Wednesday 31 October 2012

Jangan Meroyan Jika Tak Langgar Undang-Undang

GR hairan bila baca banyak artikel-artikel yang menentang Sistem AES ni. GR pun tertanya-tanya adakah mereka memahami dengan Sistem AES ini ? atau pun mereka langsung tidak meluangkan masa untuk berfikir...??

Setelah apa yang GR lihat, ada juga faedahnya untuk dijadikan sebagai landasan rakyat Malaysia boleh bermotivasikan diri mereka. Pada mereka yang melenting tak tentu pasal tu, adalah tu yang tak kena. Mungkin dah sememangnya jenis tak reti atau tak suka hormat undang-undang yang telah ditetapkan sebab tu asyik kena saman jer kan...

Apa pun GR inginkan kongsikan bersama pembaca sekalian beberapa fakta dan pandangan bernas mengenai Sistem AES ini. Jom sama-sama kita fikirkan adakah sistem yang baik ini wajar untuk membentuk pemikiran rakyat Malaysia :

1. Sistem AES adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat. Ianya bertujuan supaya pemandu memperlahankan kenderaan dan juga tidak melanggar lampu isyarat. Objektifnya mudah iaitu supaya pemandu mematuhi peraturan terutama yang berkaitan dengan hadlaju dan lampu isyarat.

2. Sistem ini bukan bertujuan untuk menyaman atau mengutip duit. Ini hanya helah pakatan pembangkang yang lumrahnya suka menabut fitnah dan memanipulasi setiap perkara yang baik untuk rakyat.

3. Sekiranya ianya bertujuan untuk mengutip duit, maka lebih baik suruh polis menyorok di bawah jambatan dan rakam had laju. Confirm sekejap jer berpuluh-puluh juta boleh dikutip. Betul tak..??

4. Oleh kerana ianya bertujuan supaya pemandu memperlahankan kenderaan menyebabkan lokasi kamera ini diwar-warkan siap dengan koordinat sekali. Kameranya juga jelas terpampang dan papan tanda amaran juga diletakkan. Malah, sistem pengesan seperti menggunakan GPS navigator untuk memberi amaran pun boleh digunakan. Kalau pasal nak kutip duit, takkan diberitahu sedemikian rupa. Cuba gunakan akal tu sikit.

6. Sistem AES ni bukannya baru. Dah lama diamalkan di negara-negara maju dan ianya jelas terbukti boleh mengurangkan kadar kemalangan dan kematian.

7. Di UK misalnya, ada lebih dari 6,000 kamera seperti AES. Kamera-kamera ini dipasang di lebuhraya yang mempunyai had kelajuan 70mph dan 60mph, di jalan-jalan yang mempunyai kelajuan 40mph malah di jalan yang mempunyai kelajuan 30mph pun dipasang. Di Malaysia, baru pasang di 14 tempat dah ada yang bising. Kalaulah dipasang di kawasan 40 km/h, mungkin berlaku rusuhan. Malu sungguh melihat mentaliti masyarakat macam ni di Malaysia.

8. Ada yang mempersoalkan kenapa had laju di lebuhraya hanya 90km/j ? Di Malaysia, hadlaju lebuhraya secara umum adalah 110km/j. Tetapi di lebuhraya yang menghampiri pusat bandar, had lajunya adalah 90km/j dan dalam kawasan yang lebih hampir ke pusat bandar, had lajunya adalah 80km/j. Perubahan had laju ini sepatutnya mudah difahami kerana semakin hampir dengan pusat bandar, bilangan kenderaan akan bertambah, bilangan susur keluar juga mungkin bertambah oleh itu pemanduan perlu lebih perlahan dan berhati-hati.

9. Di UK juga mempunyai sistem yang sama. had laju lebuhraya secara umum adalah 70mph (~ 110 km/j). Bagi kawasan yang hampir ke pusat bandar (contohnya London), hadlajunya adalah 60mph (~90 kkm/j) dan bagi kawasan yang lebih hampir ke pusat bandar, hadlajunya adalah 40mph (60 km/j). Bagi kawasan yang hampir dengan perumahan,sekolah,hospital, hadlajunya adalah 30mph (~45 km/j).

10. Ada yang bising kerana kamera ini dipasang di lebuhraya. Mereka ini tidak tahu bahawa kamera ini dipasang dikawasan `hotspot' untuk kemalangan jalan raya. Sebab itulah, kamera ini dipasang di jalan bandaran lebih banyak dari lebuhraya. Dari 14 kamera yang telah dipasang, hanya 4 dipasang di lebuhraya dan dari 561 kamera had laju yang akan dipasang kelak, hanya 63 ataupun 11% yang dipasang di lebuhraya. Sebahagian besarnya dipasang di jalan bandaran atau jalan biasa. Ini membuktikan sekali lagi, sistem ini bertujuan untuk mendidik supaya kemalangan dapat dikurangkan.

11. Undang-undang jalan raya yang dibuat perlu dipatuhi. Walaupun pada pukul 3.00 pagi dan lampu isyarat berwarna merah dan tidak ada kenderaan lain, kita masih perlu menunggu sehingga lampu bertukar hijau untuk berjalan. Tidak adak sebarang pelepasan untuk melanggar undang-undang. Di sinilah sekali lagi kita boleh lihat betapa tingginya sikap pemandu di UK (sbg contoh). Mereka tidak akan melanggar undang-undang walaupun terpaksa berhenti di lampu isyarat pada jam 3.00 pagi.

12. Memang benar, akan ada dikalangan masyarakat yang hanya memperlahankan kenderaan di kawasan berkamera sahaja dan kemudianya memecut semula. Ini tidak apa kerana sekurang-kurangnya, dia telah memperlahankan kenderaan terutama di kawasan-kawasan hotspot. Untuk memperlahankan kenderaan supaya tidak melebihi had laju yang ditetapkan, mereka tidak boleh memandu terlalu laju, kalau tidak...tak sempat. Oleh itu, ini juga mendidik masyarakat agar tidak memandu terlalu laju. Apabila sikap ini berulangkali dilakukan, maka lama kelamaan ianya akan menjadi satu rutin harian.

13. Walau dalam hanya beberapa hari sistem AES ini dilaksanakan, kita sudah boleh melihat perubahan sikap pemandu. Kita dah boleh lihat, kenderaan memperlahankan kenderaan di kawasan kamera sehingga tidak ada yang mahu menggunakan lorong laju. Kita boleh lihat bagaimana semua kenderaan memandu dengan penuh berhemah di kawasan berkamera. Masyarakat juga semakin peka dengan papantanda had laju. Kalau sebelum ini, mungkin ada yang tidak tahu dengan had laju 90km/h, tapi kini dah tahu dan dah boleh peka dan ambil tahu mengenai hadlaju sesuatu kawasan.

14. Perubahan yang positif ini dapat dilihat hanya selepas beberapa hari perlaksanaan sistem ini. Lama-kelamaan mungkin nak nampak kamera ini mengeluarkan flash pun susah sebab semua pihak memandu dengan berhati-hati. Bukankah ini satu perkembangan yang baik?

15. Harapnya sistem ini dapat diperluaskan kepada kesalahan-kesalahan yang lain seperti memandu di lorong kecemasan, memotong di kawasan garisan berkembar, membuat pusingan U-turn di kawasan yang tak boleh dan lain-lain. Supaya satu hari nanti masyarakat di Malaysia akan terkenal sebagai pemandu yang berhemah dan berbudi pekerti tinggi.

16. Harapnya, janganlah ada mereka-mereka yang menentang perkara yang membawa kebaikan ini. Kalau pembangkang yang menentang, itu adalah perkara biasa kerana mereka memang tak mahu berfikir dan mereka tiada kerja selain daripada membangkang sahaja apa yang dibuat oleh kerajaan walaupun perkara yang baik. Tapi, kini ada juga mereka dari penyokong kerajaan yang turut sama tidak mahu berfikir dan menentang perkara yang baik ini. janganlah terikut-ikut dengan sikap pembangkang.

17. Sistem ini bertujuan baik. Ianya boleh mendidik sikap pemandu di Malaysia. Ianya boleh mengurangkan kemalangan dan kematian. Ianya menggalakkan masyarakat supaya mematuhi peraturan. Kenapa masih ada yang tak suka dengan kebaikan-kebaikan ini ? Kemanakah hilangnya nilai masyarakat yang mahukan kebaikan ?

Sumber : GR

Stop Kejap AES Sebab Nak PRU ? Nonsense !



Saya agak kurang bersetuju dengan keputusan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia semalam mengenai kamera AES yang dilancarkan baru² ini perlu ditangguh dan dikaji semula. Desakan tersebut dibuat oleh YB Khairy Jamaluddin merangkap Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO.

Di sini saya suka memberikan ulasan terhadap kamera AES. Mungkin pandangan saya sedikit berbeza daripada Pergerakan Pemuda UMNO namun hasrat saya adalah untuk memberi maklumbalas berlainan dari kebiasaan yang pembaca rasakan.

Dalam artikel saya sebelum ini yang bertajuk AES : Jom Kita Positip Sikit Pasal Kamera Ni. Saya melihat penguatkuasaan kamera ini secara positif walaupun fikiran saya sering bermain² adakah baik atau buruk dengan adanya kamera AES ini.

Saya merujuk perkara AES ini kepada beberapa orang kenalan. Rata² antara mereka tidak berpuashati dengan pemasangan kamera yang bertujuan mendisiplinkan pemandu di jalan raya. Apabila saya bertanyakan mengapa tidak setuju, jawapan yang diberikan kebanyakkannya memberitahu pemasangan lokasi kamera tidak strategik, merbahayakan keselamatan pemandu akibat terkena flash kamera tersebut dan pelbagai lagi alasan.


Mungkin 1001 alasan boleh diwujudkan kerana tidak menggemari sesuatu perkara dan juga mungkin 1001 pujian boleh dicipta kerana menggemari sesuatu perkara. Jadi tidak hairanlah mengapa isu kamera AES dipersoalkan dan menjadi topik perbualan rakyat di sini.

Saban tahun apabila tibanya musim perayaan, banyak kejadian² kemalangan terjadi dan banyak nyawa melayang begitu saja. Ada kemalangan yang terjadi disebabkan kelalaian diri sendiri dan juga kelalaian orang lain. Disebabkan hal sebegini, satu langkah diambil oleh kerajaan iaitu menguatkuasakan penggunaan AES agar pemandu memandu lebih berdisiplin, kemalangan dapat dikurangkan, pemanduan di jalan raya akan lebih tertib dan yang paling penting, rakyat menghargai setiap nyawa di dalam negara ini.


Pengalaman saya melalui Lebuhraya Utara-Selatan pada musim perayaan baru² ini. Selama 3 hari berturut² saya melalui jalan yang sama. Pemerhatian saya mendapati, pemandu mematuhi had kelajuan jalan raya seperti yang terpapar di papan tanda. Tidak banyak kenderaan yang menggunakan lorong kanan kecuali kenderaan mewah, mungkin mereka golongan berada dan mampu bayar saman.

Saya juga mendownload aplikasi AES pada telefon pintar Android saya dan saya mendapati kebanyakkan tempat² yang ditanda mempunyai kamera AES sebenarnya tiada pun kamera tersebut. Tetapi pemandu² tetap memperlahankan kenderaan dan mengikuti had kelajuan yang ditetapkan.

Senario tersebut membuatkan saya terfikir bahawa usaha kerajaan sebenarnya berkesan secara tidak langsung. Pergerakan trafik sangat lancar pada ketika itu di mana semua kenderaan mengikut had laju yang standard dan tiada kenderaan yang memandu laju dan brek secara mendadak dan sebagainya.


Tipulah jika saya katakan, saya tidak pernah memandu laju dan melanggar had laju yang ditetapkan. Saya percaya para pembaca pun sama seperti saya. Ada masanya, tekan pedal minyak tu nun jauh ke dalam tapi apabila terbaca papan tanda Kamera Di Hadapan / Awas, Anda Sedang Diperhatikan dan pelbagai lagi tanda amaran yang melibatkan Polis & Kamera pastinya para pembaca pun memperlahankan kenderaan kerana risaukan di saman.

Namun semasa membawa pada kelajuan maksimum, adakah kita terpikir tentang keselamatan nyawa sendiri, penumpang dan nyawa orang lain di sekitar kita? Sebenarnya kita akan sedar mengenai perkara tersebut apabila melihatkan kejadian kemalangan yang berlaku di hadapan mata sendiri. Ketika itulah bagaikan ada satu azam di dalam dada untuk lebih berhati².


Cuma apa yang kerajaan lakukan di sini ialah langkah pencegahan dari berlakunya perkara yang tidak diingini. Bayangkan tiba² yang menjadi mangsa kemalangan dan mati tersebut sebenarnya seorang Doktor yang merupakan pakar penyakit kanser. Seorang doktor yang berupaya menyelamatkan ribuan nyawa pesakit kanser yang lain.

Adakah kita terfikir, kanak² yang menjadi mangsa kemalangan jalan raya merupakan pelajar paling pintar di negeri tertentu dan mungkin menjadi pemangkin semangat buat ratusan ribu kanak² di seluruh negara. Mungkin kita tidak pernah memikirkannya namun itu adalah perkara yang patut kita sedari mulai hari ini.

Bagi saya, keputusan yang hendak dibuat hari ini hendaklah bukan berdasarkan populariti dan menjuarai rakyat semata². Undang² jalan raya yang dibuat perlu dipatuhi. Walaupun pada pukul 3.00 pagi dan lampu isyarat berwarna merah dan tidak ada kenderaan lain, kita masih perlu menunggu sehingga lampu bertukar hijau untuk meneruskan perjalanan. Tidak ada sebarang pelepasan untuk melanggar undang².

Undang² yang dikuatkuasakan releven dengan perkembangan semasa dan undang² perlu dihormati waima siapa pun diri kita dan mereka. Satu perkara yang perlu rakyat Malaysia ingat ialah Undang² TETAP Undang².
prevention is better than cure


TAK RUGI PATUHI UNDANG²
Al Fatihah Buat Mangsa² Kemalangan Jalan Raya

Sumber : Rezqeen Hill

AES Bertujuan Baik Untuk Masyarakat



1. Saya agak hairan apabila terbaca tulisan-tulisan yang menentang sistem AES. Saya tertanya-tanya, adakah mereka memahami sistem AES ini ? atau mereka tidak langsung meluangkan masa untuk berfikir ?

2. Sistem AES ini seperti yang pernah dituliskan sebelum ini adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat. Ianya bertujuan supaya pemandu memperlahankan kenderaan dan juga tidak melanggar lampu isyarat. Objektifnya mudah iaitu supaya pemandu mematuhi peraturan terutama yang berkaitan dengan hadlaju dan lampu isyarat.

3. Sistem ini bukan bertujuan untuk menyaman atau mengutip duit. Ini hanya helah pembangkang yang lumrahnya suka menabut fitnah dan memanipulasi.

4. Sekiranya ianya bertujuan untuk mengutip duit, maka lebih baik suruh polis menyorok di bawah jambatan dan rakam hadlaju. Nescaya dalam masa yang singkat berpuluh-puluh juta boleh dikutip.

5. Oleh kerana ianya bertujuan supaya pemandu memperlahankan kenderaan lah menyebabkan, lokasi kamera ini diwarwarkan siap dengan koordinat sekali. Kameranya juga jelas terpampang dan papantanda amaran juga diletakkan. Malah, sistem pengesan seperti menggunakan GPS navigator untuk memberi amaran pun boleh digunakan. Kalau pasal nak kutip duit, takkan diberitahu sedemikian rupa. Cuba gunakan akal tu sikit.

6. Sistem AES ni bukannya baru. Dah lama diamalkan di negara-negara maju dan ianya jelas terbukti boleh mengurangkan kadar kemalangan dan kematian.

7. Di UK misalnya, ada lebih dari 6,000 kamera seperti AES. Kamera-kamera ini dipasang di lebuhraya yang mempunyai had kelajuan 70mph dan 60mph, di jalan-jalan yang mempunyai kelajuan 40mph malah di jalan yang mempunyai kelajuan 30mph pun dipasang. Di Malaysia, baru pasang di 14 tempat dah ada yang bising. Kalaulah dipasang di kawasan 40 km/h, mungkin berlaku rusuhan. Ish, memalukan sungguh melihat mentaliti masyarakat di Malaysia.

8. Ada yang mempersoalkan kenapa hadlaju dilebuhraya hanya 90km/j ? Di Malaysia, hadlaju lebuhraya secara umum adalah 110km/j. Tetapi dilebuhraya yang menghampiri pusat bandar, hadlajunya adalah 90km/j dan dalam kawasan yg lebih hampir ke pusat bandar, hadlajunya adalah 80km/j. Perubahan hadlaju ini sepatutnya mudah difahami, kerana semakin hampir dengan pusat bandar, bilangan kenderaan akan bertambah, bilangan susur keluar juga mungkin bertambah oleh itu pemanduan perlu lebih perlahan dan berhati-hati.

9. Di UK juga mempunyai sistem yang sama. hadlaju lebuhraya secara umum adalah 70mph (~ 110 km/j). Bagi kawasan yang hampir ke pusat bandar (london contohnya), hadlajunya adalah 60mph (~90 kkm/j) dan bagi kawasan yang lebih hampir ke pusat bandar, hadlajunya adalah 40mph(60 km/j). Bagi kawasan yang hampir dengan perumahan,sekolah,hospital, hadlajunya adalah 30mph (~45 km/j).

10. Ada yang bising kerana kamera ini dipasang di lebuhraya. Mereka ini tidak tahu bahawa kamera ini dipasang dikawasan `hotspot' untuk kemalangan jalan raya. Sebab itulah, kamera ini dipasang di jalan bandaran lebih banyak dari lebuhraya. Dari 14 kamera yang telah dipasang, hanya 4 dipasang di lebuhraya dan dari 561 kamera hadlaju yang akan dipasang kelak, hanya 63 ataupun 11% yang dipasang di lebuhraya. Sebahagian besarnya dipasang di jalan bandaran atau jalan biasa. Ini membuktikan sekali lagi, sistem ini bertujuan untuk mendidik supaya kemalangan dapat dikurangkan.

10.Undang-undang jalan raya yang dibuat perlu dipatuhi. Walaupun pada pukul 3.00 pagi dan lampu isyarat berwarna merah dan tidak ada kenderaan lain, kita masih perlu menunggu sehingga lampu bertukar hijau untuk berjalan. Tidak adak sebarang pelepasan untuk melanggar undang-undang. Disinilah sekali lagi kita boleh lihat betapa tingginya sikap pemandu di UK (sbg contoh). Mereka tidak akan melanggar undang-undang walaupun terpaksa berhenti di lampu isyarat pada jam 3.00 pagi.

11. Memang benar, akan ada dikalangan masyarakat yang hanya memperlahankan kenderaan dikawasan berkamera sahaja dan kemudianya memecut semula. Ini tidak apa, kerana sekurang-kurangnya, dia telah memperlahankan kenderaan terutama di kawasan-kawasan hotspot. Untuk memperlahankan kenderaan supaya tidak melebihi hadlaju yang ditetapkan, mereka tidak boleh memandu terlalu laju, kalau tidak tak sempat. Oleh itu, ini juga mendidik masyarakat agar tidak memandu terlalu laju. Apabila sikap ini berulangkali dilakukan, maka lama kelamaan ianya akan menjadi satu rutin harian.

12. Walau dalam hanya beberapa hari sistem AES ini dilaksanakan, kita sudah boleh melihat perubahan sikap pemandu. Kita dah boleh lihat, kenderaan memperlahankan kenderaan dikawasan kamera sehingga tidak ada yang mahu menggunakan lorong laju. Kita boleh lihat bagaimana semua kenderaan memandu dengan penuh berhemah di kawasan berkamer. Masyarakat juga semakin peka dengan papantanda hadlaju. Kalau sebelum ini, mungkin ada yang tidak tahu dengan hadlaju 90km/h, tapi kini dah tahu dan dah boleh peka dan ambil tahu mengenai hadlaju sesuatu kawasan.

13. Perubahan yang positif ini dapat dilihat hanya selepas beberapa hari perlaksanaan sistem ini. Lama-kelamaan mungkin nak nampak kamera ini mengeluarkan flash pun susah sebab semua pihak memandu dengan berhati-hati. Bukankah ini satu perkembangan yang baik?

14. Harapnya sistem ini dapat diperluaskan kepada kesalahn-kesalahan yang lain seperti memandu di lorong kecemasan, memotong dikawasan garisan berkembar, membuat pusingan U dikawasan yang tak boleh dan lain-lain. Supaya, satu hari nanti, masyarakat di Malaysia akan terkenal sebagai pemandu yang berhemah dan berbudi pekerti tinggi.

15. Harapnya, janganlah ada mereka-mereka yang menentang perkara yang membawa kebaikan ini. Kalau pembangkang yang menentang, itu adalah perkara biasa kerana mereka memang tak mahu berfikir dan mereka tiada kerja selain daripada membangkang sahaja apa yang dibuat oleh kerajaan walaupun perkara yang baik. Tapi, kini ada juga mereka dari penyokong kerajaan yang turut sama tidak mahu berfikir dan menentang perkara yang baik ini. janganlah terikut-ikut dengan sikap pembangkang.

16. Sistem ini bertujuan baik. Ianya boleh mendidik sikap pemandu di Malaysia. Ianya boleh mengurangkan kemalangan dan kematian. Ianya menggalakkan masyarakat supaya mematuhi peraturan. Kenapa masih ada yang tak suka dengan kebaikan-kebaikan ini ? Kemanakah hilangnya nilai masyarakat yang mahukan kebaikan ?

17. Susah rupanya untuk mengubah mentaliti masyarakat di Malaysia. Mungkin sebab inilah Tun Dr. Mahathir berkatan "perjuangan belum selesai". Perjuangan ini mungkin bermaksud perjuangan untuk mengubah mentaliti masyarakat.

Penulis adalah Exco Kelab Chedet Malaysia
sumber - http://chewal.blogspot.com/2012/10/aes-sebagai-satu-sistem-untuk-kebaikan.html

MP Kota Belud Sokong AES


Negara kita adalah salah satu negara yang mempunyai rekod kemalangan jalanraya yang paling buruk dalam dunia. 20 orang mati setiap hari atau 7,000 nyawa melayang setiap tahun. Ramai dari mereka yang mati tersebut adalah anak-anak muda berumur dibawah 25 tahun yang mati menunggang motorsikal. Kematian mereka adalah kerugian besar kepada masa depan negara kita.

Kajian oleh pakar menunjukkan kos sosial kemalangan di Malaysia ialah RM9 bilion seperti kos perubatan dan kehilangan pendapatan. Ini tidak termasuk penderitaan dan trauma keluarga yang kehilangan suami, isteri, bapa, emak dan anak. Apatah lagi kalau yang mati itu adalah punca menyara keluarga. Jika tidak ada kematian pun, kecacatan teruk juga akan membebankan keluarga tersebut.

AES mula dibincangkan oleh kabinet sejak 2006 lagi. Ianya bukan keputusan tergesa-gesa. Melihat trend kemalangan jalanraya Malaysia yang semakin meningkat dan langkah-langkah pencegahan oleh pihak berkuasa tidkak efektif, maka kerajaan perlu mengambil langkah baru. 90 negara di dunia sistem AES dan sistem ini terbukti efektif.

Sebenarnya, sejak 20 tahun yang lalu, kita sudah pun terdedah kepada sistem pengambilan gambar pesalah jalanraya oleh pihak berkuasa. Ingat saman ekor oleh polis trafik? AES bukannya perkara baru. Malah, AES ebih baik dari ops saman ekor kerana menguna teknologi yang tercanggih untuk merakamkan gambar yang lebih jelas supaya pengguna jalanraya yang disaman tidak teraniaya.

Apabila saya membaca facebook dan twitter, saya dapati ramai yang kurang faham walaupun kerajaan telah menjelaskannya berkali-kali. Berikut adalah soalan lazim dalam facebook dan twitter. Untuk jawpan kepada soalan lazim yang lebih akademik dan ilmiah, sila layari laman JPJ ini (http://www.jpj.gov.my/aes-system)


“Kenapa kerajaan tak buat sendiri?”

Kerajaan boleh buat sendiri tetapi kos kapital AES ialah RM717 juta dengan kos operasi sebanyak RM300-RM400 juta setahun. Kenapa kerajaan perlu berbelanja sebanyak itu jika kerajaan boleh mendapatnya secara percuma? LEbih baik duit yang kerajaan jimatkan itu boleh digunakan untuk buat sekolah dan hospital.

Begitu juga isu penyelanggaraan yang menjadi kerisauan kerajaan. Kalau kerajaan yang buat bermakna saban tahun, kerajaan terpaksa memperuntukan jumlah yang besar untuk menyelenggara sistem kamera dan komunikasi ini. Ingat sistem ITIS yang dikritik oleh Ketua Audit Negara? Kerajaan dikritik oleh Ketua Audit Negara kerana sistem ITIS tidak diselanggara dengan baik. Hakikatnya kerajaan sukar untuk menyelenggara sistem seperti AES ini kerana kekangan bajet, tanaga manusia dan kepakaran. Itu belum lagi isu vandalisma yang memeningkan kepala kerajaan dan pertambahan pekerja awam yang diperlukan untuk mengurus dan memantau sistem AES ini jika pihak kerajaan yang menguruskannya.

Semua ini kos kepada rakyat. Kenapa rakyat yang majoritinya tidak melanggar undang-undang jalanraya terpaksa dihukum membayar sistem yang mendisiplinkan mereka yang melanggar undang-undang? Biarlah pihak swasta yang mencari dana dan menanggung risikonya.


“Kenapa zon had laju 40km dan turun bukit pun kena ada AES? Tak adil! ”

Ada juga pihak yang mengkritik lokasi AES, seperti zon had laju 40km atau zon turun bukit, walaupun mereka tahu ianya ditentukan oleh Miros, Polis dan JPJ berdasarkan kajian dan statistik kemalangan di tempat-tempat “blackspot” itu. Jangan ingat had kelajuan 40km tidak boleh membunuh. Had laju dikuat kuasa di tempat tersebut berdasarkan kebarangkalian kemalangan jika memandu laju. Ada juga yang tanya kenapa letak AES di lokasi menuruni bukit kerana sudah tentu kereta akan bergerak laju menuruni bukit? Bukan kah itu menganiaya pemandu? Jawapannya senang. Bila kita memandu menuruni bukit, kita juga harus patuh kepada had kelajuan yang ditetapkan supaya kereta kita tidak tergelincir atau melanggar kereta lain. Tolong tekan brek dan jangan salahkan “graviti” untuk memandu laju!


“Ini semua untuk kroni BN!”

Alasan kononnya konsesi ini diberi kepada kroni juga adalah alasan tak munsabah. 9 syarikat membida, 7 tampil membuat persembahan (presentation) dan 2 yang dipilih berdasarkan syarat-syarat yang ketat. Pada saya pulangan kepada pelaburan (IRR) yang diminta oleh syarikat-syarikat ini adalah adil iaitu pada kadar 17%. Risiko kepada syarikat juga besar. Jika semua pemandu kereta di Malaysia dengan tiba-tiba patuh kepada undang-undang jalan raya, syarikat-syarikat ini akan menanggung kerugian jutaan ringgit. Kalau kita marah sangat dengan syarikat-syarikat ini kerana kononnya menghisap darah rakyat, jom kita bangkrapkan mereka. Jom kita patuh pada undang-undang!

“Habis, jika semua patuh undang-undang, macam mana syarikat itu nak hidup? Ini mesti ada muslihat nak menipu ni?”

Sebenarnya mereka juga sudah buat kajian. Akan ada pemandu yang dikatakan “habitual offenders” atau “hard-core offenders” berjumlah 9%. Mereka ini tak akan berubah sikap walaupun Ketua Polis Negara senditri datang kerumah mereka memberi nasihat kepada merekan untuk patuh undang-undang jalanraya. Peratusan ini juga ujud di negara-negara lain yang mengamalkan AES ini. Mereka inilah yang akan memberi keuntungan kepada syarikat-syarikat tersebut. Yang lain tak perlu risau melainkan anda adalah tergolong dalam 9% itu.


“Padan muka BN.. negeri PR tak nak bagi kelulusan untuk AES di negeri mereka. Syabas PR!”

PR selalu tuduh BN guna “brute force of the majority”. Contoh PR tak nak bagi kelulusan itu juga contoh “tyranny of the minority”. Apapun, ebuhraya atau jalan persekutuan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan walaupun lokasinya di negeri-negeri yang dikuasai PR. Untuk jalan negeri, “see you in court” untuk selesaikan samada PR mempunyai kuasa untuk menahan AES atau tidak. Sementara itu, jika ada kematian jalanraya di negeri Pakatan yang boleh dielakkan oleh AES, saya harap keluarga simati bolehlah bertanya kepada Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim kenapa mereka berdegil dan menolak sistem yang boleh menyelamatkan nyawa orang kesayangan mereka.

Terlanjur bercerita mengenai Pakatan, saya nak tanya bagaimana mereka dapat kurangkan kadar kemalangan jalanraya yang dijangka akan meningkat berikutan dasar “Turunkan harga kereta” mereka? Bukankah dasar itu akan menambah ratusan ribu lagi kereta di jalanraya?

Sekarang ini pun, menururt statisik JPJ, jumlah kenderaan yang didaftarkan di Malaysia bertambah lebih sejuta setiap tahun kerana rakyat Malaysia semakin bertambah makmur. Malah kajian (http://www.nationmaster.com/graph/tra_mot_veh-transportation-motor-vehicles), menunjukkan Malaysia menduduki tangga ketiga dalam dunia dalam kategori pemilikan kereta setiap 100 ribu penduduk. Hakikatnya, kita tidak akan dapat menyediakan jalanraya yang cukup untuk semua kereta-kereta ini. Suka tidak suka, akan sampai masanya pemandu mesti berdisiplin atau perlu didisiplinkan jika kita tidak mahu kematian bertambah di jalanraya kita yang semakin sesak ini. Dan masa itu adalah sekarang!


Saya sokong AES kerana tanggungjawab, bukan untuk jadi populis

Kita telah melalui banyak fasa untuk mencegah kemalangan jalanraya. Bertahun-tahun kita telah mendidik, mengujudkan gerakan advokasi dan mencegah. Semuanya gagal untuk mengurangkan peratusan statistik kemalangan jalanraya. Sudah tiba masanya kita guna sistem AES ini.

Dengan menyokong dan mengundi AES di Parlimen, saya berpihak kepada rakyat. Saya tidak mahu 7 ribu keluarga yang dijangka menangis dan meraung setiap tahun, terpaksa melalui trauma psikologi kehilangan ahli keluarga mereka yang terbunuh akibat kecuaian pemandu jalanraya. Dan saya tidak mahu Malaysia bakal memegang rekod kematian akibat kemalangan terburuk di dunia jika kita tidak berbuat sesuatu.

Pemuda UMNO, Kenapa Takut Dengan AES



Apa kehenya Pemuda UMNO Malaysia semalam meminta kerajaan menangguhkan dulu keputusan penguatkuasaan AES di seluruh negara.

Apa bestnya jika semua perkara yang melibatkan undang2 boleh dikawtim sebab nak PRU ??

Kelakar betul. Mengapa Pemuda UMNO tak minta je undang2 syariah berkenaan homoseksual dibatalkan terus supaya gejala LGBT boleh diteruskan tanpa risau oleh golongan tersebut.

Come on lah Pemuda UMNO !!

Jangan kerana nak dapatkan sokongan rakyat dan populis sekali pun, undang2 disimpan sekejap kerana nak bagi mood baik buat kerajaan.

Kemudian selepas PRU, rakyat akan dapat berita gembira bahawa nanti kamera AES tetap akan dikuatkuasakan. Kan tu sebenarnya nak mengguris hati rakyat sedikit.

Lebih baik Pemuda UMNO minta pada kerajaan supaya membatalkan saja penguatkuasaan sistem AES tu. SENANG !



Monday 15 October 2012

@teresakok Wajib Mohon Maaf Kepada Kerajaan & Umat Islam


Membaca kisah Awang Selamat hari ini yang mengimbau peristiwa betapa negara merasa malu terhadap perbuatan seorang MP yang bersifat perkauman dan anti islam.

Peristiwa yang menimpa wanita Melayu ketika di suruh ketuk ketampi semasa dalan lokap membawa kepada terbukanya sifat sebenar MP Dap yang bersifat anti islam.

Seorang MP yang sanggup membawa CD lucah di parlimen dan mahu perkara ini disiasat dengan NIAT membela warga cina tapi bila diketahui bukan warga cina, beliau boleh senyap dan diam tanpa ada rasa bersalah. Memang benar sehingga hari ini, Teresa kok tidak pernah memohon maaf.

Beliau juga pernah membangkitkan isu azan di sekitar selangor, dengan sengaja membangkitkan isu ini untuk pengetahuan umum agar tindakan untuk memperlahankan azan diambil.

Teresa kok juga pernah membawa isu papan tanda yang mahu semua bahasa di dicetak dipapan tanda kepada dbkl, malah beliau sendiri sudah melaksanakan perkara.

Teresa kok juga pernah cuba memasuki ruangan masjid negara dengan tidak menutup kepala malah memarahi orang islam yang tidak membenarkan baliau memasuki ruangan sembahyang masjid negara.

Ini lah contoh-contoh yang menunjukkan Teresa Kok seorang yang anti islam, sifat semula jadi beliau yang tertarik dengan isu-isu yang berkaitan dengan islam.

Sekiranya Beliau mempunyai sifat kemanusian dan tidak ada masalah dengan Orang Islam, sebagai manusia moden, sekurang-kurangnya beliau boleh memohon maaf kepada orang islam.

Agenda Teresa Kok hanyalah mahu melihat islam di Malaysia dilemahkan. tidak ada lain malah ramai pemimpin DAP bersfat sama seperti beliau. Ingat-ingatlah!

Bisik-Bisik: Teresa dan maaf

AWANG ingin mengimbas peristiwa Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang pernah membuat kenyataan di Dewan Rakyat berkaitan isu klip video seorang wanita melakukan ketuk ketampi dalam keadaan bogel pada tahun 2005.

Beliau mendakwa wanita berkenaan seorang warga China. Insiden tersebut menggemparkan negara. Polis dihina dan kerajaan dipersalahkan. Malah Kabinet ketika itu mengutuskan seorang menteri ke China bagi memohon maaf, dalam satu tindakan yang turut mengundang kritikan.

Adalah tidak pasti sama ada tindakan Teresa Kok ketika itu didorong oleh semangat perkauman yang tebal tetapi itulah sentimen yang dimainkan oleh DAP.

Bagaimanapun dakwaan beliau kemudiannya didapati tidak benar. Wanita berkenaan sebenarnya rakyat tempatan - Melayu dan beragama Islam.

Selepas kisah sebenar diketahui ekoran siasatan yang dijalankan, Teresa Kok berdiam. Bukan itu sahaja beliau tidak memohon maaf atas apa yang telah dilakukannya. Tidak silap Awang, sampai hari ini, pemimpin DAP itu tiada usaha untuk bersikap budiman dan mengambil tanggungjawab mengakui kesilapannya. Sedangkan, ia adalah soal asas dalam prinsip demokrasi.


Ada Bezanya Bertemu Soros & Bekerja Dengan Soros #TolakPR

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat jangan terkeliru dengan terma ‘jumpa Soros’ dengan ‘bekerja untuk Soros’ kerana kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza.

Muhamad Rahimi Osman dihubungi untuk diminta mengulas dakwaan portal Mkini dotcom yang mewar-warkan perjumpaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menemui penyangak matawang Yahudi, George Soros secara terbuka di Kuala Lumpur beberapa tahun lepas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga turut didakwa pernah berjumpa dengan George Soros dua tahun lalu di New York.

“Dr Mahathir dan Najib hanya jumpa Soros, tetapi tidak bekerja untuk Soros, sedangkan SUARAM, Mkini terima duit Soros yang boleh dimaksudkan bekerja untuk Soros. Anwar juga bekerja dengan badan Soros, ICG, International Crisis Group.

“Perumpamaan mudah seperti contoh sahabat Rasulullah SAW yang berjumpa dengan Abu Jahal untuk berunding demi kepentingan umat Islam, berbanding dengan seorang Muslim munafik yang bekerja untuk Abu Jahal bertujuan untuk menghancurkan Islam,” kata Rahimi.

Hujah Rahimi turut disokong oleh seorang lagi bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari.
“Mereka dapat imbuhan dari Soros yang mengikat mereka untuk memberikan sesuatu sebagai pulangan dari apa yang sebelum ini telah diterima. Situasi ini akan mengikat mereka untuk mematuhi apa sahaja arahan dari Soros sebagai majikan.

“Mereka menjadi tali barut kepada tuan mereka sekaligus membelakangkan kepentingan negara,”katanya.

Menurutnya perjumpaan pemimpin negara berdasarkan kapasiti jawatannya dengan mana-mana tokoh di luar negara adalah perkara biasa.

“Tian Chua dan Elizabeth Wong berjumpa dan menerima imbuhan dari Soros dan Anwar pula menggunakan kedua-dua tokoh PKR itu untuk menjayakan agendanya,”katanya lagi.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendedahkan Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB), badan berdaftar yang menyalurkan wang kepada SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) menerima dana dari empat sumber antarabangsa , termasuk dari badan milik Soros, Open Society Institute (OSI), di New York yang mempunyai pangkalan di Asia Tenggara, di Burma melalui Projek Burma/ Inisiatif Asia Tenggara.

Portal Mkini dotcom juga turut mengakui menerima dana dari Soros untuk melaksanakan kerja-kerja media di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

Bekas Penolong Setiausaha Pemuda keadilan, Lokman Noor Adam mendedahkan Tian Chua sendiri mengaku kepadanya menerima duit dari Soros untuk menggerakkan SUARAM.
Menurut Lokman, Tian Chua sepatutnya dihukum gantung kerana menerima duit Soros denganmelakukan kerja-kerja jahat untuk menghuru-harakan negara.

Anwar sendiri bekerja dengan NGO milik Soros, ICG sejak tahun 2006 hingga sekarang.
Satu pucuk surat bertarikh 11 Mei 2006 daripada Gareth Evans, ketika itu Presiden ICG kepada Anwar Ibrahim, membuktikan Ketua Umum PKR itu terlibat secara langsung dalam organisasi tajaan Soros itu.

Selanjutnya klik sini


Sunday 14 October 2012

@saifuddinabd Declare Keluar UMNO



Masih terdapat 'segelintir besar' orang UMNO yang percaya bahawa jenayah yang dilaporkan dan didedahkan yang melibatkan parti mahupun individu dari DAP, PKR dan PAS hanyalah propaganda rekaan Barisan Nasional dengan tujuan untuk memenangi pilihan raya.

Antara orang tersebut ialah Saifuddin Abdullah apabila beliau mengeluarkan kenyataan peribadinya baru-baru ini berkaitan isu dana asing bagi membiayai Suaram.

Barangkali beliau terdetik untuk memberi pandangan yang sedemikian rupa kerana beliau telah diyakinkan dengan 'khabar angin' dari banyak pihak berkenaan isu ketirisan kerajaan namun jika beliau matang pemikiran, beliau seharusnya membuat analisa perbandingan agar tidak berlaku pandangan yang bertindan kepentingan isu.

Kepercayaan 'tahyul politik' seumpamanya telah lama bertapak di dalam budaya orang Melayu, amnya dan orang UMNO khususnya.

Ia menjadikan kedaulatan undang-undang tidak lagi relevan untuk ditempatkan di dalam perlembagaan.

'Tahyul politik' mengatasi hukum dan menafilan kuasa kehakiman di dalam urusan menegakkan undang-undang.

'Tahyul politik' juga telah menjadikan persepsi sebagai hakim di dalam urusan melaksanakan hukuman terhadap jenayah dan penjenayah.

Orang UMNO harus berfikiran eksklusif politik agar mereka mampu menjadi pemain politik yang matang.

Jangan jadi seperti orang Melayu DAP, PKR dan PAS yang mengamalkan pemikiran ortodok politik.

UMNO adalah nadi rakyat dan tulang belakang kerajaan Malaysia. Jadilah UMNO yang matang.

BN Boleh Bungkus, Sambutan Konsert Bersih Di Luar Jangkaan #TolakPR

Sebagaimana kononnya bantah duduk di Dataran Merdeka dulu menghimpunkan ratusan ribu penyokong Bersih 3.0, #bersihrocks turut mensasarkan jumlah yang sama setidak-tidaknya 10,000 ke 20,000 orang yang bakal memenuhi kapasiti Stadium Kelana Jaya yang menjadi lokasi program ini.

Mari kita lihat sejauh mana "KEJAYAAN" #bersihrocks tersebut!

Sekitar jam 5.00 ke 6.30 petang







Sekitar 6.30 ke 8.00 malam











Sekitar jam 8.00 ke 11.00 malam








Dalam flyers yang diedarkan, dengan jelas terdapatnya elemen-elemen berikut yang menjadi motivasi kepada bakal pengunjung serta pendukung kempen Bersih ini melalui #bersihrocks ....


Rupa-rupanya pelajaran atau education tentang hak-hak sebagai rakyat yang berdemokrasi tinggi dan mencapai status pengundi hanyalah diajar perkara-perkara berikut:



kartun dari Zunar bagi tujuan komersil dan mengaut keuntungan dari pengunjung



naskhah buku berbau seks



cop di tangan ala-ala tatu yang mengajak atau menghasut




kanak-kanak yang diekspoitasi bagi tujuan komersil serta beberapa tabung dana termasuk dana SUARAM sebagaimana tertera awalan di atas

Jadi, apakah maksud #bersihrocks ini dan tujuannya diadakan?

Mengajak lebih kurang 600 pengunjung yang hadir menyedari hak mereka sebagai pengundi?

Atau mengeksploitasi rakyat yang mengunjungi konsert ini?





Sepertimana perhimpunan BERSIH, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0, Konsert BERSIH yang diadakan sejak petang semalam mengundang ratusan ribu orang membanjiri Stadium Kelana Jaya, Selangor.

Walaupun dihidangkan dengan artis-artis yang tidak dikenali, ratusan ribu penyokong BERSIH tetap setia dari petang ke malam untuk memberi sokongan moral kepada idola mereka A Samad Said dan pasangannya Ambiga S.





Stadium Kelana Jaya hampir roboh kerana ramainya penyokong-penyokong yang hadir. Tak percaya? Lihat gambar-gambar di bawah:





* BN boleh bungkuskan negeri² yang dikuasa Pakatan selepas ini.

Thursday 11 October 2012

Kenyataan Ust Nasha Perkara Biasa, Tiada Peliknya

Kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa semalam, yang mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua, bukan sesuatu yang pelik, kata seorang pemimpin kanan parti itu.

"Saya tidak melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau (Nasharudin) sebagai sesuatu perkara yang pelik... apa yang diperkatakan adalah sebagai memperingati dasar perjuangan kita," kata Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Sinar Harian Online.

Sehubungan itu tegas beliau, untuk memerintah, kuasa yang diperoleh menerusi pilihan raya akan memberi jalan untuk melaksanakan dasar perjuangan Pas.

"Bagi pendapat saya, kuasa yang ada akan memberi kita jalan untuk memerintah," kata beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang.

Justeru, beliau turut tidak menafikan berbeza pendapat dengan orang lain juga sebagai perkara biasa.

"Saya memberikan contoh, dasar Pas tidak pernah berganjak, berbeza pendapat dengan parti lain akan terjadi," tambah beliau.

Namun beliau turut mengingatkan bahawa dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), pelbagai pihak akan cuba untuk memperlihatkan Pas tidak sehaluan dalam Pakatan Rakyat (PR).

Pas berada dalam Pakatan Rakyat (PR), yang turut dianggotai DAP dan PKR.

"Dalam situasi kita untuk menempuh PRU13, kita akan mempertahankan kenyataan PR untuk tidak memberikan senjata kepada musuh dan tidak sesekali menghunus senjata terhadap kawan kita sendiri," ujar beliau lagi.

Tuan Ibrahim yang juga ahli Majlis Syura mengulas kenyataan Nasharudin semalam, dalam menghadapi PRU13, mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata dan sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Nasharudin juga ahli Majlis Syura Pas.

Kata Nasharudin, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Nasharudin berkata, beliau turut hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan Pas sering dilihat 'taboo'.

"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir?

"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata beliau pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC, semalam.

Katanya lagi, kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam.

Terdahulu,  Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan Nasharudin sebagai "menyentuh dan mencabar" keputusan Majlis Syura apabila mendakwa parti itu kini mengutamakan kuasa dan meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Sambil menekankan kuasa dan Islam tidak boleh dipisahkan, kata Mahfuz, Pas memang memerlukan kuasa yang meluas untuk menegakkan Islam di negara ini.

Katanya, aspek itu yang diputuskan oleh Majlis Syura selaku badan tertinggi membuat keputusan dalam Pas.