Friday 17 February 2012

Penyewelengan Wang DAP Selangor : KANTOI


Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib DAP Tan Kok Wai telah menipu apabila beliau berkata kepada media baru-baru ini bahawa tiada aduan terhadap ahli majlis Kajang dan bekas setiausaha politik Lim Kit Siang, Lee Kee Hiong dan penglibatan bapa saudara Lee,  Lee Wye Weng  dalam penyelewengan wang peruntukan pilihan raya  bagi kawasan di Selangor. 
Tan Kok Wai












 
KRONOLOGI PENYELEWENGAN DANA DAP DI SELANGOR:

TAHUN 2008:

Bekas ahli majlis daerah Hulu Selangor K.A Ramu telah membuat aduan kepada DAP Pusat terhadap Lee Kee Hiong pada tahun 2008 diatas pengagihan dana untuk di kawasan Kuala Kubu Baru tetapi tiada tindakan diambil.

9 DECEMBER 2010:

MP Wangsa Maju  Wee Choo Keong telah mendedahkan kepada media hubungan Lee Wye Weng  dan Lee Kee Hiong di mana Cik Lee Kee Hiong  telah berulangkali menafikan mereka adalah saudara-mara . Namun setelah diselidik, telah terbukti bahawa mereka sememangnya bersaudara.

MAY 2011

Tee Boon Hock
Bekas ahli majlis Klang Tee Boon Hock membawa isu ini kepada akhbar dan menunjukkan bukti bahawa Lee Wye Wing sebenarnya telah bankrap dan perkhidmatan syarikat WSK beliau hanya ditubuhkan pada bulan Julai 2008 (4 BULAN SELEPAS PRU-12), tidak seperti apa yang Lee Kee Hiong mendakwa mempunyai rekod yang panjang dalam sektor pembinaan.

AUGUST 2011

Ahli DAP dari Seri Kembangan , Yap Kun Min memberitahu media beliau telah membuat aduan kepada DAP berdasarkan apa yang Teoh Beng Hock memberitahu beliau sebelum kematiannya mengenai Lee Kee Hiong. Namun sebagai balasan, Yap Kun Min telah dipecat oleh DAP.

NOVEMBER 2011

Ahli-ahli DAP Selangor telah dinafikan hak mereka untuk membawa isu-isu ini dalam konvensyen parti negeri.Speaker konvensyen telah menghalang dan menutup mikrofon apabila ahli-ahli mahu bersuara.

KESIMPULAN

Cara DAP mengendalikan aduan ini bertentangan dengan prinsip parti itu sendiri yang konon nya; kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan. Diakui bahawa Lee Kee Hiong adalah salah satu daripada tokoh-tokoh parti yang paling berkuasa di DAP Selangor dan bakal dilantik sebagai Senator atas tiket kerajaan Negeri Selangor. Ini adalah kerana hubungan baik beliau dengan beberapa pemimpin tertinggi parti. 

 Isu-isu seperti ini akan terus diketengahkan berkali-kali jika tidak ada tindakan yang diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi penyalahgunaan dana awam yang menyebabkan penyiasatan oleh SPRM dan seterusnya membawa kepada kematian Teoh Beng Hock.

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.