Thursday, 26 September 2013

REBUT!!! 30,000 Peluang Pekerjaan Menanti Pengunjung BNYJF Bermula Esok. @NajibRazak @MohdShafieApdal @KhairyKJ @NazirHussin79


Karnival Kerjaya BN 2013 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 27 hingga 29 September 2013 menawarkan lebih 30,000 peluang pekerjaan oleh lebih 300 syarikat. Pada penganjuran tahun lepas, karnival ini telah berjaya mendapatkan pekerjaan untuk 160,000 individu. Karnival kerjaya ini berfungsi sebagai platform untuk golongan belia mendapatkan maklumat jelas dan terkini mengenai inisiatif kerajaan bagi membantu mereka dalam pelbagai bidang termasuk keusahawanan dan peluang pekerjaan. Selain itu, penganjur juga menyediakan Klinik Usahawan Industri 1Malaysia (KUW1M) yang bertujuan untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda.

Karnival yang menjadi acara tahunan Pemuda BN ini merupakan sumbangan BN untuk mereka yang mencari kerja dan jawatan yang setimpal dengan kelayakan. Pengunjung terutamanya golongan belia boleh mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan panduan mengenai pelbagai program keusahawanan, latihan dan kemahiran yang ada. Bagi memudahkan pengunjung, satu aplikasi mudah alih dan media sosial yang dikenali sebagai BN Youth Job Fair App Mobile boleh dimuat turun secara percuma melalui iTunes, Android dan Blackberry.



Menurut Pengerusi BNYJF Nazir Hussin Akhtar Husin, karnival ini juga memberi peluang kepada pelbagai lapisan umur menambah ilmu serta mempelajari pelbagai teknik usahawan-usahawan yang telah berjaya. Karnival ini akan disempurnakan oleh YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 28 September 2013 jam 11.00 pagi. Karnival ini membuktikan keseriusan kerajaan dalam usaha membantu rakyat dalam meningkatkan taraf hidup sejajar dengan arus permodenan.

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.