Tuesday 20 March 2012

Lynas : Jawatankuasa Pembangkang Buat Hal

Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh setelah berlangsungnya usul berkenaan Penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) berkenaan isu Kilang Pemprosesan Nadir Bumi Lynas.
Suasana gamat seketika setelah beberapa Ahli Parlimen Pembangkang tampil mempersoalkan Usul meluluskan PSC tersebut.

"Kami harap dapat ambil bahagian (dalam PSC), tetapi tiada makna... Kalaupun PSC isytihar ia berbahaya, pentadbiran BN akan memanipulasi situasi itu," kata Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) kepada pemberita di lobi Parlimen.

Sementara itu Ahli Parlimen PAS Kuala Krai Dr. Hatta Ramli telah mencelah perbahasan Ahli Parlimen BN Rembau Khairy Jamaluddin dengan mempersoalkan keperluan  penubuhan PSC  memandangkan terdapat kenyataan daripada bakal pengerusi PSC, Datuk Seri Khalid Nordin berkenaan projek itu.

"Hari ini kita berbincang tentang keperluan projek Lynas, tapi sudah ada kenyataan daripada menteri bahawa penubuhan PSC adalah untuk mengubah tanggapan negatif rakyat terhadap projek tersebut. Belum apa-apa lagi, sudah ada kenyataan. Jadi, untuk apa PSC ditubuhkan kalau memang kerajaan hendak teruskan juga projek ini?" soal beliau.

Perbahasan kian tegang setelah beberapa Ahli Parlimen BN mempersoal ketiadaan Pakar nuklear daripada PAS, iaitu Dr Che' Rosli Che' Mat (PAS-Hulu Langat) di dewan hingga menimbulkan kekecohan.

"Jika benar PAS ikhlas, saya cabar PAS mencalonkan Ahli Parlimen Hulu Langat untuk disenaraikan sebagai ahli jawatankuasa yang akan ditubuhkan. Jika tidak disenaraikan, ianya dianggap sandiwara semata-mata," kata Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) ketika berbahas.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor), ketika berbahas melahirkan kekecewaan apabila rakyat Malaysia hanya tahu mengenai projek itu setelah hampir 95 peratus projek berkenaan selesai.

"Inilah kerajaan yang mengutamakan rakyat apabila projek sudah 95 peratus siap, baru rakyat tahu mengenainya. Itupun melalui laporan New York Times," kata beliau.

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.