Saturday 31 March 2012

Kenapa Anwar Takut Sapina?

KALAU dihitung jumlah saman yang dikemukakan Anwar terhadap orang-orang tertentu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jumlahnya memang mampu menggegarkan jiwa. Maksud Beruang jumlah saman dan jumlah wang yang dituntut dalam saman tersebut.

Itu sahaja memberikan gambaran seolah-olah Anwar seorang yang patuh kepada undang-undang dan hanya akan merujuk kepada Mahkamah jika ada pertikaian berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh individu tertentu yang dirasakan mampu mencalarkan imejnya.

Kata kuncinya disitu ialah patuh kepada undang-undang.

Tapi dalam soal hadir ke Mahkamah sebagai saksi bagi kes saman membabitkan seorang ahli perniagaan Low Thiam Hoe dan Hong Leong Bank ini, Anwar dilihat bersungguh-sungguh sangat nak mengelak. Bernama melapurkan peguam bagi pihak plaintif D Paramalingam mengekori Anwar 2 hari di Parlimen tapi masih gagal untuk menyampaikan saman.

Hari pertama kerana tidak berjumpa, hari kedua sudah berjumpa tapi Anwar enggan menerimanya.

Sedangkan seorang lagi yang turut dinamakan dalam saman tersebut, Tan Sri Quek Leng Chan telah menerima sapina dan dilapor akan mengemukakan permohonan untuk menolak sapina tersebut. Kenapa Anwar tidak mengikut jejak langkah yang serupa, itu yang merungsingkan. Dengan sebilangan peguam handal yang ada disekelilingnya, apa susah sangat ke nak menerima sapina dan kemudian kemukakanlah permohonan untuk menolak sapina tersebut di mahkamah.

Hal ini sebenarnya mengingatkan Beruang kepada sapina yang pernah dikemukakan peguam Anwar terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dalam kes Anwar meliwat Saiful Bukhari. Perdana Menteri menerima sapina tersebut tapi kemudiaanya mengemukakan permohonan untuk menolak sapina yang jelas bermotifkan politik itu. Apa kata Anwar dan penyokongnya masa itu? Najib penakut dan sebagainya kan?

Sekarang Anwar nak terima sapina pun enggan, itu kita nak berikan nama apa yang sesuai? Pengecut, takut, ayam?

Begitu juga halnya dengan saman RM 100 juta ke atas Datuk Nallakarupan dan Utusan Malaysia, sehingga artikel ini ditulis, masih tidak ada bayang yang writ saman tersebut telah diserah kepada 2 defendan yang dinyatakan pada awalnya.

Macam mana perbicaraan nak berjalan kalau writ saman tidak diserahkan? Kenapa tidak diserahkan, takut juga ke?

Beruang rasa, semua ini membuktikan bahawa Anwar bukannya berminat nak patuh pada undang-undang. Dia hanya mahu kelihatan begitu (patuh pada undang-undang) sedangkan hakikatnya dia lebih berminat menyalahgunakan proses undang-undang bagi memberi kelebihan kepada cita-cita politiknya yang lebih besar – menjadi Perdana Menteri.

Kata lawan tetap lawan?

Isu KBBGate ini bukan kecil, ia isu besar. Dari segi jumlah wang telibat pun, ia mengatasi apa jua jumlah 'salahguna' wang yang dituduh kepada pemimpin UMNO sekarang. RM 445 juta yang dibayar bagi transaksi penjualan yang tidak berlaku itu merupakan isu yang penting untuk Anwar jawab. Apatalah lagi wang RM 445 juta itu dilupuskan dengan menggunakan wang rakyat apabila kerajaan membeli hutang-hutang lapuk dari bank sebagai sebahagian usaha pemulihan ekonomi sepanjang krisis ekonomi dari 1998 hingga 2000.

Atau sistem kewangan negara akan runtuh kerana bank-bank tidak mempunyai pusingan modal untuk memberi pinjaman seterus menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Dari segi nilai pun berbeza, RM 445 juta dahulu (1998) dan sekarang. Jadi penting untuk Anwar menjawab dan penting juga UMNO untuk mengkaji hal ini dengan serius kerana Beruang yakin, dengan sindrom UMNO fobia yang dialami Anwar sekarang, tidak mustahil dia akan menuduh UMNO ada terlibat dimana-mana.

Lebih-lebih lagi bila dia adalah Timbalan Presiden UMNO pada waktu itu.


Sent from my Samsung Galaxy Tab 

Tuesday 27 March 2012

@teresakok Boleh Keluar Dari Seputeh

Masyarakat Seputeh sudah muak dengan gelagat MP Teresa Kok yang sering kali hilang dan tidak pernah turun kawasan. Beliau sering tidak turun kawasan dengan alasan sibuk di Selangor, tetapi di Selangor pula tidak juga nampak batang hidun beliau dalam membantu masyarakat Selangor.


"Teresa Kok bukan seorang yang pandai, saya tengok Puan Nicole senang-senang boleh kalahkan Teresak, saya kenal Teresakok semasa saya jadi MP dahulu" - Dato Alwi

Teresa Kok sememangnya tidak pernah mahu membalas budi orang-orang Cina yang sudah memberi Undi kepada beliau saban tahun, semenja beliau menjadi MP Seputeh beliau mengamalkan cara "Official Complaint" sahaja akan di layan oleh pejabat MP. Ini lah standard Masyarakat Cina bagi pandangan Teresa Kok.


Semalam di Taman Salak Jaya, Seputeh. Ceramah BONGKAR julung-julung kali telah diadakan. Kali ini, Seputeh dikunjungi oleh YB Dato Alwi Che Mat, ADUN Kok Lanas merangkap Ketua DUN Pembangkang BN Kelantan.



Baca lagi sini.

Thursday 22 March 2012

DAP Dalang Isu #Lynas & @Fuziah99 Diperalatkan

Nadir bumi atau rare earth adalah logam yang diklasifikasikan sebagai strategik.

China kini hampir mencapai monopoli penuh terhadap nadir bumi di peringkat global.

Ironis nadir bumi, walaupun cuba dikaitkan dengan kesan radiasi, ia banyak digunakan dalam pembangunan teknologi hijau (untuk menjaga alam sekitar).

Nadir bumi adalah komponen terpenting dalam pembuatan telefon pintar dan kereta elektrik (yang dijangka akan menjadi kenderaan utama pada masa hadapan).

Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi Kilang Lynas di Kuantan adalah salah satu daripada dua kilang yang dibangunkan untuk memastikan China tidak memiliki monopoli penuh terhadap nadir bumi.

Sebuah lagi kilang yang sama dibangunkan di gurun California berhampiran Death Valley.

Faedah terbesar China selain mengeksport bahan berkenaan, ialah membawa masuk syarikat-syarikat besar dunia untuk melabur berhampiran dengan lombong bahan berkenaan di negara itu.

Seperti baris ayat dalam akhbar New York Times keluaran 13 Mac lalu:

Even if the West and Japan overcome the stiff challenges of winning their case at the World Trade Organization, it could still take several years before Beijing changes its policies — by which time companies in the West and Japan could have moved even more of their factories that use rare earth metals to China.

Secara tidak langsung, monopoli China ke atas nadir bumi membolehkan ia menikmati pelaburan asing yang tinggi daripada pelbagai syarikat berdaya maju dunia.

Malaysia juga sepatutnya akan mendapat faedah yang sama dengan pembinaan kilang Lynas. Di kala banyak syarikat gergasi beralih ke China, kilang Lynas akan membuka ruang untuk Malaysia pula meraih faedah pelaburan langsung asing yang tinggi.

Kegagalan kilang Lynas di Malaysia akan merugikan negara ini dan keuntungan yang sangat banyak kepada China.

Kilang di Gebeng adalah yang terbesar di dunia dan akan membantu menghasilkan satu perlima nadir bumi global. Bayangkan keuntungan dan jumlah syarikat besar dunia terutama dari Jepun yang akan melabur di Malaysia?

Tindakan China mengenakan sekatan penjualan nadir bumi ke atas Jepun akibat pertikaian wilayah pada 2010 menjadi petanda jelas negara matahari terbit itu akan membawa masuk pelaburan yang tinggi ke negara ini dan tidak lagi bergantung kepada China.

Sektor pembuatan dan perkilangan Jepun dan Barat berada dalam kedudukan paling tidak selesa dengan monopoli nadir bumi oleh China.

Kajian IAEA atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa dan Ahli Parlimen PAS yang juga seorang ahli sains nuklear menolak kilang Lynas merbahaya. IAEA bagaimanapun ada memberikan kenyataan agar Lynas dan kerajaan berkomunikasi dengan lebih kerap dengan anggota masyarakat dan pelan pembuangan jangka panjang bahan tapisan nadir bumi diperkenalkan.

DAP didakwa banyak pihak terutama para bloggers sebagai dalang yang membantu China memastikan Malaysia tidak memiliki kilang nadir bumi. - mynewshub.my

Wednesday 21 March 2012

Lynas : Fuziah Hanya Diperalatkan Demi Kepentingan DAP

PENULIS sedikit hairan kenapa DAP bersungguh-sungguh menentang penubuhan jawatankuasa bagi menilai penubuhan kilang Lynas Advance Material Plant (LAMP) di Balok, Pahang. Parlimen ialah tempat wakil-wakil rakyat bersidang, dimana lagi tempat yang sesuai untuk menggambarkan sama ada rakyat menyokong atau tidak penubuhan kilang tersebut kalau bukan di Parlimen?

Ini kumpul orang ramai-ramai, angkut naik bas ke Kuantan dan kemudian gebang besar kata rakyat membantah penubuhan Lynas. Walhal berapa ramai orang disitu dibanding dengan rakyat Malaysia sehingga nak diiktiraf perhimpunan itu mewakili suara rakyat? Lainlah kalau di Parlimen, itu baru betul mewakili suara rakyat.




Penulis jadi tak hairan kalau DAP takut kebenaran mengenai Lynas ini terdedah kepada umum. Maklumlah, sudah banyak pembohongan yang dilemparkan DAP lanjutan dari penubuhan kilang Lyans ini, sudah tentu mereka tidak mahu dimalukan dengan perbahasan mengenai kebenarannya di Parlimen pula.

Sudah sampai masanya rakyat disedarkan bahawa mereka sebenarnya ditipu hidup-hidup oleh DAP dalam soal penubuhan kilang Lyans ini. Sudah sampai masanya tembelang DAP ini dipecahkan, dan sudah sampai masanya juga dalang dibelakang bantahan DAP ini didedahkan kepada umum.

Secara ringkasnya beginilah. Bantahan DAP adalah mewakili gabungan pengeluar nadir bumi di negara asal nenek moyang mereka yang berasa terancam dengan kehadiran Lynas. Kelompok inilah yang selama ini mengawal pasaran, bakal terjejas dengan teruk dengan kehadiran Lynas dan DAP menjadi ejen mereka di Malaysia untuk membantah penubuhan Lynas.

Jangan salah faham, ini bukan tentang persaingan harga. Produk nadir bumi yang bakal dikeluarkan Lynas adalah jauh lebih mahal daripada harga yang dikeluarkan negara pengeluar yang memonopoli pengeluaranya sekarang. Tapi ini tentang kualiti dan kesannya kepada alam sekitar yang lebih memihak kepada produk keluaran Lynas serta memudahkannya menembusi pasaran Eropah.

Yang kita didendangkan kononnya bantahan ini ada kaitan dengan alam sekitar dan sebagainya tu hanyalah cubaan untuk mengalihkan perhatian dari motif sebenar.

Kalau nak kira radiokatif, radiasi dan nuklear, lebih baik Fuziah Salleh yang diperalatkan DAP itu mengadakan bantahan di loji nuklear milik Nuklear Malaysia di Bangi. Kebetulan Bangi juga adalah Fuziah Salleh bermaustatin, bukan di Pahang. Itu baru betul isu nuklear, yang di Lynas ini bukan kilang nuklear pun hanya kilang kimia biasa.

Kenapa Fuziah tidak mengadakan demonstrasi disitu atau Himpunan Hijau yang digebang hebat sangat tu?

Sebab Fuziah bukan tahu apa benda, dia hanya diperalatkan parti cauvanis cina DAP, atau nampak sangatlah isu ini bukan berkenaan alam sekitar tapi mengelakkan periuk nasik nenek moyang pemimpin DAP di Tanah Besar sana terjejas olehnya. Iu belum lagi kita bercakap tentang sokongan ahli Parlimen PAS dari Hulu Langat, YB Dr. Che Rosli yang juga seorang pakar nuklear ke atas pembinaan Lynas di Malaysia.




Ini bukan ahli Parlimen BN pun tapi PAS dan beliau turut sama membantah penipuan dan pembohongan yang dilemparkan partinya sendiri serta rakan gabungan dalam Pakatan Harami, DAP mengenai Lynas ini dengan ilmu, bukan retorik.

Tuan tuan, ini belum lagi DAP jadi kerajaan atau sebahagian dari kerajaan Malaysia, DAP sudah sanggup menjadi alat negara luar untuk mensabotaj ekonomi negara kita. Bayangkanlah kalau mereka sudah jadi sebahagian dari kerajaan besok. Isu ini sebenarnya lebih besar dan bersifat perkauman dengan DAP menjuarainya. Yang bodoh-bodoh macam Fuziah Salleh dan Khalid Samad ini hanya nampak duit dan kuasa sehingga sanggup diperalatkan DAP.

Sebab itu penulis dimaklumkan semalam, yang hebat membantah di Parlimen adalah ahli Parlimen DAP. Kenapa mengapa? Rujuklah fakta di atas. 

Gambar Sekitar Pelancaran Jentera UMNO Wilayah Persekutuan




Berita lagi di sinisinisini, sini, sini, sini, sini.

Pakatan Rakyat Haprak Berkokok, Punggung Penuh Najis



Parti cauvinis Cina, DAP menyeru agar semua ahli parti dan juga dari Pakatan Rakyat bersiap sedia berdepan dengan apa yang didakwanya sebagai pilihan raya umum paling kotor.

Semboyan yang sama didengar apabila DAP, PAS dan PKR bersama-sama dalam Barisan Alternatif pada PRU ke 12 pada 2008 dan sebelum itu pada 2004, 1999 dan lain-lain PRU sebelum ini.

Bagi DAP dan parti pembangkang lain, setiap pilihan raya umum adalah yang paling kotor bagi mereka.

Malah melihat kepada semua dakwaan kosong mereka itu, tidak diketahui mana satu PRU yang paling kotor seperti yang didakwa dakwi selama ini.

Hakikatnya negara bakal menghadapi pilihan raya umumnya yang ke-13 sejak merdeka hampir 55 tahun lalu.



Bermula dari kemenangan besar Parti Perikatan yang mengikat kerjasama tiga parti mewakili tiga kaum terbesar di negara ini iaitu Umno, MCA dan MIC, kerjasama yang sama menjelma dalam bentuk Barisan Nasional pada pilihan raya umum 1974, setelah lebih empat tahun negera di bawah pentabdiran Mageran.

BN terus mengungguli kemenangan demi kemenangan sehingga ke hari ini.

Kemenangan yang dicapai pula jauh daripada apa yang didakwa pembangkang sebagai 'kotor', 'dimanipulasi', 'berat sebelah' dan sebagainya.
Untuk Cerita selanjutnya sila baca di PUTERI BAHAGIAN SEGAMBUT

Tuesday 20 March 2012

Lembah Pantai : Pekerja PKR Ngaku Penjawat Awam

Tengahari tadi di PPR Kg Limau, Lembah Pantai.


Dua orang anak muda didapati menyamar sebagai pekerjaSuruhanjaya Pilihanraya (SPR). Setelah ditanya penduduk setempat mereka mengaku yang sebenarnya disuruh berbuat demikian oleh wakil rakyat Lembah Pantai, Nurul Izzah.


Jeng.. Jeng.. Jeng...

'Petugas' SPR memakai vest hitam

Selepas ditahan oleh penduduk, Polis dipanggil dan kemudiannya datang menahan mereka. Kedua² mereka dibawa ke Balai Polis Pantai untuk siasatan lanjut berhubung hal tersebut.

Si Setiausaha Politik Nurul Izzah, 
Fahmi Fadzil menerusi akaun twitter nya mengamuk bagaikan babi kematian anak apabila mendakwa pemuda² ditahan tanpa sebab munasabah. Dan mendakwa barang² mereka telah dirampas penduduk yakni UMNO lah.


Padahal yang rampas tu Polis bukannya UMNO seperti yang di dakwa.


Lihat skrin capture di bawah



PKR menggalakkan anak² muda berbuat jenayah. Menyamar sebagai penjawat awam merupakan satu kesalahan jenayah yang serius. Inilah kerja PKR yang ternyata salah tetapi menyalahkan UMNO sesuka hati mak bapak dorang. 




Rujuk lagi sini.

Godfather DAP vs P. Ramasamy - Siapa lebih hebat?


Karpal Singh betul-betul menyinga kali ini apabila Jawantankuasa Disiplin DAP mengambil keputusan membebaskan P. Ramasamy daripada tuduhan melanggar disiplin parti.

Pelik bin ajaib betul sikap Godfather DAP seorang ni, Disember tahun lepas, dia juga yang beria-ia mahu pertelingkahannya dengan Ramasamy diserahkan jawatankuasa tatatertib parti untuk diselesaikan.

Selepas berperang mulut dengan timbalan setiausaha agung DAP, P Ramasamy, pengerusi kebangsaannya, Karpal Singh berkata, beliau lebih suka krisis tersebut diselesaikan melalui saluran dalaman parti.
- Malaysiakini, 29 Disember 2011 -

Namun, bila keputusan tidak mengikut kehendak nafsunya sebaliknya memihak kepada Ramasamy, dia pula yang meloncat tak puas hati.

Sudah tabie agaknya, keadilan hanya di akui oleh Karpal hanya bila ianya memenuhi seleranya saja. Jika sebaliknya, selagi itulah dia akan melompat sambil mendabik dada dialah godfather dan dialah pembawa panji keadilan di seantero dunia.



Perang terbuka antara Karpal dengan Ramasamy sebenarnya hanyalah lanjutan daripada protes kecil kaum India terhadap Karpal SIngh & DAP yang sekian lama dilihat hanya mempergunakan sokongan masyarakat India untuk kepentingan politik saja.

Apabila kuasa sudah berada dalam tangan, pengorbanan kaum India di perkecilkan, tidak ubah umpama habis madu sepah dibuang.

Malah sejak wujudnya pertelingkahan terbuka antaranya dengan Ramasamy, telah ramai pemimpin & ahli DAP keturunan India yang dipecat atau digugurkan jawatan mereka hasil campurtangan Karpal Singh.
Termasuklah kes terbaru pengguguran empat orang ahli DAP yang menganggotai Lembaga Pembiayaan Hindu & Lembaga Rayuan Negeri.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan Karpal Singh juga mengesahkan pemimpin tertinggi DAP mengambil keputusan untuk menggugurkan empat anggota parti, yang dilantik oleh Ramasamy yang juga adalah timbalan ketua menteri Pulau Pinang II, daripada Lembaga Pembiayaan Hindu dan Lembaga Rayuan Negeri dalam masa terdekat.

- Malaysiakini, 18 Mac 2012 -


Cerita selanjutnya di PUTERI BAHAGIAN SEGAMBUT

Lynas : Jawatankuasa Pembangkang Buat Hal

Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh setelah berlangsungnya usul berkenaan Penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) berkenaan isu Kilang Pemprosesan Nadir Bumi Lynas.
Suasana gamat seketika setelah beberapa Ahli Parlimen Pembangkang tampil mempersoalkan Usul meluluskan PSC tersebut.

"Kami harap dapat ambil bahagian (dalam PSC), tetapi tiada makna... Kalaupun PSC isytihar ia berbahaya, pentadbiran BN akan memanipulasi situasi itu," kata Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) kepada pemberita di lobi Parlimen.

Sementara itu Ahli Parlimen PAS Kuala Krai Dr. Hatta Ramli telah mencelah perbahasan Ahli Parlimen BN Rembau Khairy Jamaluddin dengan mempersoalkan keperluan  penubuhan PSC  memandangkan terdapat kenyataan daripada bakal pengerusi PSC, Datuk Seri Khalid Nordin berkenaan projek itu.

"Hari ini kita berbincang tentang keperluan projek Lynas, tapi sudah ada kenyataan daripada menteri bahawa penubuhan PSC adalah untuk mengubah tanggapan negatif rakyat terhadap projek tersebut. Belum apa-apa lagi, sudah ada kenyataan. Jadi, untuk apa PSC ditubuhkan kalau memang kerajaan hendak teruskan juga projek ini?" soal beliau.

Perbahasan kian tegang setelah beberapa Ahli Parlimen BN mempersoal ketiadaan Pakar nuklear daripada PAS, iaitu Dr Che' Rosli Che' Mat (PAS-Hulu Langat) di dewan hingga menimbulkan kekecohan.

"Jika benar PAS ikhlas, saya cabar PAS mencalonkan Ahli Parlimen Hulu Langat untuk disenaraikan sebagai ahli jawatankuasa yang akan ditubuhkan. Jika tidak disenaraikan, ianya dianggap sandiwara semata-mata," kata Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) ketika berbahas.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor), ketika berbahas melahirkan kekecewaan apabila rakyat Malaysia hanya tahu mengenai projek itu setelah hampir 95 peratus projek berkenaan selesai.

"Inilah kerajaan yang mengutamakan rakyat apabila projek sudah 95 peratus siap, baru rakyat tahu mengenainya. Itupun melalui laporan New York Times," kata beliau.

Perjuangan UMNO Hanya Untuk Duit Kadiaq Ka?


'Menteri Riben' - Itulah gelaran yang diberikan kepada Tan Sri Sheikh Fadzir ketika beliau menjawat jawatan dalam kerajaan dahulu. Semalam veteran UMNO ini bertindak keluar UMNO yang mana ianya menjadi topik bagi sesetengah blog pembangkang.

Sebelum ini Sheikh Fadzir Musibat lantang menuduh UMNO mengamalkan korupsi, nepotisme, kronisme dan salah guna kuasa sepanjang memerintah negara. Bila diteliti alasan yang dinyatakan ini bagi saya sungguh lucu kerana banyak pihak tahu bagaimana sikap Sheikh Fadzir 'Musibat' sepanjang beliau mempunyai jawatan dalam kerajaan serta di peringat Bahagian UMNO.

Malah ketika beliau menjawat jawatan dalam UMNO beliau salah seorang pemimpin yang tidak memberi ruang kepada orang muda yang berkelayakan untuk menonjol di peringkat Bahagian, sebaliknya jawatan penting semuanya diserahkan kepada adik-beradiknya.

Jawatan terakhir 'musibat' yang tak sedar diri ini adalah Menteri Penerangan dalam kabinet Pak Lah sebelum beliau melepaskan kerusi tersebut untuk adiknya iaitu  Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir tetapi kalah ditangan Zulkifkli Nordin dari PKR (kini bebas).

Satu sikap kronisme yang diamalkan Kadir Sheikh Fadzir ketika dalam UMNO, UMNO Bahagian seolah-olah milik beliau dan anak-beranak...

Hentam UMNO Sebab Tanah?


Sebelum lantang kritik dan menyerang UMNO difahamkan Sheikh Fadzir Musibat kecewa selepas PM tidak memenuhi permintaan beliau berhubung sebidang tanah yang terletak di Shah Alam.

Difahamkan wang belasan juta ringgit diperlukan beliau untuk menyelesaikan urusan tanah tersebut yang mana jika tanah tersebut tidak terjual difahamkan ianya akan dirampas.

Ekoran kecewa PM tidak melayan, beliau mula menyerang PM DS Najib Tun Razak serta mengheret nama UMNO. Harapan beliau PM ataupun wakil memanggilnya untuk mengadakan satu perbincangan, tetapi sehingga kini permintaan tersebut tidak pernah dilayan oleh PM.

Kini beliau keluar UMNO dengan harapan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim (PKR) memberikan 'insuran' khas kepada tanah miliknya agar ianya tidak dirampas oleh kerajaan negeri.

Jika benarlah dakwaan ini, bagi saya Kadir Sheikh Fadzir memang patut keluar dari UMNO malah jika beliau tidak keluar individu rakus dan tamak ini wajar dipecat saja dalam UMNO demi menjayakan agenda tranformasi yang dibawa oleh PM.

Mahu Jadikan AMANAH Parti Politik?

Dalam satu pertemuan yang diadakan oleh Sheikh Fadzir sebelum ini beliau mendakwa sudah ramai yang menyokong AMANAH dan dalam usaha mewujudkan sayap Wanita untuk NGO tersebut, malah turut berharap selepas sahaja PRU jumlah keahlian AMANAH berjumlah 1 juta orang.

Ada juga pihak yang mendakwa beliau dan Tengku Razaleigh Hamzah mahu menjatuhkan BN dan bertanding  dalam pilihanraya jika ahli AMANAH mencukupi, jika benar dakwaan yang timbul ini jelas menunjukkan bahawa Sheikh Fadzir bertindak menyerang UMNO dan DS Najib Tun Razak hanya kerana 'frust' permintaannya untuk mengumpul kekayaan tidak dilayan oleh PM.

Ada juga yang mendakwa Sheikh Fadzir dijanjikan kerusi YB Zulkifli Nordin dan jawatan tertentu dalam kabinet Anwar Ibrahim jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU yang akan datang.

Nampaknya Kadir Sheikh Fadzir patut cermin muka beliau terlebih dahulu sebelum bertindak menuduh UMNO. Jika rumah besarnya tiada cermin sekali pun,beliau sepatutnya kencing sajalah dalam tempurung atau gunalah cermin bot-bot mewah yang beliau miliki untuk melihat wajahnya sendiri sebelum menuduh UMNO dengan pelbagai tuduhan.


Patutlah seorang penganalisis politik yang ditemui oleh Sheikh Fadzir Musibat menolak pelawaan beliau untuk memegang jawatan dalam AMANAH kerana beliau percaya pertubuhan tersebut membawa agenda peribadi seseorang :


Silap haribulan apa yang dia fitnah mengenai 'beli undi' atau rasuah dalam UMNO adalah sikap yang beliau amalkan sepanjang beliau bertanding sebagai ahli parlimen. Maklumlah tak jaga kawasan pun beliau mampu menang majoriti besar. Tetapi selepas beliau tidak bertanding lihatlah bagaimana adiknya kalah di kerusi tersebut kepada PKR.

Lagipun keluarnya Sheikh Fadzir dari UMNO bukan sebab UMNO itu hilang matlamat pertahankan agama,bangsa dan negara sebagaimana dialami oleh Pakatan Rakyat yang hilang matlamat mempertahankan agama sehingga Hasan Ali (PAS) dan Zulkifli Nordin (PKR) bertindak keluar parti. 

Jadi usah kita hairan sangat dengan tindakan manusia gila kuasa seperti Sheikh Fadzir ini, kerana manusia seperti ini ADA TIDAK MENAMBAH, TIADA TIDAK BERKURANG.  Malah ketiadaaanya dilihat lebih baik bagi UMNO dalam menjayakan agenda tranformasi sebagaimana PM mahukan.


Sumber : Double Y

Kadiaq bukanlah ancaman besar kepada UMNO tetapi ancaman besar dalam UMNO adalah parasit yang masih menyembunyikan diri di belakang pemimpin besar UMNO.

Saturday 17 March 2012

Tanya Rafizi, Dia Ada Jawapan Lah !

Dakwaan mengenai dana asing dan PKR sudah sinonim dalam politik Malaysia.Ia bukan cerita baru, tapi sebelum ini cerita tersebut hanya tersebar dari blog ke blog atau mulut ke mulut.
Namum Selasa, Penyelaras BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendedahkan buat kali pertama secara terbuka sesuatu yang agak mengemparkan berdasarkan sumber dalaman PKR sendiri.
Katanya pendedahan ini 'sukar dinafikan' PKR.
Pendedahan yang disokong berbagai dokumen itu antara lain mendakwa Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan khidmat agensi Yahudi menggerakkan PKR merancang kempen dan jentera Pilihan Raya Umum lalu (PRU12).
Menurut Mohd Zin, agensi yang dimaksudkan adalah Yayasan Konrad Adeneur (KAF) yang berperanan membantu Anwar dari segi dana dan latihan modal insan, selain menyerap masuk badan pemikir (think tank) melalui Institut Kajian Dasar (IKD).
KAF pada tahun 1950-an pernah membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committe (AJC) apabila Canselor Jerman Konrad Adenauer, Perdana Menteri Israel David Ben Gurion dan Pengerusi Jewish Claims Conference berpakat menghasilkan 'Perjanjian Luxemborg'.
Baca lagi sini.

Friday 16 March 2012

Pelancaran Jentera UMNO Wilayah Persekutuan


JOM DATANG RAMAI-RAMAI

Nadir Bumi Lynas

Jangan fikir kilang Nadir Bumi, Lynas sahaja mempunyai 'risiko' radioaktif. Tetapi lihatlah sekeliling kita, barangan mana yg tak mempunyai risiko radioaktif.


Medium yg anda gunakan sekarang ni utk membaca artikel seperti mengenai Lynas juga berkemungkinan mempunyai risiko radioaktif. Cuma kadarnya tidak begitu tinggi sama seperti kilang Lynas.

Hentikan persepsi dan andaian sendiri. Dapatkan keterangan pakar dan cari maklumat dari pelbagai sumber laman web.