Tasek Gelugor 21 Ogos 2011, tapi 26 Ogos 2011 dah lupa apa yg dicakapkan? Wahhh ini mesti berbuka puasa makan semut byk-byk hehehe. Tapi mujurlah ada pihak yg sangat prihatin telah merekodkan ucapan Mat Sabun Wilcha ni.


Terima kasih kepada pihak empunya video yg sungguh pemurah dan baik hati. Semoga Allah memberikan rahmat dan dimurahkan rezeki kepadanya.

Tu dia video Mat Sabun Wilcha sedang bagi ceramah kutuk pejuang & perajurit negara. Pasni Mat Sabun Wilcha kalau kena panggil POLIS utk bagi keterangan jgn pura-pura lupa pula ya. POLIS dah ada video ni sebagai bukti. So jgn nak 'pusing' jauh-jauh sangat ya.

Tapi ada satu kepelikannya bila Mat Sabun Wilcha menafikan apa yg diperkatakan itu dan menganggapkan ia sebagai fitnah kerajaan BN terutamanya Utusan Malaysia yg memutarbelitkan fakta sebenar.


Keduanya yg pelik apabila Mat Sabun Wilcha kata, dia terlupa apa yg diperkatakan. Tetapi bagaimana dia boleh mengingati fakta sejarah negara yg telah berusia puluhan tahun?? Perghhh makan kurma Tok Guru ker apa ni.

Jadi mana satu yg betol ni?
Mat Sabun Wilcha ni ada 2 klon ker?
Atau Mat Sabun Wilcha lupa diri semasa berceramah. Cuma ingat Allah S.W.T apabila memulakan ceramah je kemudian syaitan ada masuk dalam badan? Hahaha

Takot-takot nanti dia pun terlupa mana satu bini sendiri, mana satu bini orang. Kejadian tibai bini orang dah lali dgn diri dia dan PAS kan. PAS for all (biniku binimu jua)


Agi Idop Agi Nyusahkan  atau  Agi Idop Agi Menggelabah

Pasal apa dia 'bakal' Perdana Menteri Malaysia?
* Sebab Nik Ajis sudah terlalu tua utk pegang jawatan ini.
* Presiden PAS pula dah awal-awal bagitahu tidak akan pegang jawatan ini.
* Sudah tentulah Mat Sabun Wilcha akan offerkan dirinya pula sbb dia Timbalan Presiden PAS

Itu pun kalau berjaya lah. Kalau tak berjaya tukarlah lagi matlamat perjuangan PAS daripada negara kebajikan kepada negara persundalan.

Tuesday 23 August 2011

Sijil BERSIH 2.0

Setelah misi menghuru-harakan serta memalukan negara tercapai pada 9 Julai 2011 lepas. Kini semua peserta Perhimpunan BERSHIT telah dianugerahkan sekeping Watikah Penghargaan daripada PAS.

Tu dia..
Jangan main-main dengan depa la ni. Pakat pi buat demontrasi jahanamkan negara pun dapat sijil.

Dikatakan sijil ini laku sekiranya Pakatan Rakyat (mimpi je la oi) berjaya menakluki Putrajaya dan para penerima sijil ini boleh menggunakan sijil tersebut utk memohon jawatan, mendapatkan tender projek dan juga boleh digunakan untuk dilepaskan dari sekatan Polis apabila ditahan kelak hahaha

Tu dia..
Jangan pandang sebelah mata depa punya perancangan jangka masa panjang haha..



Petikan di dalam sijil tersebut...

"SEMOGA ALLAH TERUS MENERUS MEMBERIKAN SEMANGAT SERTA KEKUATAN MENUJU KEMENANGAN ISLAM"

Tu dia...
Adakah Allah akan memberikan keberkatan kpd mereka menentang kerajaan Islam sendiri?
Adakah pemimpin kafir & anti Islam (ambiga) ini akan dimenangkan Allah kelak?

Kesian dgn PAS. Selalu sangat membuat perkara yang boleh dikatakan terlalu BODOH untuk rakyat.

Admin : Ada yang nak buat frame dan gantung di dinding rumah raya ni ker hehehe

Monday 22 August 2011

BERSIH Siri 3 - Lepas Raya

Panas.... Panas.... Panas...

Baru dapat info daripada seorang sahabat admin semasa menuntut bersama-sama dulu di bangku sekolah. Sekarang ini beliau dan admin tidak sehaluan mengenai pandangan politik masing-masing tapi masih lagi bersahabat baik. Keluarga beliau dan admin macam saudara kandung. Begitulah rapatnya kami ini.

Cuma sekarang, admin aktif dalam penulisan blog dan beliau pula bekerja sepenuh masa dengan Ibu Pejabat PKR di Damansara sana.


Beliau sempat berkongsi dgn admin sebentar tadi, katanya... Ada satu rancangan yg berkemungkinan sama seperti 9 Julai 2011 lepas iaitu Perhimpunan Bersih mungkin BERSIH 3.0. Tarikhnya masih lagi belum diputuskan tetapi dijangka selepas Hari Raya Aidilfitri ini. (maybe selepas selesai open house banyak-banyak tu)

Kali ini tuntutan perhimpunan lebih tertumpu kepada isu penganiayaan terhadap kes Anwar Ibrahim. Kononnya mahkamah telah dipengaruhi oleh kerajaan Najib. Katanya BERSIH kali ini juga akan turut disertai Suhakam dan Bar Council bagi menentang kerajaan BN yg 'zalim' sangat tu.

Pakatan Rakyat beranggapan Anwar Ibrahim kini ibarat dihujung tanduk dan akan dipenjarakan dalam tempoh terdekat ini. Seluruh kepimpinan dan peguam Anwar Ibrahim sedikit yakin bahawa Saiful Bukhari akan berjaya dalam kes ini disebabkan liputan media pada saat-saat akhir perbicaraan ini.

Mengenai perlantikan Ku Li menerajui Pakatan Rakyat hanyalah gimik yang sengaja diadakan untuk mengalih perhatian rakyat daripada kes liwat Anwar Ibrahim. Sedangkan perkara itu tidak pernah terjadi.


Penganjur untuk BERSIH kali ini masih lagi dibawah Komander Ambiga dan seluruh barisan kepimpinan haram jadahnya.

Tentunya pembaca sekalian tertanya-tanya mengapa sahabat admin begitu 'bermurah hati' menyalurkan maklumat dalaman ini?

Jawapannya mudah sahaja.
TIDAK SEMUA ORANG DI DALAM PKR SETUJU DENGAN PERHIMPUNAN JALANAN INI.

Admin menyeru kepada semua pembaca supaya menyebarkan berita ini serta keburukan yg bakal dihadapi sekiranya ianya benar-benar terjadi. Dikhuatiri jika BERSIH ini berulang kembali pastinya akan mengakibatkan bencana yg besar kepada negara tercinta ini.

Admin : SOKONGLAH PR UNTUK JAHANAMKAN NEGARA & ANAK BANGSA...

Sunday 21 August 2011

Azan Di McDonalds



Isu di bawah mungkin boleh menjadi pengajaran kepada Lim Guan Eng DAP yang sering mengeluarkan kenyataan fitnah dan berbau rasis!

Isunya mengenai kecetekan dan keceluparan bangsa Cina yang mempertikaikan azan di restoran Mc Donald di Singapura, negara mentor parti DAP. Inilah mentaliti rakyat yang tidak peka dengan sensitiviti penganut agama lain.

Mereka besar kepala dan menyangka agama lain boleh diperlekehkan begitu sahaja tanpa memperdulikan perasaan yang lain. 




Tetapi isu ini ditimbulkan oleh seseorang yang daif ilmu Islam. 


Yang menimbulkan persoalan ialah isu larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara di Pulau Pinang.

MiM terkejut kerana salah satu daripada yang menyebabkan larangan tersebut ialah umat Islam di Pulau Pinang sendiri yang merungut dan complain supaya larangan tersebut dijalankan!

Orang Islam? Merungut bacaan Al-Quran?

Bolehkah kita percaya dengan dakwaan Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang tersebut?

Orang Islam? Merungut bacaan Al-Quran?

Apakah masuk akal jika orang Islam berjumpa atau menelefon jabatan Islam negeri dan mahu bacaan Al-Quran tidak berkemundang lagi? Logikkah?

MiM cabar pihak berkenaan supaya mendedahkan jumlah complain yang mereka terima sebelum mengeluarkan surat pekeliling tersebut!

Dan dedahkan jumlah orang Islam yang tampil mahukan tiada lagi arahan tersebut.

Jangan berdolak-dalih pula. Dedahkan dengan kadar segera.

Seperkara lagi, seperti yang MiM katakan, Lim Guan Eng DAP patut belajar dengan isu azan di Mc Donald. Lelaki Cina itu mengaku salah dan meminta maaf di atas kenyataan rasis beliau.

Bila Lim Guan Eng mahu meminta maaf? Bila?

Sumber : Minda Intelek Melayu


KOMEN  :

Azan tu tak sampai pun 10 minit. Kurang daripada 3 minit kot. Itu pun selama sebulan sepanjang bulan Ramadhan, 29 - 30 hari sahaja.

Si budak jahanam ni pun, bukannya duduk 24 jam di McDonalds tu. Apa masalahnya?

Selama ni McDonalds pasang lagu bukan pilihan ramai pengunjung di situ pun takda sapa nak marah. Ni just pasang azan sat ja waktu Maghrib pun nak bising. Apa pun tak bole.

Hari ni McDonalds, esok KFC, lusa A&W, tulat pulak food court shopping complex, akan datang lagi 1 Malaysia dilarang azan plak dek kerana nak jaga hati pu***ak haram jadah ni.

Friday 19 August 2011

Murid Sekolah 30% Di Kristiankan



KUALA LUMPUR 17 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh hari ini membuat laporan polis berhubung pendedahan Utusan Malaysia mengenai sebuah pusat tuisyen di Jalan Klang Lama di sini yang mengajar lagu-lagu berunsur Kristian sehingga boleh dihafal oleh murid-muridnya itu.

Ketua pergerakan itu, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, tindakan pusat tuisyen itu jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesucian agama Islam tidak boleh dicerobohi oleh agama lain.
Katanya, pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) digesa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pihak terbabit.

"Berdasarkan maklumat yang kami peroleh, terdapat tenaga pengajar dipercayai pendakwah Kristian yang mengajar tuisyen untuk Bahasa Inggeris kepada kira-kira 20 murid.

"Bagaimanapun, apa yang dikesali mereka telah menerapkan ajaran Kristian kepada murid-murid tersebut dengan mengajar mereka menyanyikan lagu agama Kristian serta menayangkan video berhubung kelahiran dan kehidupan Nabi Isa," katanya ketika ditemui pemberita di Balai Polis Brickfields di sini, hari ini.
Ruangan 'Cuit' Utusan Malaysia hari ini mendedahkan maklumat seorang guru sekolah rendah mengenai kegiatan beberapa muridnya Tahun 1 dan 6 boleh menyanyi dengan semangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.

Kegiatan tersebut dipercayai telah berlaku sejak lebih enam tahun lalu yang mana golongan anak-anak Melayu miskin yang tinggal di kawasan sektor Hock Ann di Jalan Klang Lama itu menjadi sasaran mereka.


Sumber : Razlan's & Utusan Malaysia

Admin :

"..jika tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya.."

Perumpamaan di atas tidaklah begitu tepat untuk menggambarkan berita di atas tapi bagi admin, sekalung tahniah diucapkan kepada Utusan Malaysia dan Pemuda UMNO Seputeh atas pendedahan yang telah dipaparkan tempoh hari.

Isu murtad ini tidak dipandang remeh oleh Pemuda UMNO. Laporan Polis yang telah dibuat serta melawat keluarga yang terlibat membuktikan Pemuda UMNO serius berhubung isu murtad dikalangan orang Islam. Terutama berkenaan hal anak-anak kecil yang masih lagi menuntut di bangku sekolah telah di'sesat'kan hidup mereka oleh guru tuisyen yang mempunyai agenda jahat terhadap Islam.

Admin sangat risau akan perkara ini memandangkan kepercayaan yang diberikan keluarga kepada guru² sebagai pendidik anak bangsa. Mungkinkah selepas ini pihak yang berwajib harus memantau secara serius akan hal ini yang dikhuatiri akan mengganggu gugat negara.

Monday 15 August 2011

Pembangkang Putus Haid

Hot-hot story !!!

Sudahlah Perhimpunan BERSHIT, 9 Julai 2011 yang lepas telah menghuru harakan bumi Malaysia, kini timbul pula surat yang didakwa dikeluarkan oleh Pegawai² Polis DiRaja Malaysia (PRDM) kononnya.

Ada pulak usaha 'sekumpulan' pegawai Polis yang hendak menjatuhkan Najib dan kerajaan BN.



Kononnya juga surat ini dihantar kepada Yang DiPertuan Agung dan juga barisan kepimpinan UMNO untuk kembali ke 'pangkal jalan'.

Apa yang admin geli hati, penulisan Pegawai Polis tersebut seperti orang yang terlalu marahkan barisan kepimpinan Najib. Jika benar, kenapa ya?

Admin yakin, ini bukan kerja Polis lah. Sudah tentu kerja si penjahanam negara.

Baca transkrip di bawah.

KEPADA SURAT TERBUKA

YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA

PENGERUSI BERSIH

SUHAKAM

DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEAMANAN

PELANGGARAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA OLEH KERAJAAN PIMPIMPAN NAJIB TUN RAZAK

SUKACITA INGIN KAMI MENARIK PERHATIAN SERI PADUKA YANG DIPERTUAN AGONG DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG PERIHATIN DI ATAS KETEMPANGAN PIMPINAN YANG ADA SEKARANG.

KAMI MEWAKILI BADAN KEPOLISIAN YANG BERNAUNG DIBAWAH YDPA MEMANG SAMA SEKALI TIDAK MENYOKONG KEGANASAN DALAM MENANGANI PERHIMPUNAN YANG DIANJURKAN SECARA AMAN OLEH PIHAK NGO DAN PEMBANGKANG. APA YANG KAMI KESALKAN PERKARA INI ADALAH KERANA TERDAPATNYA PENGKHIANAT YANG TERDIRI DARIPADA PEGAWAI ATASAN DAN BAWAHAN YANG MEMPUNYAI KEPENTINGAN PERIBADI DAN MENDAPAT HABUAN UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI.

KAMI MEMANG MENGIKUTI DAN MENYIASAT PERKARA INI DAN MEMANG KPN DAN TIMBALAN KPN ADALAH ORANG YANG TERLIBAT DI DALAM MENCATURKAN ATAS ARAHAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI DALAM NEGERINYA MAHUKAN AGAR TITAH YDPA ITU DIKETEPIKAN ATAS SEBAB-SEBAB KESELAMATAN. PIHAK KAMI DALAM PERBINCANGAN ITU TIDAK BERSETUJU DIGUNAKAN TEKANAN KEPADA RAKYAT YANG BERHIMPUN TETAPI PUAK-PUAK INILAH YANG TELAH MEMBUAT PELANGGARAN UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN MALAYSIA. PEGUAM NEGARA GANI PATAIL DAN DATUK BAKRI TERLIBAT DALAM MEMALSUKAN DOKUMEN. DISAMPING ITU JUGA TIDAK DINAFIKAN BEBERAPA PEGAWAI KANAN DATUK RIDWON KP MELAKA DAHULU, DATUK KP PULAU PINANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM PERKARA INI.

KAMI TIDAK DAPAT BERBUAT APA-APA MENGHALANG PERKARA INI KERANA KUASA ITU DIBAWAH KPN KAMI DIUGUT DAN TEKAN SUPAYA TIDAK INGKAT ARAHAN DAN BAKAL DITANGKAP JIKA MENENTANG KERAJAAN NAJIB. APA YANG KAMI HARAPKAN KAMI MEMOHON TAKZIAH KEPADA SAUDARA IBRAHIM YANGDIKENALI ATAS KEMATIAN SEMOGA DIROHNYA DIRAHMATI OLEH ALLAH DAN KEMAAFAN KERANA RAMAI RAKYAT YANG TERPAKSA MENANGGUNG KESUSAHAN SEMATA-MATA MEMPERJUANGKAN KEBENARAN DAN KAMI SENTIASA MENYOKONG SECARA SENYAP SEHINGGALAH DISAMPING MEMASTIKAN PENGKHIANAT DALAM PASUKAN PDRM DITANGKAP DAN DIDAKWA OLEH MAHKAMAH APABILA BERJAYA DIPRU 13 INSYALLAH…

OLEH YANG DEMIKIAN KAMI BERHARAP RAKYAT TIDAK MENYALAHKAN KAMI KERANA KAMIPUN FAHAM KAMI TERIKAT DENGAN PEMERINTAH YANG ZALIM RAKYATLAH KAMI AKAN BERSAMA-SAMA RAKYAT MENRUBAH KEPIMPINAN YANG ADA KEPADA KEPIMPINAN YANG LAIN. KAMI SANGAT SEDIH DSAI, PEMIMPIN, AHLI ULAMAK TUAN-TUAN GURU KAMI KENALI DAN BERJUANG BERSAMA-SAMA DAN RAKYAT DITEKAN OLEH PEMERINTAH YANG ZALIM. KAMI MENYOKONG PENUH SUPAYA MOMENTUM INI DITERUSKAN UNTUK MEMBELA NASIB KAMI DAN PERUBAHAN DAPAT DIBUAT DALAM PASUKAN KESELAMATAN, GUAMAN, KEMENTERIAN DALAM NEGERI, SEMUA JABATAN DAPAT DIPERBAIKI DENGAN PEMERINTAH YANG BARU.

(muka surat 2)

ANWAR IBRAHIM ADALAH BOHONG BELAKA DAN CIPTAAN KERAJAAN PEMERINTAH YANG ZALIM BAGI MEMANDANGKAN KUASA PEMERINTAHNYA, KAMI MENGENALI DSAI WALAUPUN BERJAUHAN KERANAN KEKANGAN SISTEM PEMERINTAH YANG ZALIM INI.

KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI KANAN DAN ANGGOTA YANG MENJADI TALIBARUT PEMERINTAH YANG ZALIM KAMI NASIHATKAN BALIKLAH KE PANGKAL JALAN KERANA PERBUATAN ITU AKAN MENZALIMI DARI KITA SENDIRI DAN KELUARGA KITA KENA MELIHAT KEHADAPAN APAKAH KITA INGINKAN ANAK KITA KECEWA, SEDIH, TRAUMA KERANA KITA MENIPU ANAK-ANAK KITA TENTANG KEBENARAN TIDAKKAH TERFIKIR APA AKAN BERLAKU JIKA PERKARA INI BERBALIK KEPADA KITA, KELUARGA, ISTERI DAN ANAK-ANAK KITA? APABILA MAKHLUK ALLAH YANG DIANIAYA ITU BERDOA SANGGUPKAH KITA MENGHARUNGINYA DIDUNIA DAN AKHIRAT? KENA INGAT HIDUP KITA KERANA ALLAH JIKA KITA SEKSA MAKHLUK YANG TIDAK BERSALAH KITA AKAN BERTANGGUNGJAWAB KEPADA ALLAH TIDAK KIRA ISLAM ATAU TIDAK. TERUTAMA KEPADA PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN (FRU) KITA TIDAK BOLEH EGO DAN BANGGA DENGAN TUGAS KITA YANG MERASAKAN KUAT DAN TAHAN MEMUKUL DAN MENGGANAS SEMATA-MATA KERANA RAKYAT YANG TIDAK AKAN KUDRAT BERJUANG KEPADA KEBENARAN YANG TELAH JELAS NYATA UNTUK KEBAIKAN KITA SEMUA. MAKA HENDAKLAH KITA MENGAWAL KESELAMATAN RAKYAT BUKAN MENGIKUT SURUHAN TALIBARUT PEMERINTAH YANG ZALIM.

KAMI JUGA MEMOHON AGAR DIADAKAN TAMBAH BAIK PASUKAN KESELAMATAN KELAK IAITU:-

1. KENAIKAN PANGKAT-PANGKAT RENDAH DIPERMUDAHKAN TANPA TEMUDUGA DINAIKAN PANGKAT LAYAK APABILA BERKHIDMAT MELEBIHI 5 TAHUN

2. UNIT BAKA PERLU DIPERBAIKI DAN DILETAKKAN DIBAWAH JAGAAN PEGAWAI AWAM DAN TIDAK TERIKAT DENGAN ARAHAN PIHAK ATASAN INI KERANA BAKA SEKARANG TUGAS SEBAGAI BACAAN DOA SEPATUTNYA BERFUNGSI SEBAGAI PENASIHAT DAN MEMBETULKAN MANA YANG SALAH DAN SILAP

3. DILETAKAN DIBAWAH PARLIMEN SUPAYA TIDAK BERPIHAK DENGAN MANA-MANA PARTI POLITIK. TEKANAN TERLALU BANYAK SEKARANG KEPADA PARTI YANG MEMERINTAH UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI

4. MENDAKWA MENTERI DALAM NEGERI KERANA MENTERI INILAH YANG BANYAK MEMBAWA MASALAH KEPADA PASUKAN KESELAMATAN. TIDAK LUPA JUGA MENTERI HISHAMUDDIN INI JUGALAH PEROSAK KEPADA SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA KETIKA MENJADI MENTERI PELAJARAN.

5. MENYOKONG UNDI POS DIHAPUSKAN KERANA TIDAK RELEVEN KEADAAN MASA SEKARANG

6. MEMBERIKAN KEMUDAHAN YANG LEBIH BAIK LAGI DALAM SISTEM KEPOLISIAN.

7. MEMBUAT PEMUTIHAN KEPADA PEGAWAI DAN ANGGOTA YANG TERLIBAT TALIBARUT KEPADA PEMERINTAH YANG ZALIM

8. MEMBUAT PEMBAHARUAN SEMUA JABATAN DAN SEKTOR PDRM DENGAN BAIK

9. MEMBUAT PEMUTIHAN CAWANGAN-CAWANGAN UTK, SB, DAN LAIN-LAIN CAWANGAN KHAS YANG MANA CAWANGAN INI HANYA BERFUNGSI UNTUK MENJAGA PERIUK NASI PEMERINTAH YANG TAMAKKAN KUASA SEKARANG

10. MEMBUAT PERANCANGAN SEMULA KEDUDUKAN PENGGUNA PASUKAN KESELAMATAN KEPADA MENTERI-MENTERI YANG ADA KERANA TIADA FUNGSI HANYA KEPENTINGAN MENTERI ITU SENDIRI. SECARA TIDAK LANGSUNG MAIN POWER PAASUKAN KESELAMATAN DAPAT DIMINIMAKAN DAN DITUMPUKAN KEPADA KEBAJIKAN MASYARAKAT.

KAMI BERHARAP PIHAK AHLI PARLIMEN UMNO SEDAR DAN BALIKLAH KE PANGKAL JALAN. OLEH ITU KITA WAJIB MEMBUAT PERUBAHAN MENUKAR PEMRINTAH YANG ZALIM INI PADA PRU 13. SEMOGA WARKAH INI MEMBERI BERITA BAIK BUAT RAKYAT DAN TUAN-TUAN GURU, ULAMAK DAN PEMIMPIN

TAKBIR!!!!!!

IKHLAS DARIPADA

PPRPD/PKCW




So, apa pendapat para pembaca sekalian?


Terima kasih REZQEEN HILL

Wednesday 10 August 2011

Berbuka Puasa Bersama Selebriti

BERBUKA PUASA
BERSAMA
SELEBRITI

Hj Shuhardi Mohd
Pelakon Filem Bersih 2.0

Jika anda merupakan seorang peminat drama dan filem tempatan, anda mungkin mengenali wajah selebriti di atas ini. Banyak drama dan filem yang pernah dilakonkan beliau tetapi semua sebagai pelakon extra sahaja.


Untuk filem Bersih 2.0 yang telah ditayangkan baru-baru ini, impak lakonan beliau telah MELETOP dan PECAH BONTOT bukan PECAH PANGGUNG ye.
Juga boleh diklasifikasikan sebagai lakonan terhebat untuk alaf ini.

Pemenang Pelakon Filem Terbaik ini telah berjaya dihubungi oleh pihak Polis. Mungkin ada sedikit perbincangan mengenai drama siri Bersih 2.0 yang akan ditayangkan kelak.

Untuk menonton aksi dramatik beliau, peminat semua bolehlah berkunjung ke laman web youtube untuk menghayati watak yang dilakonkan beliau.


Bersempena dengan bulan Ramadhan Al Mubarak ini.
Hj Shuhardi Mohd telah berminat mengadakan majlis berbuka puasa dengan sesiapa sahaja yang berminat. 


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi beliau sendiri :

Hj Shuhardi Mohd - 012 390 0740
tak tau samada pakai lagi ker tak hehe
(tempahan awal diperlukan)


Maklumat bersama : Budak Kampung...Menulis

Monday 8 August 2011

A Samad Said Bakal Perdana Menteri Malaysia


KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyeru rakyat Malaysia khasnya golongan muda supaya berani membuat perubahan dengan memastikan kerajaan baru terbentuk di Putrajaya.
Ini kerana katanya, sejak lebih 50 tahun negara Merdeka, Umno-BN bukan sahaja menyekat kebebasan bersuara rakyatnya, malah turut menafikan hak mendapatkan maklumat secara adil.
“Maka saya merasakan sudah tiba masanya kerajaan ini ditukar, cukuplah 54 tahun untuk mereka,” katanya selepas merasmikan kempen ‘Jom Baca Media Alternatif’ di Kuala Lumpur, semalam.
Majlis anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu berjaya menarik kehadiran lebih 100 aktivis dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan gabungan kumpulan mahasiswa.
Kempen itu bertujuan mendidik rakyat untuk mengutamakan kesahihan berita, mendedahkan mereka kepada persepsi yang lebih terbuka, dan memberi peluang kepada rakyat melihat realiti Malaysia berdasarkan dimensi yang berbeza.
Berita selanjutnya di REZQEEN HILL

Dari Dato' Dr Mashitah Ibrahim


1. Sebaik-baik Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan di muktamar Pas baru-baru ini bahawa partinya menggugurkan matlamat membentuk negara Islam, sebaliknya mahu wujudkan negara berkebajikan jika dapat memerintah Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada Pengerusi DAP Karpal Singh.

2. Ini kerana setelah puluhan tahun, akhirnya hasrat Pengerusi DAP dan partinya untuk menghalang Pas membentuk sebuah negara Islam telah berjaya. Perjuangan Pas sejak tahun 1950-an berjaya dipatahkan DAP. Kata orang Kelantan, "Pas aloh ko DAP" (Pas kalah kepada DAP).

3. Ini hakikat yang sukar diterima orang Pas. Pusingan U yang diumumkan Hadi Awang buka sahaja mengaibkan ramai penyokong Pas akar umbi, malah dianggap menghina pejuang dan aktivis sebelum ini. Sekali gus, mengiktiraf kedudukan dominan DAP dalam pakatan pembangkang yang dianggotainya.

4. Seminggu selepas muktamar, Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub mengumumkan bahawa sebuah panel khas akan ditubuhkan untuk membincang kandungan negara berkebajikan yang diinginkan Pas. Sebagaimana konsep negara Islam, Pas bercakap dulu, fikir kemudian.

5. Dan dalam hal ini, Pas kena memerah otak untuk mengisi konsep negara berkebajikan yang masih tidak jelas. Saya percaya sebahagian besar yang difikirkan ialah bagaimana memastikan konsep negara berkebajikan tidak ditentang juga oleh DAP nanti. Pas kena pertimbangkan perasaan DAP dan risiko daripada tentangan politik dari aspek ideologi.

6. Keputusan Kerajaan Kedah menarik balik arahan melaksanakan peraturan terhadap premis hiburan di bulan Ramadan adalah satu lagi episod "Pas aloh ko DAP". Walaupun pemimpin Pas memberi pelbagai alasan bahawa ia bukan demikian dan memberi macam-macam putaran terhadapnya, hakikatnya ialah keputusan itu dibuat setelah diugut oleh Karpal Singh.

7. DAP anggap keputusan kerajaan Pas Kedah sebagai "tidak cerdik" (baca: bodoh) dan boleh menjejaskan hubungan kedua-dua parti. Andainya tiada ugutan kes ini dibawa ke mahkamah, masakan pucuk pimpinan Pas terbabit sehingga mendesak kerajaan negeri mengubah pendirian.

8. Dalam kes terbaru, wakil Pas di Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali, yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri, dikecam teruk oleh pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Theresa Kok atas pendirian terbukanya mempertahan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama Rabu lalu. Serbuan itu dibuat atas laporan adanya usaha menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam atau memurtadkan mereka.

9. Sebelum episod ini, "Pas aloh ko DAP" di Selangor. Exco DAP Selangor, Ronnie Liu perjuangkan penjualan arak dan meluluskan banyak lesen rumah urut, Pas tidak boleh berbuat apa.

10. Dia arah Majlis Bandaraya Shah Alam kembalikan arak yang dirampas kepada kedai yang melanggar peraturan menjual. Dia juga arahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya tarik balik larangan ke atas orang Islam bekerja di premis menjual arak.

11. Pemimpin-pemimpin DAP dibenarkan masuk masjid atas urusan politik dan ada yang masuk dalam keadaan tidak ikut adab tertib Islam. Melihatkan kuatnya tekanan DAP (dan pihak lain, termasuk Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, dari PKR) ke atas Hasan, nampaknya Pas akan 'aloh' lagi kepada DAP dalam hal ehwal agama dan orang Islam di Selangor.

12. Di Pulau Pinang pun sama, "Pas aloh ko DAP". Exco DAP berani campur tangan dalam hal ehwal Islam, sampai perarakan Maulidur Rasul pun dibatalkan. Lim Guan Eng sudah wujudkan Exco bagi bukan Islam. Sedikit demi sedikit hal-hal Islam diceroboh, dan umat Islam pula yang bertelagah sesama sendiri.

13. Sebelum ini, Pas memberi alasan berkawan dengan DAP kerana ingin berdakwah dan memperkenalkan Islam kepada pemimpin DAP seterusnya mengislamkan mereka dalam masa terdekat. Soalnya Pemimpin DAP mana yang sudah masuk Islam sejak Pas mula menjalin hubungan politk dengan DAP?

14. Selepas pilihan raya 2008, orang Pas tolong jaja cerita mengenai kepimpinan Lim Guan Eng ala Khulafah Al-Rasyidin. Penceramah-penceramah Pas tolong kempen termasuk waktu kuliah maghrib di masjid-masjid mengenai idola Guan Eng iaitu Khalifah Umar Abdul Aziz.

15. Malah ada ustaz-ustaz Pas mengumumkan Guan Eng akan peluk Islam, tetapi terpaksa menunggu sehingga bapanya Lim Kit Siang peluk Islam dulu dan melaksanakan undang-undang Islam sekiranya pakatan pembanghkang berjaya menawan Putrajaya kelak.

16. Sudahlah Pas gagal melaksanakan sebarang undang-undang Islam setelah lebih 20 tahun memerintah Kelantan, mereka meletakkan pula tanggungjawab hendak melaksanakan undang-undang Islam ke atas bahu Guan Eng dan Kit Siang.

17. Amat malang, terlalu ramai pengikut Pas yang mempercayai momokan ustaz-ustaz Pas ini, yang berjaya mewujudkan segolongan pengikut yang taksub dan mempercayai apa saja yang diucapkan.

18. Apa yang Pas berjaya lakukan ialah memberi dorongan kepada pemimpin DAP menghina Islam, menghina al-Quran dan menghina masjid. Pemimpin-pemimpin DAP sesuka hati memetik ayat al-Quran semasa berceramah politik dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyakiti hati orang Islam.

19. Tapi Pas mempertahankan mereka walaupun hadis dan ayat al-Quran dipersenda. Soalnya: dakwah macam mana yang Pas buat untuk DAP sampai DAP jadi berani begitu? Pemimpin PKR dan Pas di Selangor dan Pulau Pinang tidak lagi berani bercakap mengenai kepentingan Melayu dan kedaulatan Islam kerana dicap sebagai rasis. Kononnya atas dasar 'tahaluf siyasi', Pas berpakat dengan DAP untuk mendapat kuasa, seterusnya untuk mengembang Islam.

20. Hakikatnya Islam bukan sahaja tidak berkembang, malah pemimpin Pas sibuk pula mencari ayat-ayat Quran sebagai rujukan untuk menghalalkan tindakan-tindakan DAP. Nampak sangat kedudukan Pas yang sedang berkecamuk dan pemikiran pemimpin yang bercelaru. Negara Islam pun dah jadi Negara Kebajikan. Slogan 'Membangun Bersama Islam' kini tukar jadi 'Pas Untuk Semua. '

21. Dulu Karpal Singh kata Pas kena langkah mayat dia jika mahu tubuh negara Islam. Baru-baru ini, pemimpin Pas, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, yakni bekas Speaker DUN Kelantan, pula kata langkah mayat dia jika ada sesiapa mahu serang Karpal Singh.

22. Kalau Pas mendalami pengertian bahawa khalifah hanya menjadi khalifah yang sah selama mana dia benar-benar mengikuti hukum-hukum Allah, tidak mungkin Pas akan sanggup menobatkan seorang pemimpin DAP anti-Islam setaraf Khalifah al-Rasyidin.

23. Bila timbul cerita Tengku Razaleigh Hamzah, dan bukannya Abdul Hadi Awang mungkin menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Ketua Pembangkang untuk menawan Putrajaya, sekali lagi 'Pas aloh'. Padahal, di kalangan penyokong Pas, Abdul Hadi adalah calon mereka dan pernah dinobatkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

24. Nampaknya, Pas kecewa lagi. Tidak hairanlah jiwa Pas kini sakit, hatinya penuh dengan dendam dan nafsu Qarun yang semakin membuak. Saya percaya ramai pemimpin dan ahli Pas asal menangis melihat rupa wajah Pas hari ini: parti pak turut yang melukut di tepi gantang, parti yang aloh sokmo.

(Rencana tulisan Dr Mashitah di dalam Utusan Malaysia).