Saturday 30 June 2012

PAS Berangan Gantikan UMNO #bn4wp

Pergerakan Pemuda Umno mahu PAS membuktikan 'suara' mereka didengar dalam pakatan pembangkang terlebih dahulu sebelum beriya-iya mahu menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di Negara ini.

Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mempersoal bagaimana PAS mahu menjadi parti utama orang Melayu sedangkan parti itu tiada peranan dalam pakatan tersebut dan hanya sebagai 'pak turut' kepada DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Macam mana dia (PAS) nak jadi parti utama kepada orang Melayu kalau suara mereka dalam pakatan pembangkang pun tidak ada orang nak dengar, ini semua hanya mimpi-mimpi PAS.

"Sebagai contoh, PAS mahu (Malaysia) jadi negara Islam tapi rakannya dalam pakatan tidak mahu, suara mereka (PAS) tidak ada sesiapa nak dengar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dipetik sebagai berkata parti itu sudah bersedia untuk menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.

Abdul Hadi ketika berucap menyampaikan amanat sempena Program Himpunan Hijau ke Putrajaya di Alor Setar, Kedah, semalam juga dilaporkan berkata pakatan pembangkang juga sudah bersedia untuk menggantikan Barisan Nasional (BN) bagi memimpin negara.

Reezal yang juga Ketua Pemuda Umno Kepala Batas berkata kenyataan Abdul Hadi itu juga hanya gimik politik PAS yang mahu meraih sokongan orang Melayu.

"Kenyataan Presiden PAS itu juga hanya mahu meracuni fikiran rakyat dan saya percaya PAS tidak mungkin dapat menggantikan Umno kerana sokongan untuk parti itu masih di belakang DAP dan PKR.

"Sedangkan Umno dalam Barisan Nasional adalah tunjang kepada parti komponen lain," katanya.
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Thursday 28 June 2012

Anwar Israel & Taukey Lumba Kuda

SEINGAT-INGAT penulis, nama Zaliah Zakaria ini tidak terpacul dimana-mana sepanjang siasatan berkaitan wang RM 3 billion yang dikatakan berada dibawah kawalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung . Tapi itu logik kerana terlalu banyak nama yang naik (majoriti nama usahawan Cina), sudah tentu sukar nak ditentukan individu mana satu yang penting untuk dijadikan isu pada ketika itu.

Bagaimanapun, yang menarik ialah pengakuan dan penafian Zaliah Zakaria baru-baru ini setelah gambar dan kaitan dirinya dengan Anwar didedahkan Ummi Hafilda dan media.

Pengakuan: Tentang dirinya yang memiliki aset bernilai ratusan juta ringgit hasil dari perniagaan lumba kuda (sebut judi), simpanan dalam bank bernilai RM 26 juta, cukai pendapatan RM 50 juta, rumah RM 3.6 juta dan lain-lain yang juta-juta juga nilainya. Ingat, ini yang didedahkan, yang tidak didedahkan itu wallahualam. Lagipun seperti pengakuannya, dia pernah tingaal di Dubai, konon nak melupakan kisah kematian anak lelaki dan seperti yang kita tahu kos kehidupan di Dubai bukan murah.

Maknanya disitu, dalam pada asetnya dirampas dan sebagainya, masih lagi mampu menjalani kehidupan di luar negara.

Penafian: Yang dia mengenali Anwar Ibrahim secara peribadi, tapi mengaku mengenali rapat isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Pengakuan dan penafian itu memang menarik kerana ia timbul dikala ribut-ribut mengenai isu Anwar mengawal wang sebesar RM 3 billion sedang hebat diperkatakan. Sukar nak menafikan kaitan Zaliah dengan Anwar walaupun tuan punya badan menafikan dirinya mengenali pemimpin utama Pakatan Rakyat itu. Lagipun, biasalah, orang dah buang air besar tengah jalan, siapa yang nak mengaku ye tak.

Kenapa pula kita tak mahu percaya Zaliah ada berkaitan dengan Anwar dalam soal wang berbilion ringgit ini? Kalau Anwar boleh mengaitkan dan mahu rakyat percaya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hubungan dengan Altantunya walaupun buktinya tidak ada langsung, kenapa kita tak boleh mengaitkan Anwar dengan Zaliah, lebih lagi bila Zaliah sendiri terbukti mempunyai harta bernilai ratusan disamping mengaku mengenali dan rapat dengan isteri Anwar, Wan Azizah?

Dan, mengenali sikap Anwar itu sendiri, adalah satu keajaiban yang sangat besar kalau dia mengaku terlibat dalam hal-hal seumpama ini. Kalau tidak boleh mengelak sangat pun, dia akan mengaitkan orang lain sebagai punca. Lihat saja dalam kes liwat dengan Saiful, pembantu dia sendiri lantik, air mani dalam dubor dia sendiri punya tapi siapa yang dia tuduh terlibat – UMNO!!!

Isu ini besar sebab modal Anwar untuk menawan hati rakyat menyokongnya ialah dengan menggambarkan dirinya sebagai pemimpin Islam, berjiwa rakyat, marhaen dan sebagainya. Alih-alih pecah lubang bahawa dia ada kaitan dengan jutawan (kini bekas jutawan) yang antara punca kekayaaannya ialah perniagaan dalam kelab lumba kuda (sebut judi).

Dari Pulau Pinang pulak tu (negeri asal Anwar).

Kalau tuduhan dan dakwaan yang asalnya dibuat oleh Ummi Hafilda ini tidak benar, kenapa sampai sekarang Anwar cukup takut untuk membuat laporan polis terhadap perempuan yang satu ini. Itu sahaja menceritakan kepada kita bahawa dakwaan itu sememangnya benar.

Penulis sebenarnya insaf bahawa Allah swt sayangkan rakyat Malaysia terutama orang melayu yang 99.99% darinya beragama Islam di negara ini. Sebab itu sikit-sikit mengenai Anwar Ibrahim yang sebenarnya terdedah kepada masyarakat di negara ini untuk kita menilai.

Post Guna BlackBerry® Je

Monday 25 June 2012

Kisah SETPOL Popular Di Selangor

Sepanjang minggu lalu nampaknya kehangatan nama Setpol kepada MB yang paling GAGAP didunia telah mewarnai persada politik tanahair...

Kemelut dalaman parti PKR khususnya dinegeri Selangor diantara Iron Lady Faekah Husin vs Blue Eye Boy Anwar-Azmin Ali telah menarik perhatian media elektronik, media cetak dan sudah pastinya menjadi santapan enak website, portal, blog, twitters dan facebook.

Tahniah dari Blogger MIK buat para jemaah penjilat penjilat tegar Anwar dan Pakatan Haram Pembangkang! Seantero Malaya sudah dapat melihat dengan mata kepala mereka sendiri betapa haru biru dan huru haranya gelagat para pemimpin fahaman mahzab Anwar berebut kuasa... Hanya 4 tahun memerintah sudah berlakunya adegan siku menyiku, senggol menyenggol, bentes membentes..!

Bayangkanlah sekiranya juak juak murahan ini mendapat peluang mentadbir kerajaan pusat di Putrajaya..? Tidak mustahil akan ada beberapa kes seperti "tragedi 1982 Mokhtar Hashim bekas Menteri Belia Dan Sukan didapati bersalah membunuh Speaker DUN Negeri Sembilan Mohamad Taha Taib " boleh tercetus dalam lingkaran pimpinan PKR..., tidak mustahil sama sekali..!

Desakan yang kuat penjilat penjilat Azmin Ali yang mahu Khalid GAGAP memecat Faekah seperti membuka ruang seluas-luasnya buat UMNO Negeri Selangor mengintai peluang kemenangan Pilihanraya Umum ke 13 sekaligus berpeluang merampas kembali tahta kerajaan negeri yang terkaya dibumi Malaysia ini.
Namun begitu, persoalannya pula apakah UMNO Selangor mampu mengambil kesempatan dan peluang ini..?

Berbalik kepada tajuk utama penulisan Blog MIK pagi ini... Apakah yang sedang melanda diri Faekah ini semua merupakan satu "return" kepada segala sikap celupar mulot juak juak murahan PKR yang selalu sangat mengatakan bahwa UMNO itu korup.., UMNO itu rasuah.., pimpinan UMNO dibelenggu dengan masalah moral..!!

Nah..! Hari ini kita dapat lihat sendiri, segala apa yang dikatakan kepada pimpinan UMNO sedang dipamerkan oleh mereka. Siapa sangka akan tersebar gambar Aiskrim Jamban Azmin Ali..? Kita juga geleng kepala melihatkan sebaran dokumen dokumen membuktikan salah guna kuasa Faekah "menyokong" permohonan anak perempuan abang kandungnya mendapatkan "job" dari beberapa GLC di Selangor.

Timbul pula soalan 'nakal' bertanya apakah kesemua dokumen berkaitan salah guna kuasa Faekah itu tersebar adalah hasil kerja juak juak murahan penjilat Azmin..?
Tidak mustahil kerana ianya dilihat sebagai satu usaha untuk "divert issue" sebaran gambar Aiskrim Jamban yang telah mencalarkan imej Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR.
Pada pandangan Blogger MIK, apabila beralihnya dari isu Aiskrim Jamban kepada isu salah guna kuasa Faekah sebagai Setpol MB maka tumpuan juga beralih kepada Iron Lady kesayangan Khalid Gagap... Dalam istilah bahasa Inggeris inilah yang dinamakan "One Stone Can Kill Two Birds..".
 

Sunday 24 June 2012

PM @NajibRazak says will end monopoly of taxi licence ownership

BUKIT JALIL, June 24 — Datuk Seri Najib Razak moved today to woo the country's 70,000-strong contingent of taxi drivers by pledging to phase out the current practice of awarding taxi licences to companies.
The prime minister promised a "new model" for all taxi drivers, saying the government will award individual licences to them instead.

"In one or two years' time, we are moving to introduce a new taxi model (system). We are in the midst of framing it.

"I don't like it when I hear that companies get too many taxi licences. The era where we give taxi licences to individual companies will end," Najib said today, to cheers from a 10,000-strong audience mainly comprising of taxi drivers.

"We will provide individuals with a new system. The interests of the individual taxi driver will be taken care of as best as possible.

"The leasing of taxis is a form of modern-day slavery which I do not like," the Barisan Nasional (BN) chief stressed.

Plans to revamp the licensing system of taxis will be included in the government's new programme titled TR1MA (Teksi Rakyat 1Malaysia) — a collaborative effort between the Land Public Transport Commission (SPAD), the Ministry of Information, Communication and Culture as well as 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib said 1MDB has pledged to allocate RM35 million a year to subsidise the purchase cost of car tyres for all taxi drivers.

"Each taxi driver will receive a subsidy voucher for tyres totalling RM520 per year...whereby every taxi driver will get one set of free tyres every year at predetermined outlets.

"They can be obtained from about 300 tyre service centres nationwide," the PM added.

Besides that, he said the Information, Communications and Culture Ministry will provide a RM1 million insurance fund for all taxi drivers throughout Malaysia.

"Taxi drivers have to be satisfied, their welfare needs to be looked after," Najib stressed.

MORE TO COME

SOURCE : The Malaysian Insider
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday 22 June 2012

Singapura Biadap !!

ika kita menakrifkan Singapura sebagai seorang manusia, maka ia pastinya seorang manusia yang paling busuk hati di dunia ini. Sejarah penubuhan negara tersebut iaitu dengan keluar dari Malaysia juga, menyaksikan yang negara itu ditubuh atas dasar khianat, angkuh, perkauman dan pentingkan diri sendiri. Akibat penubuhan yang tidak berasaskan niat yang baik, Singapura mempunyai sikap 'paranoid' yang kronik iaitu sentiasa menyimpan syak wasangka dan memusuhi Malaysia.

Sikap 'paranoid' berlebihan inilah yang menyebabkan ruang angkasa Malaysia sering diceroboh mereka. Malah, bukan kita tidak tahu bahawa agen-agen mereka sentiasa bergerak cergas mengumpul maklumat dan memerhati pergerakan dan perkembangan negara ini. Walaupun Malaysia menghulurkan tangan persahabatan dan sering mengajak untuk bekerjasama dan menjunjung sifat sefahaman serta toleransi dalam menangani masalah-masalah yang membabitkan kedua-dua negara seperti perairan, ruang udara serta bekalan air mahupun dalam isu jambatan bengkok, tetapi huluran tangan Malaysia sering disambut dengan sepakan kaki sahaja oleh Singapura.

Kini, Singapura semakin kurang ajar apabila mula campurtangan dalam urusan politik negara. Ini dilakukan dengan menyelinap masuk melalui aktiviti-aktiviti yang didalangi pembangkang yang bertujuan untuk melemahkan kerajaan. Antaranya, Singapura telah menghantar wakil ke perhimpunan BERSIH 3.0, dan Himpunan Hijau yang menentang Lynas. Agen-agen mereka yang dikenalpasti bukannya ke perhimpunan tersebut untuk memerhati tetapi turut berdemonstrasi bagi memburukkan imej dan mengsabotaj ekonomi negara ini.

Amat kurang ajar sekali apabila antara yang agen yang dihantar untuk menyertai himpunan ini bukanlah orang-orang biasa atau rakyat marhaen tetapi terdiri dari diplomat-diplomat negara mereka, seperti:


Baca di FROM THE EYES OF SEGAMBUT

Wednesday 20 June 2012

Ali Tinju Nak Kena Tomoi Ker?



Apabila mendengar khabar bahawa Dato' palsu Prebet Ali Tinju telah berhasrat untuk membatalkan rancangan demonstrasi di hadapan KEMENTAH, saya terus menghubungi kenalan saya untuk memastikan perkara berkenaan. YA! Prebet Ali Tinju sudah menyatakan bahawa beliau tidak akan berdemonstrasi dihadapan KEMENTAH.

Tetapi kenyataannya yang dikeluarkan di akhbar Utusan Malaysia pada 20 Jun 2012 amat aneh dan menarik untuk diperkatakan. Beliau dengan kerasnya menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau pernah merancang untuk melakukan demonstrasi. Pandai betol dia berlakon.

Prebet Ali Tinju menafikan beliau pernah merancang untuk melakukan demonstrasi 


Kenapa Prebet Ali Tinju kali ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia pernah merancang untuk melakukan demonstrasi? Walhal di Facebook sebelum ini, dialah menjadi HERO menghasut bekas tentera untuk bersama-sama membudayakan budaya demonstrasi haram. Mengapa Prebet Ali Tinju berbohong dengan mengatakan dia TIDAK PERNAH MERANCANG untuk melakukan demonstrasi? Buktinya ada di Facebook sebelum ini. Maklumlah...Askar Setia sudah tidak dibenarkan buat spot-check Facebook dia sebab sudah kena BLOCK !!!

Apa ni Ali Tinju?? Anda tiada telor ke? Apa yang takut sangat dengan blogger capuk Askar Setia ni?

Prebet ALi Tinju tidak pernah merancang untuk melakukan demo?
Saya atau saudara yang tersilap baca?

Atau, Prebet Ali Tinju sudah kecut perut kerana laporan polis yang banyak telah dibuat oleh bekas-bekas tentera yang tidak bersetuju dengan tindakan demonstrasi tersebut.. Menerusi maklumat yang saya perolehi, Prebet Ali Tinju juga kini sedang merapati Kelab Veteran Tentera Tidak Berpen (KVTTB) kelolaan bekas komando iaitu Mohd Sabri bin Abd Malik. Ada udang disebalik batukah? Ada motif tersembunyi kah? Ketahuilah bahawa Prebet Ali Tinju tidak akan berpuas hati dan akan terus menyelinap di persatuan-persatuan bekas tentera untuk meraih semula pengaruh dan sokongan bekas tentera terhadapnya.

Satu lagi hujah saya mengapa saya katakan bahawa Prebet Ali Tinju tidak akan insaf dengan perbuatannya kerana di facebook, Prebet Ali Tinju berterusan memaki hamun dan memburuk-burukkan bekas isterinya iaitu Puan Rosminawati (bekas Ketua Srikandi PVTM lantikan Prebet Ali Tinju sendiri). beliau telah membayangkan jandanya itu sebagai 'jalang' keranan mempunyai hubungan denga n polis dan telah mengambil dadah? Kerana itulah Prebet Ali Tinju telah menceraikannya dengan TALAK 3.

Saya bukanlah mahu menjaga tepi kain orang namun, perkara yang HAQ perlu diperjelaskan. Janganlah kerana mahu 'mencuci dosa' dan memulihkan imej, Prebet Ali Tinju tergamak menabur fitnah sewenang-wenangnya. tahukah anda bahawa Prebet Ali Tinju telah melafazkan TALAK 3 keatas Rosminawati setelah berlakunya percakaran apabila kantol berkepit dengan awek setelah selesai karaoke di news KTV Ampang Park dengan seorang awek bernama Hayati Atie? Ahh..banyak lagi kisah Prebet Ali Tinju yang saya tahu termasuk dengan awek askar bernama Yun, SPRM, penipuan keatas jiran-jirannya di Bukit Puchong..tetapi, beginilah Prebet Ali Tinju..jika anda ikhlas untuk berubah, beristighfarlah dan insafi dosa-dosa lampau. Oh ya... ingat..Ada laporan polis terhadap KERAKUSAN NAFSU Prebet Ali tinju pada 20 April 2012...

Sebelum ini andalah HERO di Facebook. Andalah Dato' pemimpin terpuji.. Andalah manusia paling layak untuk mempin bala angkatan bekas tentera. And aseorang sahaja di Malaysia ini yang benar-benar berjuang dengan ikhlas untuk bekas tentera.

Kepada persatuan-persatuan bekas tentera, berhati-hatilah dengan manusia bernama Mohd Ali bin Baharom @ Mahat ini. Jika beliau dilihat berkeliaran dalam persatuan anda, tapislah dahulu setiap kata-kata dan janji-janjinya. Dia hanya muncul untuk kepentingan peribadi, poket dan cita-citanya untuk menjadi Senator.



Masyukkkkk katanya


Sumber : Askar Setia

Tuesday 19 June 2012

Jika PAS Menang, Masih Ada Hudud Dalam Pakatan?

Pada Julai 2011, PAS menyatakan hasratnya untuk bertanding di 80 kerusi parlimen dengan mengambil alih beberapa kerusi milik PKR bagaimanapun tentangan keras dari PKR memungkinkan impian PAS itu tidak akan tercapai.    PKR terutama Anwar Ibrahim melihat sebarang cubaan PAS mahu merampas kerusi milik PKR sebagai satu ancaman terhadap penguasaannya dalam pakatan pembangkang.    Mengikut maklumat dalaman PAS yang terbaru, dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU 13) akan datang, PAS dijangkakan hanya akan bertanding di 67 kerusi parlimen.     Walaupun ia belum muktamad disebabkan isu perebutan kerusi di antara PAS dan PKR masih belum diselesaikan bagi kerusi campuran, namun keputusan akhir tidak akan jauh berbeza dari angka tersebut.     Daripada kira-kira 67 kerusi yang dipertandingkan itu, pimpinan PAS meramalkan mereka hanya berkemampuan mencatat kemenangan di 20 kerusi parlimen sahaja, merosot berbanding PRU 12 2008.    Berikutan itu, timbul persoalan di mana duduk letaknya nasib hukum hudud PAS yang sebelum ini sering diwar-warkan kepada umum konon akan dilaksanakan sebaik sebelum ayam jantan habis berkokok.    Dalam konteks perancangan pakatan pembangkang kini mereka masih meletakkan harapan besar kepada undi masyarakat Cina sekalipun pasca Bersih 3.0 menyaksikan sokongan pengundi kaum itu untuk pembangkang semakin merosot.    DAP mahupun PKR tentu sahaja tidak akan membenarkan isu hudud PAS terus merencatkan peluang pakatan pembangkang yang diketahui semakin kelam selepas kekacauan dan keganasan dalam demonstrasi jalanan Bersih 3.0 tempohari.    Manakala PAS pula terpaksa menghadapi hakikat saban hari pengundi atas pagar kian menjauhi mereka disebabkan kelemahan pimpinan PAS dalam menghadapi tekanan DAP dan PKR berhubung isu hudud dan negara Islam.    Sementara itu, dalam perkembangan lain, beberapa mesyuarat peringkat tertinggi di antara pimpinan pakatan pembangkang merumuskan jalan menuju Putrajaya agak sukar dan terlampau jauh untuk digapai.     Sekalipun DAP diramalkan mungkin mengekalkan kedudukan sebagai parti pembangkang yang paling banyak memenangi kerusi parlimen, di masa yang sama PAS dan PKR berdepan situasi sukar untuk mengekalkan sebahagian kerusi parlimen dan DUN yang mereka miliki sekarang.    Sebagai langkah pro aktif untuk merencatkan kebangkitan BN, satu cara yang bakal mereka laksanakan ialah dengan mempertikaikan kelayakan calon-calon BN dengan harapan kemenangan tanpa bertanding akan menjadi milik calon pembangkang.    Melalui beberapa siri mesyuarat dan kursus khas pilihanraya yang telah dan sedang giat dilaksanakan sekarang, mereka juga sepakat menumpukan usaha untuk mempotretkan imej hitam pada SPR sebagai salah satu kaedah psycho war menjelang PRU 13.    Berdasarkan gerakan aggresif pemimpin pembangkang dan NGO proksi mereka tika ini, jelas sekali maklumat terbaru ini ada asasnya untuk diambil perhatian serius oleh SPR, apatah lagi beberapa pendedahan berkaitan puluhan pengundi yang beralamat sama kebanyakannya timbul selepas SPR membenarkan agen parti politik mendaftarkan pengundi.    Tak mustahil, bilamana pembangkang gagal mengekalkan prestasi mereka, maka imej buruk yang dipotretkan pada SPR itu akan diterjemahkan kononnya sebagai justifikasi wujudnya ketidakadilan dalam sistem pilihanraya kendalian badan tersebut.

Monday 18 June 2012

SUARAM Alat Kemaluan Anwar Ibrahim

Pembangkang sedang giat mengeksploitasi isu pembelian kapal selam Scorpene bukan sahaja di dalam negara malah menjajanya di luar negara.

Pembangkang tidak langsung berasa bersalah untuk memburuk-burukkan nama baik Malaysia dan imej kerajaan yang kononnya terbabit dalam amalan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam itu dari sebuah syarikat milik kerajaan Perancis.

Sasaran pembangkang hanya satu iaitu menconteng imej buruk kepada pimpinan dan diri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan harapan rakyat akan marah dan undi akan beralih kepada mereka pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

Untuk menjayakan muslihat ini, mereka memperkudakan Suaram untuk mengaburi mata rakyat dan masyarakat antarabangsa. 

Suaram dilihat sebagai landasan terbaik bagi Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncu kumpulan pembangkangnya dalam Pakatan Rakyat untuk menyerang Perdana Menteri kerana sebagai sebuah pertubuhan yang dianggap memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia, sudah tentu tindakannya membawa isu Scorpene ke mahkamah Perancis tidak akan dipersoalkan.

Tetapi apapah Suaram benar-benar ikhlas membangkitkan isu Scorpene atau sekadar menjadi anjing salakan Anwar?

Sebenarnya Suaram secara senyap telah menukarkan kulitnya sebagai pejuang hak asasi kepada sebuah cawangan PKR atau lebih spesifik lagi salah satu tali barut Anwar.

Sikap toleransi tinggi yang ditunjukkan oleh kerajaan dan Perdana Menteri dalam hal ini bukanlah kerana disebabkan kelemahan atau sebab ada sesuatu yang hendak disorokkan daripada rakyat.

Jika diikuti isu Scorpene, kerajaan telah bertindak secara pro-aktif sejak pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi.

Ketika itu, Datuk Seri Najib selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan telahpun memberi jawapan rasmi di dalam Dewan Rakyat apabila isu pemberian komisyen sebanyak RM540 juta dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang masa itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Ini berlaku seawal 6 Mei 2008 lagi di mana Datuk Seri Najib menegaskan rundingan perolehan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi kapal selam Scorpene, dan juga pesawat Sukhoi SU30MKM telah mendapat kelulusan daripada semua peringkat serta mematuhi Tatacara Pelaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.

Rundingan ketat dan telus ini termasuk mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah proses penilaian dilakukan selari dengan keperluan ATM.

Bahkan segala aspek dan klausa dokumen perjanjian kontrak pembelian peralatan tentera itu juga tidak terlepas daripada penelitian rapi Pejabat Peguam Negara.

Kesimpulannya, tidak mungkin mana-mana aspek kontrak dan urusan pembelian kapal selam Scorpene telah diseleweng atau dipengaruhi oleh kerajaan jika proses rundingan mengikuti aliran tatacara yang amat ketat dan wibawa.

Tujuan pembangkang hanya semata-mata untuk mengeliru dan membakar hati rakyat dengan mereka-reka isu yang palsu dan tidak berasas.

Jika isu ini gagal diperbesarkan oleh pembangkang semasa era Tun Abdullah, kali ini Anwar melihat peluang keemasannya ketika Datuk Seri Najib menerajui Putrajaya.

Tidak berjaya mendapat sokongan di negara sendiri, Anwar menggunakan Suaram untuk terus menyerang kerajaan.

Bukan itu sahaja, Anwar juga sebenarnya telah memperkudakan sistem mahkamah Perancis untuk menyerang kerajaan Malaysia.

Suaram bukan lagi bertindak sebagai organisasi bukan kerajaan yang pendaftarannya tertakluk kepada undang-undang Malaysia, tetapi telah mengangkat martabatnya sebagai pendakwa, hakim dan seterusnya pelaksana hukum.

Tidak cukup dengan membuat aduan mengenai isu kapal selam Scorpene ke Perancis dengan dibantu oleh dua peguam negara itu, Suaram bersama peguamnya membuat sidang akhbar di Bangkok baru-baru ini.

Jika benarlah Suaram berjuang hak asasi rakyat Malaysia mengapa perlu mengadakan sidang akhbar di negara jiran dengan dihadiri kebanyakannya oleh media asing?

Apa agenda sebenar Suaram membuat fitnah dan tuduhan serius kepada kerajaan Malaysia jika tidak lain tidak bukan ia adalah sebahagian daripada strategi licik Anwar?

Lebih memeranjatkan bagaimana pihak mahkamah Perancis boleh memberi layanan yang sungguh istimewa kepada Suaram melalui akses penuh kepada 153 kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya. 

Peranan Suaram hanya selaku pengadu atau plaintif sivil dalam kes yang di bawanya tetapi kini ia seolah-olah telah bertindak sebagai peguam bagi pihak pendakwaan!

Apakah isu Scorpene sebenarnya telah dicanai dengan begitu rupa melalui strategi yang rapi dan terancang, dengan membabitkan bukan sahaja Suaram tetapi jaringan sistem mahkamah luar negara, media antarabangsa serta jentera propaganda yang dibiayai oleh pihak Zionis?

Apakah agenda sebenar Suaram, pihak mana yang menjadi pendokong kewangan utamanya dan adakah Suaram pada hakikatnya sebuah organisasi yang radikal?

Friday 8 June 2012

Gantung PTPTN Sementara, Bukan Selamanya

Kepada Pembangkang,

Tak payah kecoh-kecoh !!
Pembekuan PTPTN tu hanya sementara kerana beberapa research dan pihak berwajib sedang menyiasat.

Menurut PTPTN, mereka sedang meneliti isu di Unisel untuk sementara waktu.

So tak payah keCoh-kecoh lah Pembangkang oi !!!
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Thursday 7 June 2012

Nurul Izzah Akan Bertanding Di Nibong Tebal?

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tidak nyenyak tidur kebelakangan ini.
    Punca utamanya ialah kerana kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diserang saban hari oleh pakatan pembangkang tidak menunjukkan sebarang hasil.    Ini amat mengecewakan Anwar dan kuncu-kuncunya di dalam Pakatan Rakyat. Mereka mengharapkan kerajaan BN akan semakin lemah dan sokongan terhadap terhadap Perdana Menteri pula bertambah menurun.    Apa yang berlaku ialah sebaliknya; sokongan rakyat kepada pimpinan Datuk Seri Najib menunjukkan lonjokan yang memberangsangkan, malah dasar-dasar yang diperkenalkan oleh beliau semuanya diterima baik oleh setiap peringkat masyarakat.    Anwar mahu melihat rakyat memboikot program-program anjuran kerajaan tetapi apa yang berlaku rakyat semakin menaruh keyakinan terhadap keikhlasan kerajaan membantu meringankan bebanan hidup mereka terutamanya dalam keadaan ekonomi yang mencabar kini.    Anwar pening kepala bagaimana hendak berdepan dengan populariti BN dan Perdana Menteri yang sudah pulih dan semakin meningkat semenjak pilihan raya umum 2008 dahulu.    Parti pimpinannya dalam keadaan kucar kacir; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sedang dalam siasatan kerana didakwa memiliki harta, wang tunai dan aset yang jauh lebih besar daripada kemampuannya sebagai Setiausaha Sulit kepada Anwar satu ketika dahulu.    Rakyat biasa pun boleh membuat kesimpulan sendiri bagaimana Azmin yang bergaji kira-kira RM2,400 sebulan boleh mengumpul khazanah menimbun melebihi RM30 juta.    Itu harta yang diketahui, bagaimana pula dengan aset lain yang disembunyi?    Kalau anak buah pangkat rendah sudah boleh menjadi hartawan setakat menjadi setiausaha sulit, bagaimana pula simpanan harta bosnya pula?    Anwar juga pening memikirkan masa depan politik anaknya, Nurul Izzah di Lembah Pantai.    Sejak memenangi kerusi parlimen itu empat tahun lalu tidak banyak kemajuan yangg di bawa oleh Nurul Izzah di Lembah Pantai yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Melayu.    Semua pembangunan yang wujud di kawasan itu samada projek pembinaan perumahan rakyat PPR, gerai serta kedai bagi peniaga kecil semuanya diperjuangkan oleh Menteri Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar merangkap Ketua Bahagian Umno Lembah Pantai.    Nurul Izzah gagal sebagai wakil rakyat kerana tidak ada bukti sedikit pun beliau membawa sebarang pembangunan di situ.Hakikat pahit bahawa Nurul Izzah hanya pandai cakap kosong tetapi gagal menjalankan tugasnya disedari oleh Anwar.    Bagaimana pun perasaan kasih sayang terhadap seorang anak tetap menyebabkan seorang ayah akan melakukan apa sahaja untuk memyelamatkan karier anaknya itu.Kira-kira dua bulan dahulu, semasa Anwar berceramah di Nibong Tebal, pernah beliau membayangkan kerusi itu akan ditandingi.    Sebenarnya niat Anwar ialah untuk melihat respons penyokong PKR di situ samada bolehkah Anwar menghantar Nurul Izzah untuk bertanding di Nibong Tebal pada PRU-13 akan datang. Ini kerana beliau melihat PKR akan kalah di Lembah Pantai, lebih-lebih lagi jika Nurul Izzah terus menjadi calon di situ.    Pengundi Lembah Pantai menunjukkan arus sokongan yang positif terhadap Raja Nong Chik dan kemungkinan beliau akan menang besar jika dicalonkan di kawasan itu. Nibong Tebal diwakili oleh ahli parlimen Tan Tee Beng yang menjadi salah satu anak muda 'kesukaan' Anwar, sebelum ia meninggalkan PKR menjadi anggota bebas.    Untuk menyelamatkan anaknya, kemungkinan Anwar akan meletak Nurul Izzah di kerusi parlimen itu.    Apa hal pun Anwar mesti selamatkan keluarga dan kepentingannya dahulu sebelum memikirkan hal parti dan pemimpin PKR yang lain.

Tuesday 5 June 2012

Ismail Sabri Jual Ayaq Mata Kucin Plak


Mungkin dah terlalu bosan bekerja di dalam ekon, sekarang Dato Seri Ismail Sabri Yaakob menceburi bidang perniagaan menjual ayaq mata kucin.

Beliau melakukan lawatan kerja di kawasan perniagaan Petaling Street sekarang ini bagi meninjau penambahbaikkan yang boleh ditambah dan sebagainya.

Cerita selanjutnya di blog REZQEEN HILL

Post Guna BlackBerry® Je

Hadi Awang vs Anwar Ibrahim Teng Teng Teng

Selalu sudah disebutkan bahawa Pakatan haram pembangkang ini tidak ada persefahaman yang baik di antara mereka. Ada banyak percanggahan dan semua ini berlaku sebelum mereka dapat perintah negara pun.

Dalam hal ini penulis merujuk kepada kenyataan terbaru Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang mahu penyokongnya menurunkan kerajaan (BN) dalam keadaan 'sopan'. Apa maksud Hadi dengan sopan, bila Anwar Ibrahim pula mahu menjatuhkan kerajaan dengan cara ganas?

Bukan satu rahsia yang Anwar akan mengadakan demonstrasi besar-besaran menolak keputusan pilihanraya jika kerajaan BN mengekalkan kemenangan dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Hadi pulak cakap pasal sopan?

Yang penulis nampak disini ialah, berlakunya percanggahan antara 2 pemimpin utama Pakatan Rakyat ini. Kelihatannya Pakatan yang tidak berdaftar secara rasmi ini tidak tahu arah mana yang nak dipilih untuk menumbangkan kerajaan BN. Satu orang nak secara sopan@aman dan satu orang lagi cara huru hara dan ganas.

Ini belum lagi Kit Siang anak beranak dan Karpal anak beranak dari DAP buka mulut. Tak tahu pendekatan apa yang mahu dipilih mereka, mungkin Mahkamah.

Semua ini menunjukkan percanggahan dan pertelagahan yang jelas berlaku dalam Pakatan Rakyat. Pakatan ini kelihatannya semakin hari semakin keliru dengan tujuan penubuhan Pakatan Rakyat. Nampaknya macam laki bini yang bergaduh, dimana tak satu pun cakap mereka yang boleh dipakai.

Yang akan jadi masalah sudah tentulah penyokong, mana satu nak dipilih sebagai tindak balas kalau Pakatan kalah besok, nak duduk diam-diam atau bangkit melawan? Percayalah, Pakatan akan kalah, tapi bukan sebab penipuan BN, sebaliknya sebab diri sendiri banyak buat silap seperti dibuktikan di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Hadi jangan ingat kita bodohlah. Kalau rancangan Anwar ini menjadi (demonstrasi ganas), saf baris paling depan nanti akan diisi oleh budak-budak PAS dari Unit Amal, macam dalam perhimpunan Bersih 3.0 April lepas. Itulah yang akan berlaku, pegang sajalah cakap penulis ini. Hadi memang terkenal dengan cakap depan lain, belakang lain, kalau cakap lurus macam mana pulak dia boleh berbini 3.

Hadi pun dah tau rancangan Anwar yang terlepas keluar itu, sebab itu Hadi keluar kenyataan sopan apa segala ini.

Hadi sendiri, dimana layaknya bercakap soal sopan ini? Hadi masih ingatkan apa yang berlaku di Terengganu bila PAS menang di negeri tersebut? Kunci Wisma Darul Iman dipecahkan, kereta rasmi kerajaan yang digunakan Exco ditahan dan dirampas penyokong fanatic PAS waima di tengah jalan.

Ketika itu dimana Hadi dan nasihat tentang kesopanannya? Hilang dalam serban atau terjuntai dalam jubah? SIlap-silap yang mengarahkan semua itupun adalah Hadi sendiri kerana terlalu taksub berkuasa dan menjadi Menteri Besar. Ketaksuban yang ditamatkan rakyat Terengganu pada 2004 dan masih gagal menawan kerajaan negeri tersebut pada saat UMNO berada dikedudukkan terburuk pada 2008.

Begitu juga dengan sikap macam binatang oleh budak-budak Unit Amal dibawah pimpinan Hadi Awang semasa Himpunan Bersih 3.0 tempoh hari, dimana yang sopannya penyokong PAS dalam kejadian tersebut.

Pada penulis, semua ini hanya persediaan kalau kekacauan yang dirancang Anwar di masa yang akan datang, menjadi kenyataan. Kenyataan Hadi ini akan dijadikan bukti bahawa PAS tidak terlibat kalau berlaku kekacauan itu nanti. Dalam erti kata mudah, PAS (melalui Hadi) sedang bersedia melindungi dirinya dari sebarang kecaman atas tindakan yang mungkin dilakukan Anwar

Post Guna BlackBerry® Je

Monday 4 June 2012

Masihkah UMNO Yang Bertungkus Lumus Untuk PRU??

Dua bulan lalu, Najib  minta maaf atas kesilapan-kesilapan lalu Barisan Nasional (BN). Langkah itu tidak pernah diambil oleh mana-mana ketua BN, yang lazimnya bertindak sebagai perdana menteri.
Semalam, timbalannya, Muhyiddin Yassin menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) sebagai penentu hidup atau mati BN. Mesej Muhyiddin itu ditafsir dari perspektif dan sudut masing-masing. Ada yang mengatakan BN bimbang, panik dan risau akan masa depannya.
Paling jelas, kenyataan terbuka orang nombor satu dan dua semasa BN itu membawa mesej yang jelas – BN perlu kekal berkuasa dan mahukan mandat untuk terus mentadbir negara ini. Mengulas kenyataan terbaru semalam, penganalisis melahirkan pandangan yang berbelah bahagi mengenai peluang dan masa depan BN pada PRU13.
Ada yang mengatakan bahawa BN semakin bimbang dengan saingan sengit daripada Pakatan Rakyat (PR) menjelang PRU13. Ketika PR melaungkan mahu Melangkah Ke Putrajaya, BN memberi kenyataan-kenyataan sebaliknya.
Mesej itu dilihat dari sudut psikologi. Menurut penganalisis politik Universiti Utara Malaysia, Mohd Azizuddin Mohd Sani, kedudukan BN semakin tergugat dengan saingan yang diberikan oleh komponen PR dan ada kemungkinan akan berhadapan dengan kekalahan.
Beliau juga berkata, kenyataan Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, memberi tanggapan PRU13 akan menentukan nasib antara BN dan PR dalam mengemudi kerajaan pada masa akan datang. "Saya melihat BN akan hilang kuasa jika parti komponen tidak bersatu untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.
"PR memberi saingan yang sangat sengit untuk merampas kerusi di Wilayah Persekutuan dengan mengenal pasti calon terbaik untuk diletakkan di bahagian itu," kata beliau ketika dihubungi lewat semalam. Azizuddin turut menekankan bahawa BN memerlukan kerjasama antara satu sama lain termasuklah MIC, MCA dan Gerakan, dan bukan hanya Umno yang bekerja keras untuk memenangi PRU13.
"Sekarang saya melihat hanya Umno bertungkus-lumus menjalankan kempen dan giat turun padang untuk meraih sokongan dan undi tapi parti komponen lain seperti lepas tangan serta sangat lemah dan hampir tidak kelihatan mengadakan kempen menghadapi PRU kali ini. "Selain itu, sabotaj antara ahli perikatan BN-Umno sendiri sedang berlaku dan mereka seharusnya bersatu padu untuk memenangi PRU kali ini," katanya.
Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan agar BN turut memberi perhatian ke atas Sabah dan Sarawak. Kedua-dua negeri itu menawarkan 56 kerusi Parlimen.
Ini kerana katanya, jika dua negeri itu dimenangi PR bermakna kuasa pusat akan berada dalam tangan perikatan tidak formal itu – yang dianggotai Pas, DAP dan PKR.
Dalam temu bual dengan Sinar Harian Online minggu lalu, Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali berkata pihaknya kini lebih yakin dan optimis menghadapi PRU13 bersama PR yang tersusun. "BN tidak boleh terlepas pandang Sabah dan Sarawak yang turut menjadi negeri jaminan kemenangan bagi mereka, PR juga tidak perlu menang semua kerusi di sana untuk rampas Putrajaya.
"PR semakin giat untuk mengaut kerusi di dua negeri tersebut untuk menang dan jika BN tidak mengambil langkah sewajarnya, tidak mustahil BN akan kalah pada PRU kali ini," kata Azizuddin lagi. Mengupas isu yang sama, Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berpandangan bahawa mesej Muhyiddin menunjukkan bahawa BN sedang bekerja keras untuk memenangi PRU13. "BN semakin bekerja kuat untuk hadapi pilihan raya ini kerana PRU kaliini tidak semudah dulu.
"Jika BN kalah pada PRU ini, sistem kerajaan juga akan turut berubah di bawah pemerintah baru nanti," kata beliau. Bagi penganalisis dari Universiti Sains Malaysia, Sivamurugan Pandian, PRU13 memberi ukuran kepada kemampuan BN untuk terus kekal berkuasa ataupun sebaliknya. Bagaimanapun katanya, mesej Muhyiddin itu bukan menunjukkan kebimbangan BN sama sekali.
Sebaliknya kata beliau, "memberi keazaman kepada parti kompenan BN untuk terus mempertahankan kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen." "BN juga perlu membuat persiapan yang rapi untuk pilihan raya musim ini untuk mendapat kedudukan yang lebih baik," katanya lagi. Sebelum ini, Muhyiddin juga pernah menarik perhatian dengan mengatakan bahawa PRU13 merupakan ibu kepada segala pilihan raya yang diadakan di negara ini.
Ketika ada yang mengatakan BN semakin panik, peluang untuk perikatan yang memerintah negara ini sejak merdeka masih belum berakhir. Kerisauan dan kebimbangan ada pada semua parti yang bertanding – BN dan juga PR di mana satu perikatan mahu kekalkan kuasa manakala yang satu lagi mahu menggantikannya.
Itu matlamat mereka. Jika tidak apa gunanya bertanding dana arena politik bernama PRU