Tuesday 3 September 2013

PANAS! Video pendedahan RAHSIA sulit @LokmanAdam tersebar!

 
Antara ketiga-tiga calon Naib Ketua Pemuda, saudara Lokman Nor Adam adalah calon yang paling sesuai untuk melengkapi kepimpinan KJ. Pemuda tidak memerlukan pemimpin No 2 mereka menjadi klon KJ.
 
NKP sepatutnya membawa aspirasi dan suara akar umbi, suara orang Melayu. NKP sepatutnya lebih kuat mendesak Kerajaan berbanding Perkasa dan pembangkang sendiri. KJ tidak sepatutnya melakukan ini semua kerana jika tidak, episod PATRIOT dahulu akan berulang. Dan ia bukanlah satu imej yang baik untuk Ketua Pemuda kita.
 
 
 
 
Mungkin akan ada suara sumbang yang berkata, Lokman pernah khianat dan lawan UMNO dahulu. Namun, siapalah kita selain daripada manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan? Untuk seseorang mengaku kesalahan dan kembali berjuang bagi menebus kesilapan lampau adalah satu bukti jiwa yang besar. Bukankah Pedang Allah a.k.a Khalid Al-Walid RA juga pernah menentang Islam dan Rasulullah SAW dalam Perang Badar?!!
 
Setidak-tidaknya, saudara Lokman ini bukanlah seorang yang sentiasa bermain SELAMAT atau PLAY SAFE. Apa yang salah beliau akan tentang dan apa yang benar beliau akan bangkit memperjuangkannya. Pemimpin seperti inilah yang kita perlukan sebagai pemimpin pelapis dalam UMNO!
 
Malah, segala pengetahuan dan pengalamannya ketika bersama pembangkang boleh dijadikan sebagai satu kelebihan untuk mematahkan setiap serangan mereka. Apakah seorang pemimpin yang biasa hidup senang, kaya-raya serta tidak pernah merasai liku hidup perjuangan diangkat dan dibuang, berani untuk membawa aspirasi rakyat biasa?!! Fikir-fikirkanlah.
 
Jikalau saudara Lokman dapat melakukan sesuatu tentang kegusaran rakyat mengenai kenaikan harga minyak kini, maka kita pasti, bukan hanya ahli UMNO, malah rakyat Malaysia  keseluruhannya akan turut bersama-sama mengangkat beliau sebagai pemimpin masa depan Negara!

1 comment:

  1. Besar sgt ke kuasa NKP umno mlysia? Boleh bagi turun balik ke harga minyak? Kalau betul, dia patut jadi PM... HEHE. Hidup KJ.

    ReplyDelete

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.