Wednesday, 1 August 2012

Astaga, Apa @ahmadmaslan Buat Di Chow Kit Awal Pagi? #bn4wp

Alhamdulillah..

Datuk Ahmad Maslan buat terjahan ke sekitar kawasan Chow Kit awal pagi tadi.

Bukan pergi terjah peniaga-peniaga haram, ataupun maknyah ataupun pelacur. Tetapi terjahan tersebut lebih kepada mencari dan merapati golongan gelandangan di sekitar kawasan tersebut.

Namun bukan sahaja golongan gelandangan ini diberikan makanan dan minuman bersahur bahkan para peniaga di situ juga turut diberikan juadah bersahur. Pemberian ini lebih kepada sebagai tanda ingatan dan silaturahim bersama antara satu sama lain.

Program Sahur Nur Ramadhan di Chow Kit kali ini begitu meriah dengan penglibatan ramai sukarelawan dari pelbagai lokasi dalam Wilayah Persekutuan.

Nampaknya UMNO melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diletakkan di bawah sayap Pergerakan Pemuda UMNO iaitu Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) sekali lagi terus berkhidmat tanpa sempadan kepada semua peringkat golongan.

Sekalung tahniah kepada SHEB dan mereka yang terlibat menjayakan program bersama golongan gelandangan yang diangkat sama taraf seperti rakyat Malaysia yang lain.


Sent Via BlackBerry® Smartphone Powered By UMNO

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.