Tuesday, 29 May 2012

Saham Untuk Akhirat Atau Untuk Poket Nik Aziz?


Apa ni Nik Aziz, main² ker?
Adakah lebuhraya ini untuk memperlihatkan kerajaan negeri berjaya membangunkan negeri Kelantan secara keseluruhannya? Atau lebuhraya ini sekadar untuk mengaburi mata rakyat bahawa kerajaan PAS Kelantan berjaya membangunkan projek mega yang menelan kos berbillion² ringgit?


Tak dinafikan dengan kewujudan lebuhraya seperti ini dapat memendekkan waktu perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain selain dapat menjana ekonomi yang baik untuk penduduk setempat.

Tapi jika rakyat terpaksa melakukan pengorbanan daripada segi wang ringgit, tanah pusaka, tanah kebun dan pelbagainya, itu sudah kelihatan umpama kerajaan cuba memiliki hasil titik peluh rakyat sendiri atau dalam bahasa mudahnya merompak duit rakyat secara terang²an.

Baca lagi di REZQEEN HILL

Monday, 28 May 2012

Belia Selangor Tolak Kerajaan Penipu Rakyat (PR)

Tanggal 26 Mei 2012 yang baru saja berlalu tentu saja meninggalkan detik hitam untuk kerajaan negeri Selangor yang diperintah oleh pakatan pembangkang, untuk entah ke berapa, realiti semasa sama sekali tidak menepati propaganda yang mereka sering war-warkan.

Jika selama ini mereka gah mendakwa perjuangan mereka mendapat sokongan kuat daripaga generasi muda, apa yang terjadi pada Sabtu lalu membuktikan sebaliknya apabila Himpunan & Konvensyen Belia Selangor 2012 yang dianjurkan oleh kerajaan PKR Selangor di Seksyen 7 Shah Alam gagal sepenuhnya.

Mengikut perancangan asal, sepatutnya majlis tersebut dihadiri oleh lebih 20,000 belia, mahasiswa dan remaja Selangor, namun yang berlaku ialah hanya sekitar 100 orang sahaja yang hadir.

Malah Anwar Ibrahim yang pada mulanya dijadulkan merasmikan Konvensyen tersebut akhirnya terpaksa membatalkannya pada saat akhir selepas jumlah peserta yang hadir terlampau sedikit. Malu & segan agaknya.

Sedari awal penganjuran Konvensyen Belia Selangor 2012 anjuran kerajaan negeri Selangor matlamatnya untuk divert golongan belia daripada memenuhi Himpunan Jutaan Belia 2012 anjuran Kerajaan Pusat yang di langsungkan di Putrajaya, lain yang diharap malu pula yang dapat.

Kegagalan Konvensyen Belia anjuran kerajaan negeri Selangor itu sekaligus membuktikan majoriti belia dan mahasiswa menolak dasar perjuangan pakatan pembangkang.

Bukti belia semakin bijak membuat pilihan.
Post Guna BlackBerry® Je

Sunday, 20 May 2012

Azmin Ali, Jangan Terlalu Konfiden !

Wah! Bukan main gah bunyinya apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mencabar Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak segera membubarkan parlimen untuk membolehkan pilihanraya umum dijalankan sesegera mungkin.

Menurut kata Azmin Ali lagi, "Kalau dia (Najib) kata sokongan rakyat kepada Umno semakin kukuh, saya cabar dia umum tarikh pilihan raya esok (hari ini). Pakatan Rakyat (PR) sudah bersedia dari tahun lalu lagi untuk PRU 13".

Katanya lagi PM tak berani bubar parlimen kerana UMNO banyak masalah. Biar betul? Siapa sebenarnya yang sedang bermasalah dengan segala skandal moral, masalah janji dimungkiri dan aiskrim dijilat licin?

Antara sedar atau tidak, Azmin sebenarnya sedang menunjukkan kebodohannya sendiri. Ego tak kena tempat, baghal melampau-lampau.

Baru saja dua tiga bulan lepas, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim pernah melontarkan idea mahu mengadakan pilihanraya berasingan dengan parlimen. Malah mentor Azmin yang juga Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim juga berkongsi pandangan sama.

Itu baru betul namanya takut berhadapan dengan sokongan rakyat, kerisauan melampau bakal kehilangan kuasa.

Kalau betul pakatan pembangkang khususnya PKR dan PAS dah tak sabar sangat hendak mengharungi musim pilihanraya,... nah... bubarkan sekarang juga DUN Selangor, Kedah, Penang dan Kelantan, tak payah tunggu parlimen bubar.

Ada berani? Takkan cakap berdegar-degar kokok berderai-derai alih-alih tahi yang terpalit pada ekor rupanya tahi sendiri. Bikin malu saja.
Post Guna BlackBerry® Je

Saturday, 19 May 2012

Melayu Mudah Dibeli

Parti rasis Cina, DAP menghina orang Melayu dengan berfikir bangsa ini dapat dibeli dengan wang ringgit dan jawatan.

Ini terbukti apabila dalam usaha memujuk bekas naib presiden, Tunku Aziz Tunku Ibrahim, kekal dalam parti itu, beliau ditawarkan jawatan tinggi dalam Penang Institute dengan gaji dan elaun mencecah RM50,000 sebulan serta pelancongan ke luar negeri.

Begitu murah DAP memandang nilai pemimpin Melayu yang berprinsip seperti Tunku Aziz sehingga menganggap beliau bleh sahaja dibeli dengan mudah seolah-olah nilai orang Melayu hanya terletak pada pangkat dan kepingan wang.

Jika beginilah DAP memandang pemimpin seperti Tunku Aziz, bagaimana pula pandangan dan sikapnya terhadap bangsa Melayu pada keseluruhannya.

Bayangkan apa yang bakal berlaku jika DAP memerintah negara ini bersama dengan kuda tunggangannya, PKR dan PAS.

Sudah tentu berpandu kepada sikap rendah parti itu terhadap bangsa Melayu, sasaran utama mereka semestinya semua institusi-institusi yang telah dibangunkan oleh Umno untuk memartabatkan orang Melayu.

Antaranya adalah MARA yang sejak zaman sebelum merdeka lagi telah berusaha menaikkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu dalam setiap bidang terutamanya pendidikan dan ekonomi.

Institusi seperti Maktab Sains MARA yang telah memberi pendidikan percuma dan berkualiti tinggi kepada ratusan ribu anak-anak Melayu akan dirombak.

Malah institusi pengajian tinggi khusus untuk orang Melkayu seperti UiTM, akan dibuka seluas-luasnya kepada pelajar bukan Melayu di bawah kuasa DAP.

Walaupun PAS adalah parti majoriti Melayu sementara PKR adalah parti berbilang kaum yang dominasi oleh orang Melayu, mereka tidak akan dapat berbuat apa-apa kerana DAP akan menjadi kuasa terkuat dan pemuutus kata dalam membuat keputusan.

PAS dan PKR hanya akan menjagi tunggul sementara melihat DAP menghancurkan satu persatu institusi Melayu di depan mata mereka sendiri.

Kerana gilakan kuasa dan pangkat, PAS dan PKR akan membiarkan DAP berbuat sesuka hatinya.

Buktinya adalah jelas dalam pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor.

Apabila timbul isu orang Islam dimurtadkan oleh mubaligh Kristian di Selangor, PAS terus berdiam diri dan tidak berkata-kata apa-apa terhadap DAP.

Malah PAS memecat Exco Selangor, Datuk Hassan Ali kerana mempertahankan martabat Islam dan umat Islam.

Kerana mahu menjaga hati DAP, PAS sanggup membelakangkan kepentingan agama dan membiarkan umat Islam dimurtadkan.

Kedua, masalah sosial semakin berleluasa di Selangor di bawah Pakatan Rakyat dengan bercambahnya pusat-pusat hiburan dan judi haram tanpa sekatan.

Ini semua angkara DAP yang diberi tanggungjawab menjaga portfolio kerajaan tempatan.

Melalui kuasa yang diberi, DAP membenarkan kongsi-kongsi gelap Cina bermaharajalela di Selangor dengan operasi haram mereka tanpa diambil sebarang tindakan undang-undang.

Penjenayah dilindungi di Selangor kerana DAP membenarkannya sementara PAS dan PKR membisu dan berpeluk tubuh kerana dicucuk hidung mereka oleh parti chauvinis Cina itu.

Walau apapun yang cuba dilakukan oleh DAP untuk memikat hati orang Melayu, mereka akan tetap dilihat sebagai sebuah parti rasis yang anti-Melayu.

Sejak ditubuhkan DAP tidak pernahkan perjuangkan nasib orang Melayu, hanya Umno yang bertungkus lumus memastikan orang Melayu kekal sebagai tuan di bumi tanah tumpahnya bangsa mereka.

Post Guna BlackBerry® Je

Wednesday, 16 May 2012

Ambiga Risau Jiran² Marahkannya


Hahaha tu la masa dok buat Bersih 2.0 dan 3.0 di sekitar Kuala Lumpur tak nak fikirkan risikonya. Sekarang ni bile ada kumpulan peniaga nak buat 'pasar malam' depan rumah Ambiga, dia dah mulai cuak.


"Saya kata semua orang buat tuntutan tetapi mereka tiada hak untuk berkumpul di hadapan rumah saya dan jiran-jiran saya. Mereka (jiran) semua takut dengan keadaan ini. Biar orang awam menilai adakah perbuatan ini boleh dilakukan" - Ambiga


Baca lagi di sini.

Who's Nik Aziz?

Yesterday, Nik Aziz criticized opinion made by Tan Sri Harussani Zakaria, Perak regarding PAS where he thinks that PAS is going sideways and had abused the name of Islam and Nik Aziz said described that as a rotten opinion from a mufti. Previously, Nik Aziz questioned the fatwa which stated 'rioting to go against the government is haram', which was a result from a research made by 24 National Fatwa Committee members. Nik Aziz's harsh critique on these Mufti was just to justify that BERSIH 3.0 is something that is allowed in Islam.
  The public generally accepts Nik Aziz as a scholar. PAS in the other hand, takes him as something that is a lot bigger than any other mufti, a Mursyid. Nik Aziz is considered as a miracle where he could receive revelations and that he could forgive others' sins. They think that anything that comes out from Nik Aziz would always turn to reality. So, when Nik Aziz prayed that Tun Dr. Mahathir's stomach would burst and voters would only see 'the moon' on their voting paper, every single PAS supporters believed all of that.
  But, Tun Dr. Mahathir remain strong, still have a very sharp mind, respected and loved by the world. BN also managed to remain in power in this country. Only Nik Aziz is getting old that people had to prepare a bed in his office and that he could not go through stairs.
  Nik Aziz also had performed various solat hajat with PAS's members so that Anwar Ibrahim remain safe. Instead, bad things happened to him. One by one of his scandals were revealed, one by one of his friends started to leave him and rumors said that it is getting hard for him to contain the HIV in his blood. True or not, it is not our problem.  But, have have we ever asked ourselves on who appointed Nik Aziz as a scholar?
  What are his qualification to question fatwa of those muftis and to describe that their opinions were rotten? Haven't we ask ourselves why all of Nik Aziz's prayers were never really answered, and things would often go the other way around? But, why is he being 'praised' as such?
It is not time for all Malaysians to accept the fact that Nik Aziz is no a scholar.
  Back then, he was just a youth who learned religion in Deobond, India and as he got back to Malaysia, he became a tadika Kemas teacher while teaching al-Quran and gave speeches and religious talks before he became the leader of PAS. But that do not make him a scholar, someone who is knowledgeable and wise. This is because, since his return from India, Nik Aziz has never done any research or publish any paper that can be refered by the world.
  Thus, why should we put him as a scholar? Little do we know that Muslim scholars back then were among scientists, doctors, architects and those who contributed to the world. They invent, find solutions and answers in our surroundings - the sky, land, oceans etc.
  But why today, the qualification of being a scholar is so easy that if we learn about religion, we are one, without even having to contribute anything? And why would their contribution only limited to religious talks and not studies that could benefit mankind? Why is the religion only limited to preparation for death and not about the miracle of life?  In reconsidering Nik Aziz's status in the society, we also need to look back and focus on good or bad scholars around the world.
  Today, Nik Aziz's position is at its worst. He is being called with so many names. No one would even 'be nice' when they insult him. No more respect even though he is much older than others. 
    Despite all that, Nik Aziz still thinks that he is a huge scholar that is respected, thanks to all of his fanatic fans. That somehow got him away from reality.  This article is not meant to humiliate him, but it is to bring him back to reality. Nik Aziz and Tan Sri Harussani are vastly different when it comes to knowledge, mind and just about everything. If it is not that wise for us to think that Nik Aziz's opinion mattered more than Tan Sri Harussani and other mufti.
  Evidently, Nik Aziz is a lot better when he was a teaching children compared to now when he become the Chief Minister and Mursyidul Am PAS as he did nothing but destruction.    

Tuesday, 15 May 2012

@NajibRazak Buat Muka Comel Pulak !!!

Adoi..Adoi..Adoiii dah tak larat nak gelak tengok gambar kat bawah ni hahahaa. Perdana Menteri kita ni buat muka comel hahahahaha



Mungkin sebab itulah Rosmah sayang sangat dengan Najib hahaha.

Hidup Najib !!

Hidup Najib !!

Hidup Najib !!

Bukti kezaliman 42 tahun UMNO dari tahun 1970 sehingga 2012!

Di bawah ini merupakan nukilan seorang pelajar perempuan dari Universiti Utara Malaysia yang terlalu kesal dengan kerajaan Malaysia.


Saya akan senarai kan satu per satu. Mesti baca!
-Pendapatan kasar Negara tahun 1970 RM12.75 billion sekarang RM830 billion.
-Pendapatan Per Kapita tahun 1970 RM1,070 sekarang RM29,225.
-Kadar Kemiskinan tahun 1970 – 49.3% sekarang 3.8%
-Bilangan sekolah tahun 1970 – 5,109 buah sekarang 10,019 buah.
-Bilangan universiti tahun1970 – 3 buah sekarang 59 buah
-Bilangan Hospital tahun 1970 – 126 buah sekarang 376 buah
-Purata Jangka Hayat tahun 1970 - 63.6 tahun sekarang 74.1 tahun
-Pelaburan asing tahun 1970 – RM212 juta sekarang RM32.9 billion.
-Populasi tahun 1970 10.9 juta sekarang 28.4 juta
-Kematian bayi bagi setiap 1000 kelahiran hidup tahun 1970 - 39.4 orang sekarang cuma 7 orang
-Jumlah subsidi setahun RM33 billion.

Bermakna setiap rakyat mendapat secara purata RM7,560 setahun subsidi seorang, tua muda dan pelbagai kaum.
Itu belum masuk BRIM, KRIM, PRIMA, BBIM, KARISMA, KlIM, SLIM, SARA1, Menu Rakyat, whoaaa...letih tangan mahu taip.

NKRA..7 bidang keberhasilan wa tak mahu tulis. Terlalu banyak... lu orang cari sendiri. 
Dari sudut sukan, Petronas F1, LIMA, Le Tour De Langkawi, Monsoon Cup, Sukan Komanwel, CIMB Asia Pacific Golf, Maybank Malaysia Open Golf. GLC spt Tabung Haji , Felda , Felcra , PNB, , PERKIM , KLCC, Penang Bridge, KLIA, Putrajaya, Plus Highway , Telekom, TNB, POS Malaysia, Maybank, CIMB, Proton, Perodua, Modenas, Petronas dan puluhan lagi hasil kerajaan diterajui UMNO.

Ditubuhkan pulak Baitulmal, Mahkamah syariah , Pusat tahfiz, Universiti Islam, PERBANKAN ISLAM,
Wujudkan sekolah khas untuk anak yatim , Rumah anak2 yatim, rumah warga emas, bantuan kepada fakir miskin , subsidi baja kepada petani , subsidi diesel kepada nelayan woooo ...jahat sungguh kerajaan !
Ahli tetap OIC , Salurkan bantuan kepada Mujahideen Bosnia , Mujahideen Afghanistan , beri bantuan kepada jabatan agama Bosnia [melatih dan mengajar mufti ]  ,

wooooooo ... kejamnya kerajaan ! pehh,kezaliman bertimpa2 :)
Itu pasai satu dunia sudah cakap. BN kerajaan paling berjaya didalam dunia..

Kami tidak akan menghina org yang buruk.. kita hina org yang bagus... kita makan burger 2 bijik setiap sorang sampai kenyang, kita salahkan umno... kenapa kalo makan mesti kenyang... cubala kalo lepas makan kita kesejukan ke?? kita dah boring asal makan kenyang.

Ya Allah kejamnyeeee........ takutnya aku, badan aku ni sampai kering kontang la UMNO tak bg makan.... duduk pun x bebumbung, x skolah anak2 aku, UMNO tak pernah buat skolah, yang ade pun untuk anak2 UMNO aje, yang dapat Bonus pun geng2 UMNO aje, yang dapat durian runtuh pun UMNO2 aje, yang dapat kerjapun orang2 UMNO jer… mmg kroni betul la.... kenapa KEJAM sangat nihhh.....!!!! semua salah umno kejam sangaat kerajaan ni….

Ini utk orang UMNO. Boleh guna masa kempen. Cai PR memang tak faham...sebab dia orang punya otak banyak kecik. Kalau motor itu CC banyak kecik serupa itu Honda C70. 
 
Intan Delina
Universiti Utara Malaysia (UUM)

Thursday, 10 May 2012

Kalau Nak Fikir, Fikirkanlah

Admin tak mahu komen banyak-banyak. Baca dan fikirkanlah sendiri.
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Monday, 7 May 2012

Bersih 3.0 Dedahkan Maksud Tersirat

Rusuhan peserta perhimpunan haram Bersih 3.0, Sabtu lalu, bukan sahaja telah menyerlahkan wajah sebenar pembangkang terutamanya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam mengejar impian hidupnya untuk menjadi Perdana Menteri.

Malah Bersih membuka mata dan memberi peluang kepada rakyat untuk melihat sekelumit daripada perancangan jahat pembangkang jika berpeluang memerintah negara.

Anwar akan sanggup membuat apa sahaja, walaupun membakar lebur negara dan bangsanya sendiri, asalkan beliau menjadi Perdana Menteri.

Dari satu sudut, Bersih boleh dikatakan satu rahmat kepada rakyat kerana mereka kini sedar siapa Anwar dan apakah kemampuan pembangkang sekiranya mereka diberi kuasa.

Bersih telah dijadikan alasan bagi PKR, PAS dan DAP untuk melancarkan serangan terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan tujuan untuk menumbangkannya.

Ia sebenarnya bukan untuk menuntut penambahbaikan dalam proses pilihan raya tetapi satu agenda tersusun pembangkang untuk mengambil alih pentadbiran negara secara kekerasan ala revolusi.

Anwar pernah menyatakan hasrat agar 'Arab Spring' ang berlaku di beberapa negara Arab yang menumbangkan kerajaan Mesir, Libya dan Tunisia juga akan berlaku di Malaysia.

Beliau mengharapkan perhimpunan Bersih pada 28 April lalu mempunyai cukup momentum untuk menjatuhkan pimpinan Datuk Seri Najib.

Malang bagi Anwar kerana dengan berkat ketangkasan dan kecekapan pihak keselamatan, segala onar yang dirancang mereka digagalkan.

Perarakan besar-besaran oleh penyokong DAP dan keganasan ang dilakukan oleh peserta Bersih, melayangkan kembali memori generasi rakyat Malaysia yang hidup dan melalui peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Apa yang berlaku pada perhimpunan Bersih anjuran Pakatan Rakyat saling tidak tumpah dengan apa yang berlaku pada rusuhan kaum 13 Mei, 43 tahun lalu.

Imej ini kini mahu ulangi semua oleh DAP dengan bantuan, kuncu-kuncuya, PKR dan PAS.

Malah Anwar dengan licik cuba lari daripada kenyataan bahawa dia dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang bertanggungjawab mengarahkan agar peserta Bersih merempuh halangan di Dataran Merdeka.

Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Wednesday, 2 May 2012

Bukan Salah Anwar Tapi R Thangam Pula?

Penahanan R Thangam tengah malam semalam dalam satu operasi yang dilaksanakan oleh pihak polis bukanlah bukti satu gambaran jelas penglibatan PKR sebagai dalang utama kekecohan semasa demonstrasi tempohari.

Walaupun R Thangam adalah Ketua Cabang PKR Rasah, tidak mustahil tindakan mencabar arahan mahkamah yang dilakukannya itu adalah inisiatif sendiri sekalipun dalam salah satu rakaman video menunjukkan R Thangam adalah antara individu yang awal sekali mengalih penghadang jalan selepas menerima greenlight dari Azmin Ali dan Anwar Ibrahim.

Berdasarkan rakaman tersebut, selepas penghadang dialihkan ia kemudiannya diikuti dengan serbuan beramai-ramai oleh peserta Bersih 3.0 ke kawasan Dataran Merdeka yang akhirnya mendorong pihak polis berundur dan FRU mula mengambil alih dengan melancarkan langkah penguatkuasaan menghalang serbuan tersebut.

Polis yang berkawal di sebalik penghadang pun satu hal, kalau mereka tidak lari dari serbuan peserta demonstrasi Bersih 3.0 tentu saja FRU takkan menyembur air dan menembak gas pemedih mata. Betul tak?

Apapun, dengan kejayaan penangkapan ini bolehlah Anwar Ibrahim mencuci tangan kerana tiada bukti fizikal yang menunjukkan Anwar adalah orang pertama menyentuh dan mengalih penghadang tersebut.

Setakat arahan isyarat saja antara Anwar dan Azmin Ali tidak memberi makna apa-apa tambahan pula ketika itu Anwar sedang memeluk bahu seorang lelaki berbaju oren, boleh jadi isyarat tersebut bermaksud mahukan privasi tanpa gangguan.

Sedangkan video chinadoll yang 99% tepat pun Anwar dapat tepis dengan selamba badaknya, apa sangatlah dengan bukti video kabur yang hanya menunjukkan permainan isyarat antara Anwar dan Azmin.

Jika sekalipun terbukti isyarat arahan itu punca utama rempuhan dan kekalutan bermula tetap ianya tidak layak dijadikan bukti. Bukankah Presiden Pas, Datuk Hadi Awang pernah berkata bukti video hanyalah besi yang tak layak menjadi saksi, tidak begitu?

Kita harap selepas ini Anwar kembali cool kerana watak utama punca kekecohan Bersih 3.0 telahpun berjaya ditahan dan tak usahlah lagi marah-marah macam dalam sidang akhbar di Pejabat PKR sehari dua lepas.

Kasihan menengokkan budak Cina bernama Benji Lim yang selama ini berjuang untuk pakatan pembangkang alih-alih dihalau keluar semata-mata untuk menjaga air muka Anwar yang terpaksa bersilat lidah menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Benji Lim.

Post Guna BlackBerry® Je