Friday 19 August 2011

Murid Sekolah 30% Di Kristiankan



KUALA LUMPUR 17 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh hari ini membuat laporan polis berhubung pendedahan Utusan Malaysia mengenai sebuah pusat tuisyen di Jalan Klang Lama di sini yang mengajar lagu-lagu berunsur Kristian sehingga boleh dihafal oleh murid-muridnya itu.

Ketua pergerakan itu, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, tindakan pusat tuisyen itu jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesucian agama Islam tidak boleh dicerobohi oleh agama lain.
Katanya, pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) digesa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pihak terbabit.

"Berdasarkan maklumat yang kami peroleh, terdapat tenaga pengajar dipercayai pendakwah Kristian yang mengajar tuisyen untuk Bahasa Inggeris kepada kira-kira 20 murid.

"Bagaimanapun, apa yang dikesali mereka telah menerapkan ajaran Kristian kepada murid-murid tersebut dengan mengajar mereka menyanyikan lagu agama Kristian serta menayangkan video berhubung kelahiran dan kehidupan Nabi Isa," katanya ketika ditemui pemberita di Balai Polis Brickfields di sini, hari ini.
Ruangan 'Cuit' Utusan Malaysia hari ini mendedahkan maklumat seorang guru sekolah rendah mengenai kegiatan beberapa muridnya Tahun 1 dan 6 boleh menyanyi dengan semangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.

Kegiatan tersebut dipercayai telah berlaku sejak lebih enam tahun lalu yang mana golongan anak-anak Melayu miskin yang tinggal di kawasan sektor Hock Ann di Jalan Klang Lama itu menjadi sasaran mereka.


Sumber : Razlan's & Utusan Malaysia

Admin :

"..jika tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya.."

Perumpamaan di atas tidaklah begitu tepat untuk menggambarkan berita di atas tapi bagi admin, sekalung tahniah diucapkan kepada Utusan Malaysia dan Pemuda UMNO Seputeh atas pendedahan yang telah dipaparkan tempoh hari.

Isu murtad ini tidak dipandang remeh oleh Pemuda UMNO. Laporan Polis yang telah dibuat serta melawat keluarga yang terlibat membuktikan Pemuda UMNO serius berhubung isu murtad dikalangan orang Islam. Terutama berkenaan hal anak-anak kecil yang masih lagi menuntut di bangku sekolah telah di'sesat'kan hidup mereka oleh guru tuisyen yang mempunyai agenda jahat terhadap Islam.

Admin sangat risau akan perkara ini memandangkan kepercayaan yang diberikan keluarga kepada guru² sebagai pendidik anak bangsa. Mungkinkah selepas ini pihak yang berwajib harus memantau secara serius akan hal ini yang dikhuatiri akan mengganggu gugat negara.

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.