Tuesday 11 December 2012

Bantuan Perubatan Masih Diperlukan Di Gaza #SaveGaza #PrayForGaza

Gaza is still in need of medicine and surgical items, which is running short.

Perdana Global Peace Foundation (PGPF) advisor Datuk Mukhriz Mahathir said the shortage is due to the increasing number of patients in need of surgery following the Israel army's attack early last month.

"The number of doctors in Gaza are sufficient, but there are additional need for surgeons.

"We met the Palestinian Health Minister yesterday and spoke about their need of medical help. PGPF and Malaysian volunteers will try our level best to extend any form of possible assistance," he said when contacted yesterday.

Mukhriz, who is leading a team of seven volunteers from PGPF to Gaza, also met with Palestinian  Deputy Foreign Minister, Ghazi Hamad.

Among the other volunteers who are in Gaza with Mukhriz are PGPF chairman Tan Sri Norian Mai, PGPF board trustee Tan Sri Samsudin Hitam as well as chief executive officer of Pertubuhan Ilmuan Malaysia (ILMU), Fathul Bari Mat Jahaya.

Mukhriz said Ghazi had during their meeting, praised Malaysia for their assistance to Gaza and for being among countries which sent the most number of volunteers there.

Mukhriz said Gaza is still wary despite a truce on Nov 22, as Israel cannot be trusted and reneges.

Monday 10 December 2012

Tahniah PAS Berjaya Hantar Bendera Ke Palestin #TolakPR

Ingat orang Palestin boleh jadi kuat ke dengan menghantar bendera PAS aje? UMNO hantar barang makanan, barang perubatan, kewangan dan tenaga mahir untuk bantu Palestin, tapi tak ada le tak tumpang tui atau nak tumpang iklan semasa sambutan Ulangtahun ke 25 Hamas.



Kesiannya, PAS sanggup berhabis semata-mata nak hantar wakil untuk kibarkan bendera PAS sewaktu sambutan tersebut. Kemudian dengan bangganya share video (SINI) untuk menunjukkan kononnya merekalah yang paling bersimpati dengan Palestin.

Namun begitu, bab bendera PAS ni, aku memang tak begitu pelik sangat, sebab kat tempat aku, ahli PAS boleh bilang dengan jari, tapi benderanya dah macam kelkatu. PAS sanggup berhabis hanya untuk menaikkan benderanya. Itu sebabnya Kelantan jauh ketinggalan, sebab belanjawan untuk bendera lebih besar dari lain-lain belanjawan....agaknya!

Apa nak dibanggakan sangatlah dengan hanya menghantar bendera tu, silap-silap orang Palestin tak kenalpun bendera tu. Alangkah baiknya kalau modal nak hantar jurukamera, pemegang bendera dan bendera itu dimasukkan ke dalam tabung Gaza.

Zahrain Bayan Lepas Trojan Horse BN Penang? @NajibRazak @barisanasional

Admin terperanjat semalam bila terdengar dan tertonton berita di kaca televisyen mengenai permohonan dan penyerahan borang oleh YB Bayan Lepas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim bersama 347 bekas ahli PKR ke dalammenyertai UMNO.


Admin gembira dengan berita ahli-ahli PR yang sedar akan perjuangan bangsat yang diterajui oleh Anwar Ibrahim, dinahkoda oleh Lim Kit Siang DAP dan didayung oleh Hadi Awang PAS. Tapi Admin kurang gembira sikit bila pemimpin masuk semula UMNO selepas kecewa dengan janji-janji PR sebelum ini.

Tiada niat Admin mempertikaikan niat murni YB Zahrain tetapi Admin melihat kemasukan beliau ke dalam parti keramat yang banyak melahirkan pemimpin-pemimpin rakyat seperti YB Bayan Lepas. Beliau merupakan bekas ahli UMNO, tetapi dek kerana mengikutkan nafsu gila kuasa maka Zahrain melompat keluar dari UMNO.

Selepas beberapa tempoh Zahrain tersedar dari lamunan mimpi-mimpi indah yang diwar-warkan Anwar Ibrahim sebelum ini dan beliau terus menarik brek tangan daripada bersubahat dengan Pakatan haram jadah.

Di saat seluruh rakyat Malaysia menunggu akan tibanya tarikh pengundian, beliau secara tiba-tiba menyuarakan hasrat untuk memasuki UMNO semula. Teruskan membaca di bawah ini....

Pertama, Admin masih lagi mempunyai tanggapan tidak baik terhadap beliau kerana berkemungkinan beliau sebenarnya trojan horse PR yang dilepaskan ke dalam kepimpinan BARISAN NASIONAL (BN) PULAU PINANG.

Admin tidak meminta para pembaca mempercayai apa yang dinukilkan ini tetapi admin berharap agar mereka yang terlibat dalam gerak kerja BN untuk PRU di Pulau Pinang sentiasa berhati-hati dengan ahli-ahli baru UMNO ni.

Andaian Admin mendapati berkemungkinan besar Zahrain bakal merobek keseluruhan pasukan BN Pulau Pinang. Pemahaman 'merobek' tu merangkumi tindakan beliau menjadi talam dua muka, mencuri maklumat ataupun merosakkan hubungan sesama jentera BN Pulau Pinang.

Keduanya, Admin kesal sekiranya ada pihak-pihak tertentu yang membawa masuk Zahrain bersama ke dalam pasukan dan kepimpinan BN Pulau Pinang. Ini kerana, Admin sebagai anak Penang akan merasa teraniaya jika Zahrain terus mendapat tempat sebagai pemimpin UMNO di negeri ini.

Admin berikan ayat yang sangat mudah untuk para pembaca fikirkan.

Admin dan ribuan ahli UMNO di sini telah lama bersama-sama dengan UMNO dan kami telah bergodok gadai demi parti keramat ini. Kami rela jika tidak ditawarkan jawatan dalam kepimpinan UMNO & BN negeri kerana hasrat utama kami adalah Agama, Bangsa & Negara.

Tetapi andai kata Zahrain terus diangkat sebagai orang penting dalam BN negeri, ia telah meleburkan dan membuatkan hati kami sedih dan berderai. Seakan-akan kami tidak dihargai langsung. Ini perkara serius yang perlu diambil tahu oleh kepimpinan negeri dan pusat terutamanya.

Seharusnya Zahrain bermula daripada bawah sekiranya benar-benar ikhlas berjuang dalam UMNO demi Agama, Bangsa dan Negara. Mulakan seperti ahli-ahli UMNO yang lain dan terpaksa mendaki ke atas untuk mencapai tahap sekarang.

UMNO sepatutnya tidak boleh membenarkan mereka yang telah melompat keluar daripada UMNO kemudian kembali semula dan diberikan kedudukan utama dalam parti. 4 juta orang ahli yang lain nak letak ke mana ya?

Ketiga, hal sebegini perlu dititikberatkan oleh Lembaga Disiplin UMNO untuk meneliti pergerakan keluar masuk ahli-ahli UMNO yang kelihatan seakan-akan mencipta nama di luar kemudian menjadi popular di dalam UMNO.

Kita bimbang akan gejala sabotaj parti dengan cara begini akan terjadi berulang-ulang kali.

Keempat, ini yang barangkali difikirkan oleh sekalian rakyat Malaysia apabila Zahrain menyerahkan borang keahlian UMNO. Beliau perlukan kerusi Bayan Lepas untuk tempoh akan datang. Bukankah itu kelihatan sedikit gila kuasa seperti yang beliau lakukan sebelum PRU 2008.

Apabila kedudukan beliau semakin rapuh di sana, langkah drastik memilih parti yang kuat sangat penting untuk mengekalkan kedudukan. Admin berharap Perdana Menteri bijak membuat penilaian terhadap bakal-bakal calon untuk PRU akan datang.

Kelima, kemungkinan di Pulau Pinang untuk tempoh akan datang. Tiada calon yang sesuai yang dirasakan untuk memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Mungkin itu cita-cita Zahrain yang telah mempunyai pelan jangka masa panjang.

Sunday 9 December 2012

Sunday 2 December 2012

UMNO Hargai Sumbangan Pejuang Siber Pro BN @NajibRazak #PAU2012


Perhimpunan Agung UMNO 2012 telah melabuhkan tirainya sebentar tadi. Seperti perhimpunan tahun2 sebelumnya ucapan penggulungan daripada Presiden Parti adalah agenda yang dinanti-nantikan oleh semua tidak kira perwakilan di dalam dewan, pemerhati di dalam dan di luar dewan, penonton di kaca televisyen di rumah bahkan juga pemimpin-pemimpin daripada parti pembangkang.

SP ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada naib-naib presiden parti, timbalan presiden parti dan juga presiden parti yang telah menghargai golongan cybertrooper dan blogger Pro BN.

Kami berjanji akan tetap setia bersama perjuangan parti demi survival Agama, Bangsa dan Tanahair.

Hidup UMNO! Hidup BN!

Saturday 1 December 2012

Suara Keadilan & Harakah Bakal Disaman FGV #TolakPR #PAU2012



KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan semalam (Jumaat) mengeluarkan kenyataan FELDA akan menyaman AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman atas kenyataannya menuduh FELDA menjual Minyak ke Israel.

Turut akan disaman ialah akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang menyebarkan berita tersebut diakhbar mereka.

Fitnah daripada AJK PAS Pusat itu telah dipaparkan dalam akhbar Suara Keadilan bertajuk 'Najib Mesra Israel' bertarikh 27 November 2012 manakala Harakah bertajuk 'Minyak Sawit Jual Ke Israel' yang secara jelas adalah sandiwara politik yang berunsur fitnah.

Katanya dalam satu sidang media, AJK PAS itu memfitnah bahawa Bunge Agribusiness Singapore  Private Limited ialah syarikat Israel. Itu tidak benar, Bunge Agribusiness Singapore Private Limited bukan syarikat Israel. Ia adalah anak syarikat Bunge Limited, sebuah syarikat senaraian awam di Amerika Syarikat, iaitu negara yang Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dan perdagangan.
Fitnah ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh Ahmad Maslan dan telah berbincang dengan peguam FELDA untuk tindakan saman.

Dalam perkembangan berasingan, Ahmad Maslan turut menyatakan FELDA sebelum ini telah menyaman akhbar Suara Keadilan atas fitnah FELDA Bankrap yang sekarang ini dalam proses mahkamah.