Tuesday 24 September 2013

HEBAT !!! 30,000 Peluang Pekerjaan di Karnival Kerjaya BN 2013 @NajibRazak @mohdshafieapdal @khairykj @NazirHussin79 #rideamal




Orang ramai disekitar Kuala Lumpur dikejutkan dengan deruman enjin konvoi motosikal berkuasa besar semalam. Konvoi ini bermula dari NZ Curry House melewati SOGO dan Lot 10 di Bukit Bintang sambil mengedarkan risalah promosi Karnival Kerjaya BN 2013 yang akan berlangsung pada 27 September 2013 hingga 29 September bertempat di Dewan Tun Razak 1, PWTC (Lokasi di seberang sungai) bermula jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang.




Karnival yang akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Shafie Afdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini menawarkan hampir 30,000 peluang pekerjaan. Karnival ini juga mendapat sokongan daripada 300 majikan dari seluruh negara dan tidak ketinggalan sebanyak 130 syarikat yang berasaskan perniagaan 'on-line'. Menurut Nazir Hussin Akhtar Hussin selaku Pengerusi BN Youth Job Fair, program ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. 







TB : Anak muda "start your engine"..vrommm ke Karnival Kerjaya BN 2013.






No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.