Tuesday 20 March 2012

Perjuangan UMNO Hanya Untuk Duit Kadiaq Ka?


'Menteri Riben' - Itulah gelaran yang diberikan kepada Tan Sri Sheikh Fadzir ketika beliau menjawat jawatan dalam kerajaan dahulu. Semalam veteran UMNO ini bertindak keluar UMNO yang mana ianya menjadi topik bagi sesetengah blog pembangkang.

Sebelum ini Sheikh Fadzir Musibat lantang menuduh UMNO mengamalkan korupsi, nepotisme, kronisme dan salah guna kuasa sepanjang memerintah negara. Bila diteliti alasan yang dinyatakan ini bagi saya sungguh lucu kerana banyak pihak tahu bagaimana sikap Sheikh Fadzir 'Musibat' sepanjang beliau mempunyai jawatan dalam kerajaan serta di peringat Bahagian UMNO.

Malah ketika beliau menjawat jawatan dalam UMNO beliau salah seorang pemimpin yang tidak memberi ruang kepada orang muda yang berkelayakan untuk menonjol di peringkat Bahagian, sebaliknya jawatan penting semuanya diserahkan kepada adik-beradiknya.

Jawatan terakhir 'musibat' yang tak sedar diri ini adalah Menteri Penerangan dalam kabinet Pak Lah sebelum beliau melepaskan kerusi tersebut untuk adiknya iaitu  Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir tetapi kalah ditangan Zulkifkli Nordin dari PKR (kini bebas).

Satu sikap kronisme yang diamalkan Kadir Sheikh Fadzir ketika dalam UMNO, UMNO Bahagian seolah-olah milik beliau dan anak-beranak...

Hentam UMNO Sebab Tanah?


Sebelum lantang kritik dan menyerang UMNO difahamkan Sheikh Fadzir Musibat kecewa selepas PM tidak memenuhi permintaan beliau berhubung sebidang tanah yang terletak di Shah Alam.

Difahamkan wang belasan juta ringgit diperlukan beliau untuk menyelesaikan urusan tanah tersebut yang mana jika tanah tersebut tidak terjual difahamkan ianya akan dirampas.

Ekoran kecewa PM tidak melayan, beliau mula menyerang PM DS Najib Tun Razak serta mengheret nama UMNO. Harapan beliau PM ataupun wakil memanggilnya untuk mengadakan satu perbincangan, tetapi sehingga kini permintaan tersebut tidak pernah dilayan oleh PM.

Kini beliau keluar UMNO dengan harapan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim (PKR) memberikan 'insuran' khas kepada tanah miliknya agar ianya tidak dirampas oleh kerajaan negeri.

Jika benarlah dakwaan ini, bagi saya Kadir Sheikh Fadzir memang patut keluar dari UMNO malah jika beliau tidak keluar individu rakus dan tamak ini wajar dipecat saja dalam UMNO demi menjayakan agenda tranformasi yang dibawa oleh PM.

Mahu Jadikan AMANAH Parti Politik?

Dalam satu pertemuan yang diadakan oleh Sheikh Fadzir sebelum ini beliau mendakwa sudah ramai yang menyokong AMANAH dan dalam usaha mewujudkan sayap Wanita untuk NGO tersebut, malah turut berharap selepas sahaja PRU jumlah keahlian AMANAH berjumlah 1 juta orang.

Ada juga pihak yang mendakwa beliau dan Tengku Razaleigh Hamzah mahu menjatuhkan BN dan bertanding  dalam pilihanraya jika ahli AMANAH mencukupi, jika benar dakwaan yang timbul ini jelas menunjukkan bahawa Sheikh Fadzir bertindak menyerang UMNO dan DS Najib Tun Razak hanya kerana 'frust' permintaannya untuk mengumpul kekayaan tidak dilayan oleh PM.

Ada juga yang mendakwa Sheikh Fadzir dijanjikan kerusi YB Zulkifli Nordin dan jawatan tertentu dalam kabinet Anwar Ibrahim jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU yang akan datang.

Nampaknya Kadir Sheikh Fadzir patut cermin muka beliau terlebih dahulu sebelum bertindak menuduh UMNO. Jika rumah besarnya tiada cermin sekali pun,beliau sepatutnya kencing sajalah dalam tempurung atau gunalah cermin bot-bot mewah yang beliau miliki untuk melihat wajahnya sendiri sebelum menuduh UMNO dengan pelbagai tuduhan.


Patutlah seorang penganalisis politik yang ditemui oleh Sheikh Fadzir Musibat menolak pelawaan beliau untuk memegang jawatan dalam AMANAH kerana beliau percaya pertubuhan tersebut membawa agenda peribadi seseorang :


Silap haribulan apa yang dia fitnah mengenai 'beli undi' atau rasuah dalam UMNO adalah sikap yang beliau amalkan sepanjang beliau bertanding sebagai ahli parlimen. Maklumlah tak jaga kawasan pun beliau mampu menang majoriti besar. Tetapi selepas beliau tidak bertanding lihatlah bagaimana adiknya kalah di kerusi tersebut kepada PKR.

Lagipun keluarnya Sheikh Fadzir dari UMNO bukan sebab UMNO itu hilang matlamat pertahankan agama,bangsa dan negara sebagaimana dialami oleh Pakatan Rakyat yang hilang matlamat mempertahankan agama sehingga Hasan Ali (PAS) dan Zulkifli Nordin (PKR) bertindak keluar parti. 

Jadi usah kita hairan sangat dengan tindakan manusia gila kuasa seperti Sheikh Fadzir ini, kerana manusia seperti ini ADA TIDAK MENAMBAH, TIADA TIDAK BERKURANG.  Malah ketiadaaanya dilihat lebih baik bagi UMNO dalam menjayakan agenda tranformasi sebagaimana PM mahukan.


Sumber : Double Y

Kadiaq bukanlah ancaman besar kepada UMNO tetapi ancaman besar dalam UMNO adalah parasit yang masih menyembunyikan diri di belakang pemimpin besar UMNO.

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.