Sesekali menukar selera, tidak menjamah makanan barat sebaliknya kembali kepada menu tradisional seperti masak lemak telur itik, masak lemak pisang muda, ulam-ulaman dan ikan bakar air asam mencepu sudah tentu menyelerakan.
Malah, bagi generasi yang membesar di kampung, hidangan tradisi itu pasti mengembalikan kenangan zaman kanak-kanak. Itulah tarikan hidangan di Restoran Cik Melur di Medan Selera Bandar Sri Permaisuri di sini yang menghidangkan pelbagai menu ala kampung.
Ternyata, makanan tradisi ini masih mendapat tempat di hati masyarakat apabila restoran berkenaan dipenuhi pelanggan setiap kali waktu rehat. Bukan sahaja ia menjadi tumpuan generasi lama, malah turut menjadi pilihan golongan muda.
Walaupun menghidangkan pelbagai menu, ikan bakar air asam mencepu adalah tarikan utama pelanggan ke Restoran Cik Melur. Ini kerana hidangan itu hanya boleh didapati di restoran berkenaan.
Apa yang uniknya, buah mencepu yang merupakan ‘buah hutan’ itu dijadikan bahan utama dalam penyediaan air asam bagi menggantikan tomato atau belimbing buluh.
Rasanya yang masam-masam manis dan dicampur dengan bahan lain mencetuskan kelainan apabila dijamah bersama ikan bakar seperti talapia merah dan siakap. Harga yang ditawarkan pula sangat berbaloi bermula daripada RM12 hingga RM40.
Melihat kepada sambutan yang menggalakkan, air asam mencepu itu akan diperkenalkan sebagai menu baharu di cawangan restoran berkenaan yang terletak di Alam Damai, Cheras bermula Isnin ini.
Menurut pemilik restoran, Tengku Ahmad Silmi Tengku Azizan, sejak memulakan perniagaan 12 tahun yang lalu, beliau memfokuskan makanan berkonsepkan selera kampung bagi memberi pilihan kepada pelanggannya.
Bagaimanapun katanya, resipi air asam mencepu itu dihasilkan oleh isterinya selepas mendapat inspirasi daripada menu keluarga dari Kelantan.
“Di Kelantan, buah mencepu ini dimakan bersama budu tapi disebabkan ada segelintir masyarakat tidak biasa makan makanan tradisional itu jadi isteri saya mengubahsuai menu tersebut kepada ‘air asam mencepu’.
“Buah mencepu ini sukar untuk diperoleh kerana ia tumbuh di hutan. Walaupun tidak bermusim tetapi agak sukar diperolehi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambah Tengku Ahmad Silmi, ramai pelanggan memberi maklum balas positif dan menganggap hidangan itu mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak.
Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya menulis pesan ini biar
ReplyDeleteSemua orang tau,ini sebuah kisa nyata dari saya dan tidak ada rekayasa sedikit pun yang saya tulis ini,sekali lagi terimah kasih banyak ya Aki dan insya allah suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu Sartika dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL