<iframe width="450" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/npGo-kQuswc" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
Layankan video ini hehehe
Tuesday, 21 February 2012
Monday, 20 February 2012
BR1M Seputeh Best
Gambar-gambar dibawah adalah suasana di Dewan Masyarakat Seputeh pada program #BR1M di Seputeh - P122.
Lagi di sini.
Auntie tunaikan voucher #BR1M |
Uncle, dapat ang pow ke? he he |
1 Malaysia, x kira kaum x kira bangsa |
Alhamdulillah ~ |
Lagi di sini.
Salah UMNO Kereta Anwar Pecah
Kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilempar dengan batu dan ditendang oleh sekumpulan pemuda yang didakwa sebagai penyokong Umno ketika beliau menyampaikan ceramahnya di Sembrong, Johor, Ahad malam.
Keadilan Daily Online melaporkan cermin kereta Anwar retak dan bahagian sisi kenderaan kemek.
Laporan itu turut menyebut penyokong Umno membawa bendera parti mereka dan Barisan Nasional (BN) serta melempar mercun, telur, botol dan kayu selain berteriak melontar kata-kata kesat.
"Kejadian itu berleluasa tanpa sebarang tindakan walaupun ia berlaku berhampiran beberapa anggota polis," lapor akhbar rasmi Keadilan lagi.
Sumber : Gossip Rakyat
Bagi Ruang Pada Anwar Di TV3
Menurut sumber² dalaman Media Prima Bhd yg saya perolehi mengatakan pada hari Jumaat lepas, Media Prima telah dikunjungi oleh sekumpulan kecil penyokong² tegar atau berkemungkinan pegawai dari Ibu Pejabat Parti Kencing Rakyat (PKR) yg menamakan diri mereka sebagai AIC.
Siapa pulak AIC ni?
Mungkin membawa maksud Anti Israel Club ataupun Anwar Ibrahim Club.
Semasa tibanya di hadapan pintu depan Sri Pentas, Bandar Utama. Kumpulan terbabit telah dihalang oleh pihak security dan tidak membenarkan mereka memasuki premis terbabit. Difahamkan, mereka ingin menyampaikan memorandum kpd Datuk Johan Jaafar, Pihak Pengurusan Media Prima.
Menurut cerita, memorandum tersebut ingin mendesak TV3 memberikan ruang dan peluang kpd Anwar Ibrahim utk muncul secara ekslusif di kaca tv bagi membalas segala tohmahan dan fitnah yg dilemparkan satu pihak terhadapnya kah kah kah kah kah kah kah aduhaiii memang tergelak guling² ni..
Baca lagi di REZQEEN HILL.
Friday, 17 February 2012
Penyewelengan Wang DAP Selangor : KANTOI
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib DAP Tan Kok Wai telah menipu apabila beliau berkata kepada media baru-baru ini bahawa tiada aduan terhadap ahli majlis Kajang dan bekas setiausaha politik Lim Kit Siang, Lee Kee Hiong dan penglibatan bapa saudara Lee, Lee Wye Weng dalam penyelewengan wang peruntukan pilihan raya bagi kawasan di Selangor.
![]() |
Tan Kok Wai |
KRONOLOGI PENYELEWENGAN DANA DAP DI SELANGOR:
TAHUN 2008:
Bekas ahli majlis daerah Hulu Selangor K.A Ramu telah membuat aduan kepada DAP Pusat terhadap Lee Kee Hiong pada tahun 2008 diatas pengagihan dana untuk di kawasan Kuala Kubu Baru tetapi tiada tindakan diambil.
9 DECEMBER 2010:
MP Wangsa Maju Wee Choo Keong telah mendedahkan kepada media hubungan Lee Wye Weng dan Lee Kee Hiong di mana Cik Lee Kee Hiong telah berulangkali menafikan mereka adalah saudara-mara . Namun setelah diselidik, telah terbukti bahawa mereka sememangnya bersaudara.
MAY 2011
![]() |
Tee Boon Hock |
AUGUST 2011
Ahli DAP dari Seri Kembangan , Yap Kun Min memberitahu media beliau telah membuat aduan kepada DAP berdasarkan apa yang Teoh Beng Hock memberitahu beliau sebelum kematiannya mengenai Lee Kee Hiong. Namun sebagai balasan, Yap Kun Min telah dipecat oleh DAP.
NOVEMBER 2011
Ahli-ahli DAP Selangor telah dinafikan hak mereka untuk membawa isu-isu ini dalam konvensyen parti negeri.Speaker konvensyen telah menghalang dan menutup mikrofon apabila ahli-ahli mahu bersuara.
KESIMPULAN
Cara DAP mengendalikan aduan ini bertentangan dengan prinsip parti itu sendiri yang konon nya; kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan. Diakui bahawa Lee Kee Hiong adalah salah satu daripada tokoh-tokoh parti yang paling berkuasa di DAP Selangor dan bakal dilantik sebagai Senator atas tiket kerajaan Negeri Selangor. Ini adalah kerana hubungan baik beliau dengan beberapa pemimpin tertinggi parti.
Isu-isu seperti ini akan terus diketengahkan berkali-kali jika tidak ada tindakan yang diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi penyalahgunaan dana awam yang menyebabkan penyiasatan oleh SPRM dan seterusnya membawa kepada kematian Teoh Beng Hock.
Subscribe to:
Posts (Atom)