Saturday, 26 October 2013

#BeraniHijrah Slogan BN Utk #PRKSgLimau

 ‘Berani Hijrah’ slogan Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, 4 Nov ini.Pengerusi BN Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata slogan itu dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat Jawatankuasa BN negeri dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat itu yang berlangsung di Bilik Gerakan BN di Sungai Lentang, Sungai Limau dekat sini selepas proses penamaan calon PRK DUN Sungai Limau di Dewan Dato’ Madi di sini.Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah bagaimanapun tidak memberi maklumat lanjut mengenai slogan itu, dan hanya memaklumkan bahawa ia merupakan antara strategi bagi menarik pengundi di kawasan itu.

"Kita akan cuba gunakan pendekatan (kempen) sedikit di luar kotak…kita tengok kalau cara ini berkesan atau tidak, kita tunggu dan lihat.“Pendekatan ini diusulkan sendiri oleh saya dan dipersetujui oleh Timbalan Pengerusi BN (Muhyiddin) dan juga secara konsensus,” kata Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.

PRK DUN Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS Mohd Azam Abdul Samat.Ia diadakan selepas penyandang kerusi itu, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah meninggal dunia pada 26 Sept lepas.Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, Azizan yang merupakan penyandang kerusi itu sejak PRU 1995, menang dengan majoriti 2,774 undi dalam pertandingan empat penjuru.

Thursday, 17 October 2013

#MM4VP Mukhriz Mahu Jatuhkan Najib?



Sedikit pun tidak pernah terdetik di hati Datuk Mukhriz Mahathir untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden UMNO sekiranya beliau ditakdirkan menang pada 19 Oktober ini. Beliau akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada Sabtu ini bersama calon-calon lain iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Datuk Seri Shafie Apdal, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Ali Rustam.
Menurut beliau, kita akan menerima padah sekiranya tidak ada suatu transformasi yang akan berlaku pada parti seperti mana yang disebut Presiden UMNO dan timbalannya. Sekiranya kita masih berada di dalam zon selesa, masa depan kita dalam menghadapai PRU-14 nanti pasti membimbangkan.
“Selepas PRU ke 13, Umno makin kuat dapat 88 kerusi di parlimen dan dapat tawan semula Kedah, maka sebab itu mereka ada agenda dengan membuat laporan yang bukan-bukan seperti itu untuk melaga-lagakan kita,” katanya dalam wawancara khas dengan sebuah akhbar harian baru-baru ini.
“Saya berpendapat gandingan pengalaman di Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri itu sangat berharga dan bernilai untuk saya kongsikan. Kita sudah ada Menteri bukan hanya di peringkat Naib Presiden tetapi juga di peringkat Majlis Tertinggi (MT). Saya ingat agak bernilai juga sumbangan idea dan pandangan oleh seorang Menteri Besar yang lebih memahami dan terdedah kepada isu-isu setempat,” ujarnya.
Beliau menolak dakwaan bahawa terlalu awal baginya bertanding kerusi Naib Presiden Umno sedangkan beliau tidak pernah menjadi ahli majlis tertinggi Umno.
“Saya bimbang dalam tempoh lima tahun ini kalau sokongan kepada BN itu terus menurun, mungkin tidak ada lagi kali yang selepas ini,” katanya.
Sudah tiba masanya juga UMNO dan perwakilan memberikan peluang serta ruang bagi Mukhriz mentransformasikan UMNO untuk lebih maju ke hadapan. Sudah tiba masanya kita melihat ke hadapan yang jauh lebih mencabar daripada hari ini.

KAMI MENYOKONG MUKHRIZ MAHATHIR

TB : Gandingan baru dengan yang lama pasti membuahkan hasil. 

Wednesday, 16 October 2013

Agak²lah Berkempen Kalau Ya Pun #UMNO #PemilihanUMNO #PAU2013


Apa yang cuba disampaikan ni sehinggakan calon yang nak bertanding pun sanggup bergambar dengan lembu semata² ingin menunjukkan pemimpin berjiwa rakyat.

Admin tak tau sama ada ini merupkan poster kempen calon Ketua Bahagian UMNO Bdr Tun Razak ataupun ini poster yang kena sabotaj dengan orang² berkepentingan di sana.

Politik oh politik.

Tuesday, 1 October 2013

#MukhrizMahathir Bakal Meremajakan UMNO #MM4VP #BeraniBerubah


Sejarah bakal tercipta apabila 150,000 ahli akan membuat pilihan untuk memilih siapakah yang layak untuk menduduki jawatan tertinggi UMNO. Tujuh (7) pindaan perlembagaan yang telah diluluskan pada Oktober 2009 sudah pastinya akan menguji kematangan ahli dalam memilih pemimpin yang mampu mencorak landskap politik baru UMNO. Pindaan tersebut telah membuka peluang kepada ahli untuk bertanding dengan syarat yang minimum. Yang menjadi persoalan pada masa sekarang adalah mampukah perwakilan menyahut seruan transformasi dengan menampilkan kematangan dalam politik sekaligus dapat meremajakan UMNO?

Muka baru haruslah diberi peluang untuk menyalurkan idea-idea segar mereka kepada UMNO agar parti ini terus mempunyai daya saing. Generasi muda sudah mula bosan dengan sikap beberapa "otai" yang masih tidak mahu melepaskan kuasa dan tidak menyediakan peluang dan keterbukaan untuk mengetengahkan pemimpin muda. "Otai" ini haruslah mengkaji diri sendiri kerana parti ini telah menjadi tua dan banyak pemimpin yang berada didalamnya juga sudah berumur.

Demi meremajakan UMNO, sudah tiba masanya pemimpin Pemuda diberikan kepercayaan untuk memegang jawatan Naib Presiden. Jika dilihat kepada keputusan PRU-13 yang lalu, BN telah berjaya menawan kembali Kedah. Ini adalah hasil kerja keras rakyat Kedah dan sebagai imbuhan kepada kerja keras mereka itu BN di syaratkan melantik Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah yang baru. Tidak dinafikan ada suara-suara sumbang yang berkata MB Kedah yang baru ini sombong kerana beliau berasal dari keluarga bangsawan. Itu semua adalah propaganda pihak pembangkang yang bertujuan untuk menjatuhkan beliau. Kita sendiri boleh lihat bagaimana hormatnya beliau kepada Mantan MB Kedah dengan sering melawat allahyarham semasa beliau sedang terlantar sakit sehinggalah beliau meninggal dunia. Kemenangan BN di Kedah adalah penawar yang paling mujarab untuk diserapkan ke dalam UMNO Pusat. Kehadiran muka baru yang terdiri daripada Pemuda UMNO berserta gandingan dengan muka lama pasti akan menjadi UMNO sebagai parti yang hebat di masa akan datang.

TB : meremajakan UMNO bukan bermaksud org tua-tua dalam UMNO jadi remaja.


Siling Hospital Serdang Runtuh Lagi



Siling di bahagian kaunter pendaftaran Dewan Bersalin Hospital Serdang runtuh awal pagi tadi. Kejadian pada 4 pagi itu adalah yang ketiga dilaporkan berlaku dalam tempoh tiga tahun. Hospital yang berharga RM600 juta ini siap dibina 8 tahun lalu.

Menurut beberapa saksi, jururawat yang sedang bertugas di tingkat 2 mendengar dentuman yang kuat dan sebaik keluar untuk melihat apa yang berlaku didapati 3 keping siling telah jatuh ke lantai. Runtuhan yang berlaku tidak membabitkan kakitangan dan pesakit. 

Kerja-kerja membaik pulih sedang giat dijalankan dan pengawal keselamatan mengawal ketat laluan itu bagi menggelakkan perkara tidak diingini berlaku. Kerja baik pulih ini dijangka siap dalam masa singkat.

TB : sebelum ni masjid..skang hospital..lps ni apa? JKR kena pantau sume ni.