Tuesday, 14 August 2012

@teresakok Nak Jadi MP Atau Biskut Chipsmore?

Di negara ini kita bertuah kerana dapat berpuasa dan beribadah dalam keadaan aman dan tenteram, bukan seperti saudara-saudara islam kita di Syria, myammar, palestine dan sebagainya. Di Malaysia juga kita bertuah sebab kita ini mempunyai rakyat yang berbilang kaum dimana setiap kaum itu, dengan secara automatiknya akan menjaga kebajikan kaum – kaum yang lain. Ini juga dapat ditunjukkan melalui contoh perkongsian kuasa antara parti – parti Barisan Nasional (BN).



Tetapi, secara logiknya, kita juga mahu melihat perkongsian kuasa dan sikap prihatin ini juga di kalangan parti – parti pembangkang. Sebagai rakyat di Negara ini, kita juga mahu, contohnya Ahli parlimen DAP berada bersama umat Islam ketika bulan puasa. Walaupun tidak boleh memasuki masjid (atas sebab uzur) atau sebagainya, mungkin dengan memberi sedikit sumbangan kepada masjid – masjid di kawasan parlimen. Bukanlah kita ini mengharap sumbangan, tetapi ini adalah satu tanda “appreciation” ahli parlimen kepada penduduk di kawasan parlimen tersebut.

Malangnya, di kawasan saya sendiri di Seputeh, yang jumlah pengundi nya ada hampir 85,000 orang ini tidak sekali pun ahli parlimen YB Teresa Kok hadir pada bulan puasa kali ini. Ini adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila kawasan Seputeh ini, dari 85,000 orang pengundi, hanya 4,500 orang sahaja pengundi berbangsa Melayu Islam. Persoalan saya disini, sebagai seorang pemimpin kanan parti DAP yang tidak habis mencanang sana sini sebagai parti untuk seluruh rakyat Malaysia, kenapa 4,500 orang Melayu di Seputeh pun YB Teresa Kok tidak boleh nak jaga?

Bukan itu sahaja, yang lebih menyedihkan, mana PAS kawasan Seputeh? Saya hendak bertanya kepada pembaca – pembaca yang penyokong PAS ini, adakah wajar jika 4,500 orang Melayu di Seputeh ini dibiarkan begitu sahaja hanya sebab kawasan ini kawasan DAP? Jika begini lah erti perkongsian kuasa Pakatan Rakyat (PR), dimana kawasan Cina DAP jaga, Melayu PAS jaga dan PKR jaga kawasan campuran mungkin, habis itu bagaimana pula nasib golongan minority kawasan tersebut? Seperti yang kini berlaku di Seputeh?

Nasib baiklah di Seputeh ini gerakan UMNO bahagian sangat kuat, dimana pelbagai bantuan telah diberikan kepada peniaga – peniaga Melayu untuk mencari rezeki. Jika dilihat di Taman Desa terutamanya, bukan main besar lagi foodcourt orang Cina disebelah station SHELL, tetapi Alhamdulillah hasil usaha Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda UMNO Seputeh Saudara Razlan Rafii, sebuah bazar Ramadan berjaya dilaksanakan. Walaupun kecil tetapi peluang disediakan untuk orang – orang Melayu mencari rezeki sempena bulan yang mulia ini.

Nasihat saya terutama nya kepada YB Teresa Kok, jika YB rasa 4,500 orang pengundi Melayu Seputeh ini tidak penting itu terpulang kepada YB, tetapi janganlah sampai abaikan terus penduduk melayu di kawasan – kawasan PPR dan sebagai nya. Ini hanya mencerminkan sikap Rasis dan Hipokrit YB dan parti YB (DAP) yang menipu rakyat kata berkhidmat untuk “Malaysians” tidak kira agama atau bangsa, tetapi melakukan yang sebaliknya.

PLEASE “WALK THE TALK” AND NOT “WALK AND TALK”

Lagi artikel berkenaan @teresakok:

1. http://thekl-chronicle.blogspot.com/2012/06/teresakok-buat-hal-lagi-cc-mediaumno.html

2. http://thekl-chronicle.blogspot.com/2012/06/teresakok-bila-mau-turun-lawat-kawasan.html

3. http://thekl-chronicle.blogspot.com/2012/05/teresakok-corruption-scandal.html

4. http://thekl-chronicle.blogspot.com/2012/02/teresa-kok-no-official-complaints-no.html

5. http://thekl-chronicle.blogspot.com/2012/01/teresa-darling-where-have-you-been.html

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.