Thursday 4 September 2014

Apa Yang Berlaku Kepada McDonalds Boleh Berlaku Juga Kepada The Star


Bantahan, kritikan dan sindiran bekas Ketua Pengarang dan CEO The Star, Wong Chun Wai dalam tulisannya baru-baru ini terhadap orang Melayu dan Islam yang memulaukan Mc Donalds kerana kedhaliman Yahudi tidak berkesan sebaliknya outletnya di seluruh negara terus kosong dan sunyi.

Keadaan parah dialami oleh Mc Donalds di Kota Baharu dan Kuala Terngganu yang dulunya memungut berpuluh ribu RM sehari tetapi jualannya sekarang jatuh kepada kadar yang sangat kecil. Gambaran dapat dilihat dari luar cawangan-cawangannya ini. Di Kuala Lumpur dan di Alamanda Putrajaya hal ini amat jelas dengan restoran-restorannya kosong dan sepi kecuali hanya beberapa pelanggan bukan melayu.Kebanyakan pekerja Melayunya sedar bahawa mereka akan kehilangan bonus dan mungkin hilang pekerjaan tetapi rata-rata mereka percaya pekerjaan lain boleh didapati dengan mudah dan "kami hanya kehilangan kerja, tetapi di gaza orang tak berdosa hilang nyawa.,"kata mereka

Peristiwa pemboikotan terhadap Mc Donalds yang pertama kali berlaku di Malaysia menunjukan kuasa beli orang Melayu telah semakin kuat dan tinggi dan hal ini boleh berlaku kepada Coca Cola, kepada syarikat-syarikat Cina yang menentang GST dan juga kepada akhbar The Star sendiri jika ia terus menunjukkan sikap anti Melayu dan anti Islam dengan memomokkan orang Melayu dan Islam sebagai pelampau dan rasis kerana mempertahankan kedaulatan perlembagaan.

DALAM KEMPEN BRAVE VIEWS,BOLD IDEAS THE STAR TELAH PUN MENYELITKAN NEGARAKU SEBAGAI BADAN YANG MEMPERJUANGKAN PERPADUAN SEDANGKAN ROS TELAH MENGHARAMKANYA KERANA KEMUNGKINAN DENGAN NAMA ITU GERAKAN MEREKA DI LUAR PERLEMBAGAAN NEGARA AKAN MENGELIRUKAN RAKYAT.

INILAH JUGA WAJAH THE STAR DENGAN BERSELINDONG DI SEBALIK MCA DAN BEBERAPA MUKA MELAYU. SETIAP ORANG MELAYU DAN ISLAM MESTI MEMBACA DAN MENELITINYA DENGAN KESEDARAN INI. ANTARA MELAYU YG DIGUNAKANNYA IALAH ANAK TUN DR MAHATHIR YANG FIKIRAN DAN PENDIRIANNYA BANYAK TIDAK DISENANGI OLEH MAHATHIR SENDIRI.

Sumber : Zam Kata

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.