Sikap degil Kerajaan DAP Pulau Pinang mempertahankan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) jelas menunjukkan ia mungkin mempunyai kepentingan di sebalik kewujudan pasukan yang dilapor mempunyai lebih 10,000 anggota itu, kata seorang penganalisis sosial.
Bekas pensyarah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Dr. Ibrahim Ghaffar berkata, PPS telah disahkan oleh polis sebagai pertubuhan tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan menyalahi Seksyen 41 Akta Pertubuhan, yang merupakan suatu hakikat yang sudah jelas.
"Berdasarkan peruntukan undang-undang, polis berhak untuk menyiasatnya hingga ke akar umbi dan tiada keperluan untuk menyahut cabaran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk berdebat mengenai isu itu, kerana ia hanya sekadar untuk menegakkan benang yang basah," katanya
Sebelum itu polis menahan anggota PPS termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas pasukan itu didapati tidak berdaftar dengan ROS.
Bagaimanapun, 156 anggota PPS itu dibebaskan secara berperingkat-peringkat kelmarin setelah polis mengambil keterangan daripada mereka. 11 daripada mereka dikesan menjalankan kegiatan jenayah termasuk pengambilan dadah jenis syabu.
PPS yang dilengkapi dengan berpuluh-puluh kenderaan yang berlambang parti DAP dikesan menjalankan tugas-tugas parti demi untuk terus berkuasa di negeri Pulau Pinang.
Kertas siasatan berhubung penahanan 157 anggota PPS Pulau Pinang itu termasuk Phee akan dihantar ke Ketua Unit Pendakwaan untuk tindakan selanjutnya, menurut polis Pulau Pinang.
Ketua Menteri Pulau Pinang tidak seharusnya melenting hingga mencabar polis dan sepatutnya bekerjasama baik dengan polis yang hanya bertindak mengikut lunas undang-undang.
"Malang jika kemelut PPS ini bertambah kusut sedangkan penyelesaiannya adalah mudah iaitu bubarkan sahaja pasukan itu jika ia menyalahi undang-undang atau belajar dari polis bagaimana untuk membolehkannya wujud secara sah," katanya.
Katanya, beberapa kebimbangan timbul di kalangan rakyat mengenai PPS kerana pemilihan anggotanya tidak dibuat tapisan rapi terutama dari segi keupayaan mereka memahami undang-undang.
"Memang akan timbul kebimbangan rakyat yang terdedah kepada tindakan anggota PPS apatah lagi yang mempunyai rekod jenayah, yang mungkin akan bertindak di luar batas undang-undang kerana tiada pemahaman yang jelas," katanya.
Katanya, idealisme PKPM juga bertujuan kononnya untuk membantu pihak berkuasa keselamatan menguatkuasakan undang-undang tetapi telah diharamkan kerana tidak perlu bagi mana-mana pertubuhan untuk mengambil kuasa polis.
"Apa logiknya bagi Pulau Pinang atau mana-mana negeri sekali pun untuk menubuhkan sebarang pasukan atau entiti lain sedangkan polis sebagai pengawal keselamatan dan penguat kuasa undang-undang sudah berfungsi dengan baik selama ini?
"Itulah yang saya katakan ada muslihat sebaliknya. Kenapa tidak kerajaan negeri memanfaatkan sahaja RELA jika sekadar untuk mengawal lalu lintas pada acara-acara besar? JKKK juga sudah ada untuk menjadi mata dan telinga kerajaan bagi mengesan sebarang ancaman keselamatan," tambahnya.
Katanya, rakyat lebih bimbang apabila isu kewujudan PPS ini dimainkan dalam blog dan media sosial sehingga menimbulkan pelbagai komen termasuk yang berbaur perkauman dan menjurus kepada andaian bagaimana jika akhirnya PPS mulai dibekalkan peralatan yang boleh membahayakan orang awam.
"Sebatang cota yang disalahgunakan juga sudah cukup untuk mencederakan orang awam terutama apabila ia berada di tangan golongan yang taksub dan merasa tiba-tiba mempunyai kuasa," katanya.
Bahkan, tanpa sebarang senjata pun sudah banyak dilaporkan di media massa bagaimana anggota pasukan serupa yang ditubuhkan oleh parti politik bertindak kasar terhadap orang awam atas alasan kononnya mereka mengawal keselamatan acara parti mereka.
"Bagi mengelakkan hal-hal sebeginilah saya selaku rakyat biasa menyokong penuh tindakan polis ke atas PPS, yang saya percaya akan disusuli pula ke atas pasukan lain yang serupa,.. rakyat biasa berterima kasih kepada polis kerana bertindak pro-aktif," kata Ibrahim.

Ibrahim berkata, pernah terjadi sebelum ini negara digemparkan oleh sebuah pertubuhan yang menamakan diri mereka Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM), yang berseragam ala-polis lengkap dengan pangkat sehingga boleh mengelirukan rakyat.