Monday 10 December 2012

Zahrain Bayan Lepas Trojan Horse BN Penang? @NajibRazak @barisanasional

Admin terperanjat semalam bila terdengar dan tertonton berita di kaca televisyen mengenai permohonan dan penyerahan borang oleh YB Bayan Lepas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim bersama 347 bekas ahli PKR ke dalammenyertai UMNO.


Admin gembira dengan berita ahli-ahli PR yang sedar akan perjuangan bangsat yang diterajui oleh Anwar Ibrahim, dinahkoda oleh Lim Kit Siang DAP dan didayung oleh Hadi Awang PAS. Tapi Admin kurang gembira sikit bila pemimpin masuk semula UMNO selepas kecewa dengan janji-janji PR sebelum ini.

Tiada niat Admin mempertikaikan niat murni YB Zahrain tetapi Admin melihat kemasukan beliau ke dalam parti keramat yang banyak melahirkan pemimpin-pemimpin rakyat seperti YB Bayan Lepas. Beliau merupakan bekas ahli UMNO, tetapi dek kerana mengikutkan nafsu gila kuasa maka Zahrain melompat keluar dari UMNO.

Selepas beberapa tempoh Zahrain tersedar dari lamunan mimpi-mimpi indah yang diwar-warkan Anwar Ibrahim sebelum ini dan beliau terus menarik brek tangan daripada bersubahat dengan Pakatan haram jadah.

Di saat seluruh rakyat Malaysia menunggu akan tibanya tarikh pengundian, beliau secara tiba-tiba menyuarakan hasrat untuk memasuki UMNO semula. Teruskan membaca di bawah ini....

Pertama, Admin masih lagi mempunyai tanggapan tidak baik terhadap beliau kerana berkemungkinan beliau sebenarnya trojan horse PR yang dilepaskan ke dalam kepimpinan BARISAN NASIONAL (BN) PULAU PINANG.

Admin tidak meminta para pembaca mempercayai apa yang dinukilkan ini tetapi admin berharap agar mereka yang terlibat dalam gerak kerja BN untuk PRU di Pulau Pinang sentiasa berhati-hati dengan ahli-ahli baru UMNO ni.

Andaian Admin mendapati berkemungkinan besar Zahrain bakal merobek keseluruhan pasukan BN Pulau Pinang. Pemahaman 'merobek' tu merangkumi tindakan beliau menjadi talam dua muka, mencuri maklumat ataupun merosakkan hubungan sesama jentera BN Pulau Pinang.

Keduanya, Admin kesal sekiranya ada pihak-pihak tertentu yang membawa masuk Zahrain bersama ke dalam pasukan dan kepimpinan BN Pulau Pinang. Ini kerana, Admin sebagai anak Penang akan merasa teraniaya jika Zahrain terus mendapat tempat sebagai pemimpin UMNO di negeri ini.

Admin berikan ayat yang sangat mudah untuk para pembaca fikirkan.

Admin dan ribuan ahli UMNO di sini telah lama bersama-sama dengan UMNO dan kami telah bergodok gadai demi parti keramat ini. Kami rela jika tidak ditawarkan jawatan dalam kepimpinan UMNO & BN negeri kerana hasrat utama kami adalah Agama, Bangsa & Negara.

Tetapi andai kata Zahrain terus diangkat sebagai orang penting dalam BN negeri, ia telah meleburkan dan membuatkan hati kami sedih dan berderai. Seakan-akan kami tidak dihargai langsung. Ini perkara serius yang perlu diambil tahu oleh kepimpinan negeri dan pusat terutamanya.

Seharusnya Zahrain bermula daripada bawah sekiranya benar-benar ikhlas berjuang dalam UMNO demi Agama, Bangsa dan Negara. Mulakan seperti ahli-ahli UMNO yang lain dan terpaksa mendaki ke atas untuk mencapai tahap sekarang.

UMNO sepatutnya tidak boleh membenarkan mereka yang telah melompat keluar daripada UMNO kemudian kembali semula dan diberikan kedudukan utama dalam parti. 4 juta orang ahli yang lain nak letak ke mana ya?

Ketiga, hal sebegini perlu dititikberatkan oleh Lembaga Disiplin UMNO untuk meneliti pergerakan keluar masuk ahli-ahli UMNO yang kelihatan seakan-akan mencipta nama di luar kemudian menjadi popular di dalam UMNO.

Kita bimbang akan gejala sabotaj parti dengan cara begini akan terjadi berulang-ulang kali.

Keempat, ini yang barangkali difikirkan oleh sekalian rakyat Malaysia apabila Zahrain menyerahkan borang keahlian UMNO. Beliau perlukan kerusi Bayan Lepas untuk tempoh akan datang. Bukankah itu kelihatan sedikit gila kuasa seperti yang beliau lakukan sebelum PRU 2008.

Apabila kedudukan beliau semakin rapuh di sana, langkah drastik memilih parti yang kuat sangat penting untuk mengekalkan kedudukan. Admin berharap Perdana Menteri bijak membuat penilaian terhadap bakal-bakal calon untuk PRU akan datang.

Kelima, kemungkinan di Pulau Pinang untuk tempoh akan datang. Tiada calon yang sesuai yang dirasakan untuk memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Mungkin itu cita-cita Zahrain yang telah mempunyai pelan jangka masa panjang.

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.