Thursday 31 January 2013

@rafiziramli Mengaku Anak Didik @anwaribrahim #1Malaysia #TolakPR


Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli berhubung satu artikel di dalam laman blog.

Beliau memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Baca lagi di sini.

DAP Biadap Permainkan Institusi Diraja? @umbkl #TolakPR


Dalam usaha DAP untuk kekal relevan dalam masyarakat dan politik Malaysia, parti itu tidak pernah menyatakan secara terus-terang akan prinsip mereka yang menentang Institusi Raja-raja Melayu. Namun, bagi mereka yang sedia maklum mengenai sejarah DAP akan sentiasa waspada mengenai prinsip utama perjuangan DAP yang menentang Artikel 153 di mana termaktub di dalamnya hak-hak Melayu dan Islam yang dilindungi Institusi Raja-raja. 

Walaupun ianya dikaburkan oleh pemimpin-pemimpinnya, tetapi prinsip DAP dapat dilihat di dalam komen-komen oleh penyokong tegar mereka di laman-laman sosial yang jelas membenci segala-galanya yang ‘berbau’ Melayu. Ia juga terserlah dalam tindakan DAP yang senantiasa mencuba untuk melemahkan atau melenyapkan terus apa-apa saja yang berkaitan dengan Melayu. Antaranya, bahasa dan juga budaya, yang mana membawa kepada kes wakil DAP enggan memakai pakaian adat di dalam Dewan atas alasan ia bercirikan Melayu-Islam. 

Thursday 24 January 2013

BILA UMNO BUAT RASUAH, BILA PAS BUAT SEMUA OK? MACAM %$#% PERANGAI PENYOKONG PAS


Penulis baru je beberapa minit tadi online di Twitter, borak dengan sahabat yang penyokong tegar PAS. Penulis pun bertanyakan apa pendapat beliau tentang ADUN PAS di Perlis yang pakai Porsche Cayenne, marah pula dia kat penulis. Ni penulis print screen kenyataan dia:


Senang je kan penyokong PAS jawab, bukan duit bapak penulis jadi apa yang nak kecoh. Tapi cuba bayangkan kalau pemimpin UMNO, macam dulu Rafizi kecoh anak Nazri Aziz pakai hummer, tu dia puak PAS ni lah jerit RASUAH RASUAH.. haha..lepas tu penulis tanya la kat dia, macam mana dia tau x rasuah..dia pulak tanya kita balik mana kita tau dia rasuah..tapi bab kalau fitnah pemimpin UMNO rasuah memang hebat.. tanya ada bukti, x boleh nak jawab..nah tengok lagi gambar baca lebih lanjut di KL Chronicle 

Wednesday 9 January 2013

UMNO Seputeh Digeruni Kem @teresakok @Seputeh13



Semalam, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Saudara Razlan Rafii membuat laporan Polis mewakili Pusat Khidmat Masyarakat Seputeh yang turut menempatkan Pejabat UMNO Bahagian Seputeh berkenaan vandalisme yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di sepanjang dinding kawasan tersebut.

  

Baca lagi sini

Pulok Dah : Buku Black Rose Hanya Fiksyen, Tak Da Kena Mengena Dengan Rosmah

Deepak Jaikishan dalam satu mesej SMS yang dihantarnya kepada editor-editor portal internet telah menafikan pembabitannya dengan penerbitan sebuah ceritera berjudul Black Rose 1.0.

Katanya, "Black Rose yang disiarkan di beberapa laman web adalah satu bentuk penipuan dan bukannya versi karangan saya, sila padamkan nama saya daripadanya."

Bagaimanapun sehingga artikel ini ditulis belum kelihatan mana-mana portal milik pembangkang menyiarkan penafian saudagar karpet yang sedang berdepan dengan tindakan undang-undang daripada sebuah institusi kewangan antarabangsa itu.

Berkemungkinan besar keengganan media dan portal pro PR menyiarkan penafian Deepak bertujuan untuk mengelakkan hilangnya kredibiliti mereka di mata para pembaca yang kebanyakannya terdiri daripada penyokong pakatan pembangkang.

Apatah lagi beberapa hari sebelumnya merekalah yang beriya-iya benar mempromosikan penerbitan ceritera e-book tersebut.

Dari segi taktikal strategi langkah media dan portal pro PR itu boleh dikira betul, namun jika diambil kira dari aspek ketelusan dan etika kewartawanan, ia jelas memperlihatkan betapa laungan kebebasan media yang sering dilaungkan hanyalah temberang dan propaganda politik sahaja.

Apabila kita membaca e-book The Black Rose 1.0 sebenarnya saling tak berbeza seperti membaca sebuah cerita rekaan berbentuk fiksyen yang menggambarkan imaginasi si penulisnya yang cuba melayang ke awan tapi tak kesampaian.

Mengikut hebahan awal oleh portal pro PR, ceritera e-book Black Rose ini kononnya bakal menceritakan plot hubungan rapat Deepak dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta kaitannya dengan P.I Bala dan Altantuya.

Promosinya gempak siap manipulasi nama PM dan isteri, maka berangan-anganlah para penyokong PR membayangkan Dato' Seri Najib dan Datin Seri Rosmah terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam mengubah akuan bersumpah PI Bala dan pembunuhan Altantuya.

Namun bila terbit sahaja e-book tersebut, hancur luluh para penyokong pembangkang membacanya, tiada satu pun kaitan nama PM mahupun isteri yang kelihatan dari awal hingga habis cerita. Tipah tertipu.

Ketidakyakinan si penulis terhadap penceritaannya sendiri jelas sangat kelihatan apabila watak yang ditampilkan hanya menggunakan nama samaran, tiada satu pun nama betul yang berani disebut secara teranga-terangan.

Setidak-tidaknya tulislah nama watak yang betul, sekurang-kurangnya tidaklah nampak sangat temberangnya cerita fiksyen itu. Macam ini punya karya sampah macam mana nak lawan karya cereka garapan oleh penulis imaginasi fiksyen terkenal Raja Petra Kamaruddin?