Muhamad Rahimi Osman dihubungi untuk diminta mengulas dakwaan portal Mkini dotcom yang mewar-warkan perjumpaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menemui penyangak matawang Yahudi, George Soros secara terbuka di Kuala Lumpur beberapa tahun lepas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga turut didakwa pernah berjumpa dengan George Soros dua tahun lalu di New York.
“Dr Mahathir dan Najib hanya jumpa Soros, tetapi tidak bekerja untuk Soros, sedangkan SUARAM, Mkini terima duit Soros yang boleh dimaksudkan bekerja untuk Soros. Anwar juga bekerja dengan badan Soros, ICG, International Crisis Group.
“Perumpamaan mudah seperti contoh sahabat Rasulullah SAW yang berjumpa dengan Abu Jahal untuk berunding demi kepentingan umat Islam, berbanding dengan seorang Muslim munafik yang bekerja untuk Abu Jahal bertujuan untuk menghancurkan Islam,” kata Rahimi.
Hujah Rahimi turut disokong oleh seorang lagi bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari.
“Mereka dapat imbuhan dari Soros yang mengikat mereka untuk memberikan sesuatu sebagai pulangan dari apa yang sebelum ini telah diterima. Situasi ini akan mengikat mereka untuk mematuhi apa sahaja arahan dari Soros sebagai majikan.
“Mereka menjadi tali barut kepada tuan mereka sekaligus membelakangkan kepentingan negara,”katanya.
Menurutnya perjumpaan pemimpin negara berdasarkan kapasiti jawatannya dengan mana-mana tokoh di luar negara adalah perkara biasa.
“Tian Chua dan Elizabeth Wong berjumpa dan menerima imbuhan dari Soros dan Anwar pula menggunakan kedua-dua tokoh PKR itu untuk menjayakan agendanya,”katanya lagi.
Baru-baru ini, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendedahkan Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB), badan berdaftar yang menyalurkan wang kepada SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) menerima dana dari empat sumber antarabangsa , termasuk dari badan milik Soros, Open Society Institute (OSI), di New York yang mempunyai pangkalan di Asia Tenggara, di Burma melalui Projek Burma/ Inisiatif Asia Tenggara.
Portal Mkini dotcom juga turut mengakui menerima dana dari Soros untuk melaksanakan kerja-kerja media di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
Bekas Penolong Setiausaha Pemuda keadilan, Lokman Noor Adam mendedahkan Tian Chua sendiri mengaku kepadanya menerima duit dari Soros untuk menggerakkan SUARAM.
Menurut Lokman, Tian Chua sepatutnya dihukum gantung kerana menerima duit Soros denganmelakukan kerja-kerja jahat untuk menghuru-harakan negara.
Anwar sendiri bekerja dengan NGO milik Soros, ICG sejak tahun 2006 hingga sekarang.
Satu pucuk surat bertarikh 11 Mei 2006 daripada Gareth Evans, ketika itu Presiden ICG kepada Anwar Ibrahim, membuktikan Ketua Umum PKR itu terlibat secara langsung dalam organisasi tajaan Soros itu.
Selanjutnya klik sini
No comments:
Post a Comment
Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.
Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.