Sunday 14 October 2012

@saifuddinabd Declare Keluar UMNO



Masih terdapat 'segelintir besar' orang UMNO yang percaya bahawa jenayah yang dilaporkan dan didedahkan yang melibatkan parti mahupun individu dari DAP, PKR dan PAS hanyalah propaganda rekaan Barisan Nasional dengan tujuan untuk memenangi pilihan raya.

Antara orang tersebut ialah Saifuddin Abdullah apabila beliau mengeluarkan kenyataan peribadinya baru-baru ini berkaitan isu dana asing bagi membiayai Suaram.

Barangkali beliau terdetik untuk memberi pandangan yang sedemikian rupa kerana beliau telah diyakinkan dengan 'khabar angin' dari banyak pihak berkenaan isu ketirisan kerajaan namun jika beliau matang pemikiran, beliau seharusnya membuat analisa perbandingan agar tidak berlaku pandangan yang bertindan kepentingan isu.

Kepercayaan 'tahyul politik' seumpamanya telah lama bertapak di dalam budaya orang Melayu, amnya dan orang UMNO khususnya.

Ia menjadikan kedaulatan undang-undang tidak lagi relevan untuk ditempatkan di dalam perlembagaan.

'Tahyul politik' mengatasi hukum dan menafilan kuasa kehakiman di dalam urusan menegakkan undang-undang.

'Tahyul politik' juga telah menjadikan persepsi sebagai hakim di dalam urusan melaksanakan hukuman terhadap jenayah dan penjenayah.

Orang UMNO harus berfikiran eksklusif politik agar mereka mampu menjadi pemain politik yang matang.

Jangan jadi seperti orang Melayu DAP, PKR dan PAS yang mengamalkan pemikiran ortodok politik.

UMNO adalah nadi rakyat dan tulang belakang kerajaan Malaysia. Jadilah UMNO yang matang.

1 comment:

  1. Tok Najib & Tok Muhyddin perlu membuat pembersihan dalaman UMNO sebelum memilih calon bagi PRU 13. Kelihatan sekarang hanya PM & TPM saja yang berjuang habia-habisan. Ramai menteri, SUK, AP, MB UMNO seperti "passenger" saja.

    Heran ya.. AP bebas pulas yang berjuang dan berkempen siang malam bagi pihak kerjaan.

    ReplyDelete

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.