Monday 2 June 2014

Nak Bersukma Ker Nak Mencuri? #SukmaPerlis

Sebanyak 16 laporan polis dibuat sejak Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 bermula di negeri ini pada 24 Mei lepas, kata Timbalan Ketua Polis Perlis ACP Md Zukir Md Isa.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, polis telah membuka kertas siasatan bagi tujuh laporan yang membabitkan atlet dan pegawai kontinjen.Satu daripadanya disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membabitkan pergaduhan dua pemain tenis dari Sabah di gelanggang tenis Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini pada Khamis lepas.

Polis turut menyiasat empat kes mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan membabitkan kehilangan tiga peti TV di dewan rehat asrama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, yang menjadi tempat penginapan para atlet, pada 22 Mei lepas.

Md Zukir berkata dua pelajar tingkatan tiga dan empat dari sebuah sekolah menengah di negeri ini yang terbabit kes mencuri barangan atlet pada malam perasmian Sukma 26 Mei lepas, telah ditahan dan kes berkenaan akan disebut untuk kali kedua di mahkamah di sini pada 25 Jun akan datang.

Dua lagi kes turut disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri di kawasan Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini pada malam perasmian Sukma.

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.