KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyeru rakyat Malaysia khasnya golongan muda supaya berani membuat perubahan dengan memastikan kerajaan baru terbentuk di Putrajaya.
Ini kerana katanya, sejak lebih 50 tahun negara Merdeka, Umno-BN bukan sahaja menyekat kebebasan bersuara rakyatnya, malah turut menafikan hak mendapatkan maklumat secara adil.
“Maka saya merasakan sudah tiba masanya kerajaan ini ditukar, cukuplah 54 tahun untuk mereka,” katanya selepas merasmikan kempen ‘Jom Baca Media Alternatif’ di Kuala Lumpur, semalam.
Majlis anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu berjaya menarik kehadiran lebih 100 aktivis dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan gabungan kumpulan mahasiswa.
Kempen itu bertujuan mendidik rakyat untuk mengutamakan kesahihan berita, mendedahkan mereka kepada persepsi yang lebih terbuka, dan memberi peluang kepada rakyat melihat realiti Malaysia berdasarkan dimensi yang berbeza.
Berita selanjutnya di REZQEEN HILL
No comments:
Post a Comment
Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.
Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.