Monday, 13 August 2012

Tindakan Drebar Monorel @MyRapidKL Bijak Ataupun Tidak?

Kelmarin (Sabtu) sebuah train monorel rosak dan banyak lah mulut-mulut longkang yang cakap macam-macam tanpa pikiaq situasi bagaimana yang sedang penumpang tersebut alami.


Mungkin ada yang rasa kecewa dengan perkhidmatan dan lambat tiba bantuan daripada pihak berkenaan untuk menyelamatkan mangsa yang tersadai di dalam train tersebut. Semalam (Ahad), pihak pengurusan Monorel dah kuarkan kenyataannya berkenaan insiden terbabit.

Baca di bawah.

LATIHAN ERP BANTU URUSAN MENYELAMAT INSIDEN DI MONOREL
KL StarRail Sdn Bhd, pengusaha perkhidmatan KL Monororel, hari ini berkata latihan simulasi yang dilaksanakan setiap tahun di bawah program ‘Emergency Response Procedure’ (ERP) telah membantu

menghasilakn operasi menyelamat yang lancar paa insiden di Brickfields semalam, yang menyaksi 183 penumpang terperangkap dalam tren monorail dan dipindahkan dengan selamat dalam operasi pemindahan dari tren ke tren yang pertama dalam sejarah.

“Jelas, pasukan kami mendapat manfaat daripda program latihan ERP yang kami lakukan setiap tahun dengan agensi-agensi berkenaan – Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, hospital, St John Ambulance dan RELA.

“Kami berjaya meletakkan insiden semalam dalam keadaan terkawal dan berjaya membawa kesemua penumpang keluar dengan selamat termasuk mengejarkan tiga penumpang yang memerlukan rawatan ke HKL dengan segera … Kami bersyukur kepada Tuhan kerana tiada kecederaan serius,” kata Abdul Hadi Amran, Ketua Pegawai Operasi KL StarRail Sdn Bhd.

Mengulas insiden semalam, Hadi berkata: “Setiap tahun, KL Monorel dan kedua-dua laluan LRT Kelana Jaya dan Ampang melaksanakan program ERP dengan agensi-agensi penyelamat yang berkenaan bagi memastikan kesediaan jika berlaku kecemasan.

“KL Monorel melaksanakan satu pada tiga bulan lepas denagn senario menyelamat yang sama dariada tren ke tren dan ia melibatkan semua pihak yang ada di sana semalam. Kerana itu, kami berjaya meletakkan suasana dalam terkawal dan operasi penyelamat uang lancar,” tambah beliau.

Dalam kenyataannya, Hadi juga mempertahankan tindakan pemandu tren yang terkandas itu; menegaskan bahawa Mohd Faizal Mohd Fahmi bertindak dengan profesional dan menurut Standard Operation Procedure (SOP).

“Kami difahamkan bahawa beberapa penumpang tidak puas hati dengan Faizal yang enggan membuka pintu tren untuk membolehkan udara segar dan juga menolak permintaan mereka supaya tingkap dipecahkan … Faizal membuat tindakan yang betul dan bertindak dengan penuh profesyenal.

“Sementara kami ingin memohon maaf atas insiden berkenaan, kami juga ingin menjelaskan di sini bahawa semua tren diperiksa dengan komprehensif sebelum dibenarkan keluar untuk operasi.

"Kami mempunyai senarai pemeriksaan Minimum Equipment List (MEL) yang standard tetapi komprehensif terhadap semua tren sebelum mereka keluar. Hanya tren-tren yang lulus sepenuhnya senarai pemeriksaan ini akan dibenarkan keluar untuk beroperasi,” tambah beliau.

Menurut Hadi, insiden itu berlaku apabila tren menghadapi masalah dalam kuasa traction nya, yang seterusnya menyebabkan kuasa utama dan kuasa sokongan dalam tre tidak berfungsi; sekali gus menutup sistem hawa dingin dalam tren.

Walaupun menghadapi masalah berkenaa, pemandu tren dapat berkomunikasi sepenuhnya dengan Pusat Kawalan dan dapat menerima dan mengedarkan maklumat kepada penumpang termasuk operasi penyelamat daripda pasukan Bomba dan Penyelamat yang bakal datang.

“Apabila sistem hawa dingin tidak berfungsi, ada penumpang yang meminta pemandu kami untuk membuka pintu bagi membenarkan udara segar masuk. Dengan arahan daripada Pusat Kawalan, pemandu kami menolak permintaan berkenaan.

“Ini adalah kerana tren ketika itu berada di selekoh dan dalam keadaan condong. Berkedudukan pada ketinggian tidak kurang daripada 30 kaki, adalah merbahaya untuk pintu dibuka khususnya dengan tren ketika itu di tahap hampir kapasiti dengan 183 penumpang. Para penumpang boleh jatuh dan mungkin menyebabkan kematian.

“Kepada permintaan supaya tingkap dipecahkan, pemandu kami juga tidak bersetuju kerana menurut nasihat daripada Pusat Kawalan. Ini adalah kerana sekiranya terdapat tingkap pecah, operasi menyelamat dengan menggunakan kaedah ‘coupling’ dengan tren lain tidak dapa dilaksanakan.

“Ini adalah demi keselamatan penumpang; kerana urusan ‘coupling’ boleh menyebabkan kaca daripada tingkap yang pecah itu akan berterbangan dan boleh menyebabkan kecederaan kepada penumpang. Kerana ada tingkap sydah dipecahkan, kami terpaksa menunggu pasukan Bomba dan Penyelamat untuk menjalankan operasi menyelamat,” kata Hadi.

Hadi juga berkata bahawa Mohd Faizal adalah pemandu tren yang berpengalaman dan pernah menganggotai pasukan Pertahanan Awam Malaysia. Dia juga fasih dengan prosedur CPR.

“Ketika keadaan di tren panas dan sesak, pemandu kami juga bertindak profesional untuk segera memasang kipas udara segar,” kata Hadi, sambil menambah bahawa sejurus selepas insiden berlaku pada 1.58 petang, satu tren penyelamat dihantar untuk menjalankan urusan ‘coupling’ dan menunda tren yang tersadai itu ke Stesen Tun Sambathan, yang ketika itu kurang daripada 80 meter dari tempat kejadian.

“Kami memahami sepenuhnya dengan keputusan untuk melakukan ‘coupling’ untuk menguruskan keadaan itu kerana mengambil kira jarak yang dekat antara tren yang terkandas dengan Stesen Tun Sambathan.

“Malangnya, urusan menunda itu tidak dapat dijalankan kerana tren yang terkandas itu mempunyai brek kecemasan dipasang secara automatik. Kerana itu, kami perlu menggunakan cara lain dan ketika itu ada orang sudah memecahkan tingkap,” katanya.

Bomba menggunakan tangga dan skylift untuk membawa turun kumpulan pertama 63 orang untuk melegakan keadaan dalam tren. Selepas itu, tenaga elektrik dipasang semula dan tren penyelamat dihantar untuk memindahkan 120 penumpang lain.

“Sejak kami memerlukan operasi pada December 2003, ini adalah kes pertama pemindahan penumpang daripada tren ke tren. Walaupum melakukannya untuk pertama kali, semua anggota yang berugas sudah cukup fasih kerana latihan-latihan simulasi dan ERP yang dilaksanakan,” kata Hadi.

Maklumat selanjutnya, sila hubungi.

Azhar Ghazali
Prasarana Media Affairs Manager
019-3837865

Statement dari pihak berwajib di atas ada betulnya. Apa akan jadi sekiranya pemandu train tersebut mengikut permintaan penumpang yang sedang panik mahu pintu dibuka?

Saya yakin pemandu train tersebut pastinya memahami dan mengikuti segala SOP yang telah dipelajari dan ditetapkan oleh pihak majikannya. Sekiranya pintu dibuka hanya untuk membenarkan udara memasuki train tapi keselamatan penumpang tidak terjamin pastinya nanti pihak pengurusan pula dipersalahkan kerana mengabaikan aspek-aspek keselamatan.

Pada kejadian yang berlaku kelmarin ini, saya percaya segala ilmu dan latihan yang dipelajari semasa demontrasi yang telah diadakan beberapa bulan sudah sangat berguna.



Baca artikel latihan tersebut di sini.


1 comment:

  1. Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA  dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya menulis pesan ini biar
    Semua orang tau,ini sebuah kisa nyata dari saya dan tidak ada rekayasa sedikit pun yang saya tulis ini,sekali lagi terimah kasih banyak ya Aki dan insya allah suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu Sartika dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL

    ReplyDelete

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.