Saturday, 10 November 2012

Nasib Kaum India Bagaikan Melukut Di Tepi Gantang, Angkara @teresakok #MPMalas

Datuk Mustapha Kamal, Ketua Bahagian UMNO Seputeh memberikan ucapan

Tahniah diucapkan kepada Pergerakan UMNO Bahagian Seputeh yang pada hari ini telah berjaya mengendalikan satu Majlis meraikan golongan India di kawasan Parlimen Seputeh.

Barisan kepimpinan UMNO Bahagian Seputeh

Program tahunan yang diadakan ini adalah bertujuan untuk membantu golongan masyarakat India di kawasan Seputeh. This is on top of program - program bulanan yang biasa diadakan.

Untuk pengetahuan pembaca, seramai 300 penerima kaum India  yang menerima bantuan untuk kali ini, peningkatan seramai 100 org berbanding tahun lepas.

Rakan - rakan berbangsa India yang menerima sumbangan
Ini menunjukkan Parti UMNO, walaupun terasnya dipimpin oleh pemimpin Islam, tetapi kaum - kaum agama lain tidak pernah dilupakan.

Perlu diingatkan juga bukan hanya semasa perayaan sahaja UMNO membantu rakan - rakan kaum lain yang di dalam kesulitan, tetapi di Seputeh hampir setiap bulan program - program rakyat diadakan.

Malangnya, YB Seputeh Teresa kok sehingga hari ini, hampir seminggu sebelum perayaan Deepavali, tidak kelihatan sekitar kawasan Seputeh. Ini berbeza ketika perayaan Tanglung Cina yang diadakan baru - baru ini dimana Teresa Kok telah memberikan sumbangan dan merasmikan festival Tanglung di Taman Desa.

Sekitar suasana majlis sumbangan Deepavali Parlimen Seputeh
Persoalan saya, why the double standard? Bila perayaan Cina kaum Cina diberi sumbangan dan sebagainya, tetapi semasa Deepavali diam seribu bahasa?

Bagi saya, ini sedikit sebanyak membuktikan Teresa Kok telah abaikan rakan - rakan bangsa india dan hanya pentingkan orang Cina di Seputeh. Mungkin juga kerana hampir 90% pengundi di Seputeh berbangsa Cina.

Undi itu lebih penting daripada berkhidmat untuk rakyat barangkali.

"Mama, Tolong Izzah" = @n_izzah


Nurul Izzah sebelum ini mendakwa akan menyaman akhbar-akhbar yang dituduh memutarbelit kenyataannya. Namun, seperti juga bapanya ketika menuduh media memutarbelit kenyataannya mengenai sokongan terhadap Israel sebelum ini, mereka hanya memilih untuk menyaman akhbar berbahasa Melayu atau pro-kerajaan seperti Utusan Malaysia.

Dalam kes bapanya itu, yang mula-mula menyiarkan kenyataannya adalah The Wall Street Journal dan dalam kes Izzah, adalah Malaysiakini tetapi nampaknya Izzah dan bapanya langsung tidak berminat untuk menyaman media tersebut, malah tidak langsung menafikan laporan mereka.

Sedangkan, akhbar pro-kerajaan hanya memetik laporan dari sana, kemudian menyiarkan ulasan, pandangan serta pendapat berbagai pihak terhadap kenyataan mereka pula yang menjadi sasaran serangan mereka.

Walaupun tiada putar-belit, tiada manipulasi dalam laporan yang dibuat media ini, tetapi Izzah nampaknya menjadi tidak tentu arah sekali. Risau sekali Izzah dan keluarganya apabila terserlah pendiriannya yang ‘longgar’ terhadap soal murtad.

Dari kenyataan Izzah, sekali lagi segala bukti mengenai fahaman Anwar dibangkitkan. Ucapan-ucapannya yang kontroversi yang jelas menyatakan bahawa ‘semua agama adalah sama’, kembali dipaparkan oleh para blogger. Rakan-rakannya di dalam ABIM yang telah lama meragui dan menghentamnya berkenaan isu ini boleh saja muncul membuat kenyataan mengesahkan fahamannya. Pendek kata, begitu banyak bukti dan saksi yang mampu membuktikan fahaman plural dan liberal Anwar.

Mungkin menyedari betapa sukarnya untuk membela diri dari tuduhan menganut fahaman pluralisme dan liberalisme, maka strategi keluarga ini bagi memulihkan pandangan ramai terhadap Izzah hanyalah dengan meraih simpati. Untuk itu lah maka Wan Azizah pelakon handalan, perlu memainkan peranan di muka depan.

Strategi ini mungkin berkesan jika tujuannya adalah untuk meraih simpati untuk Wan Azizah, tetapi lebih dari itu ia hanya menunjukkan betapa lemahnya Nurul Izzah. Nurul Izzah yang selama ini menonjolkan diri sebagai politikus lantang dan tidak berfikir panjang untuk menyerang tiba-tiba memperlihatkan dirinya sebagai wanita yang lemah, tidak berdaya atau mangsa kerakusan politik lawan.

Sedangkan, hakikatnya, Nurul Izzah bukan mangsa, beliau adalah ahli politik dan pemimpin. Beliau bukan bermain ombak atau membuat rumah di tepi pantai, tetapi beliau sedang berenang di tengah lautan atas pilihannya sendiri dengan berani sekali.

Justeru, jika beliau membuat kenyataan, beliau wajib bertanggungjawab ke atasnya. Jika beliau mempunyai pendirian bahawa Umat Islam perlu bebas menukar agama, maka beliau wajib mempertahankan pendiriannya, dengan tegas dan lantang juga biar apa jua kritikan, kecaman mahupun hukuman yang bakal diterima.

Kini, tidak boleh disangkal lagi bahawa Nurul Izzah mewarisi fahaman bapanya yang mendokong pluralisme dan liberalisme. Selama ini beliau berselindung di sebalik tudung dan baju kurung konon keluarganya dididik sebagai Muslim sejati, sedangkan di masa yang sama menyebarkan agenda plural dan liberal bagi pihak ‘tuan-tuan mereka’ di barat.

Siapa Hantu @teresakok Dalam DBKL?

@teresakok : Gua ada spy la dalam DBKL...

Pertama sekali, sebelum aku maki Teresa Kok dan geng Cina DAP kawasan Seputeh, biar aku hurai satu persatu betapa celaka nya orang - orang DAP ni.

Pada tahun ini, UMNO Bahagian Seputeh dengan usaha Datuk Ketua Bahagian telah berjaya mendapatkan 80 lesen perniagaan bagi penjaja di sekitar kawasan Seputeh. Objektif pada usaha ini sangat simple, iaitu memberi peluang kepada penjaja buat business tanpa disaman oleh pihak DBKL seterusnya meningkatkan pendapatan penjaja.

Hasil usaha Ketua Bahagian, 80 lesen yang telah diapprove oleh DBKL ini, 60 lesen telah diberikan oleh UMNO Bahagian Seputeh kepada penjaja yang terlibat pada July tahun ini. The remaining 20 lesen akan diberikan setelah UMNO terima notification daripada DBKL. Mudah untuk difahami.

Setelah beberapa bulan tunggu pihak DBKL, pihak UMNO Bahagian Seputeh dikejutkan dengan berita DBKL telah memberikan baki 20 lesen tersebut kepada DAP. Apa punya haram DBKL ni pegi bagi kat Cina DAP pulak sedangkan pihak UMNO Seputeh yang bertungkus lumus cuba dapatkan lesen tersebut untuk rakyat Seputeh?

Bila diajukan persoalan ini kepada Cina DAP, semua diam tak nak mengaku tetapi ALLAH swt itu maha berkuasa, pihak UMNO Seputeh telah melihat satu SMS dari Ms. Alice dari DAP iaitu :
DAP Parlimen Seputeh (Ms Alice): Kamu punya OUG Jalan Hujan Rahmat Original Lesen sudah sedia dan berada di pejabat kami, sila datang pada (7/11) 2pm-4pm untuk kutipan. Terima kasih

Macam haram kau Teresa Kok, UMNO Seputeh bekerja bertungkus lumus untuk penduduk kawasan, engkau dengan kroni - kroni kau dalam DBKL sabotage dan claim korang yang buat kerja. Betul lah apa yang Ketua pemuda Seputeh Saudara Razlan Rafii cakap, Teresa Kok ni memang pencuri! Dulu dia datang event UMNO, lepas tu curi pulak strategy pilihanraya UMNO, sekarang curi pulak lesen - lesen penjaja yang UMNO usahakan.

Lagi mau undi ke Cina DAP macam ni? Sekarang baru curi sikit - sikit, lepas ni dah dapat kuasa merempat lah korang semua. Padan muka!

Sembang Orang Muda Bersama @TengkuAdnanReal Di Putrajaya Malam Ini

Anak² muda seluruh Putrajaya khususnya dijemput untuk tidak melepaskan peluang beramah mesra bersama YB Ahli Parlimen Putrajaya, YM Tengku Adnan Tengku Mansor merangkap Setiausaha Agung UMNO Malaysia.

Program ini diadakan khas untuk golongan muda mendekati lebih rapat dan bertukar² buah fikiran serta pandangan dan cadangan demi kebaikan bersama.




Tarikh : 10 November 2012 (Sabtu)
Masa : 8 malam
Tempat :  Blok D, Kuarters Zon 4A, Presint 11, Putrajaya

BN Pilihan Orang Muda

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : 019-3566945 - Ahmad Faisal

@ZaidIbrahim Kompius Nak Bertanding Di Mana?

@zaidibrahim mula nak bertanding di Kota Bharu, lepas tu Petaling Jaya dan terkini Pekan pulak dah..

Mulanya, kita bertanya, apa kejadahnya Dato’ Seri Hadi Awang ingin bertanding di Pekan?  

Esoknya, kita tertanya-tanya pula, apa kejadahnya Anwar Ibrahim mencabar Dato’ Seri Najib bertanding di Marang?  

Kemudian, tidak semena-mena Zaid Ibrahim membuat kenyataan untuk bertanding di Pekan menggantikan Hadi Awang pula.  Alasannya ialah ingin menyelamatkan kerjaya politik Presiden PAS itu.   Nampaknya setelah puas Zaid Ibrahim ke sana ke mari mencari tapak dan demi sedikit glamour dengan muncul di akhbar, akhirnya muncul juga peluangnya.  

Untuk Hadi menyatakan kesanggupannya bertanding di Pekan bermakna beliau sudah cukup yakin yang beliau mempunyai pengaruh yang cukup kuat setanding dengan Perdana Menteri di kawasan Perdana Menteri sendiri.   Jika beliau tidak yakin, bermakna beliau sengaja menempah ‘maut’ dengan menyatakan kesanggupan begitu dan tidak mungkin Hadi ingin ‘membunuh diri’ dengan sengaja.  

Oleh itu, tindakan Zaid menawarkan diri untuk menyelamatkan Hadi menunjukkan yang Zaid percaya yang Hadi akan kalah jika bertanding melawan Dato’ Seri Najib.   Sekali gus menyerlahkan sikap memandang rendah terhadap pemimpin PAS yang wujud dalam diri Zaid yang terkenal dengan pemikiran liberalnya.  

Sebenarnya, puak-puak liberal yang menyokong pembangkang tidak pernah memandang tinggi pada PAS mahupun pemimpin-pemimpinnya.  Kita juga tidak menyalahkan mereka, kerana nampak benar yang pemimpin PAS tidak cerdik belaka dan tidak layak dihormati.   Hadi Awang tidak akan membuat kenyataan akan bertanding di Pekan jika beliau cukup cerdik kerana seandainya  kenyataan itu menjadi kebenaran, tamatlah riwayat politiknya.   

Namun, ini bukan soal Hadi atau PAS.  Lebih-lebih lagi bila parti itu pun hanya ditolak ke tepi saja oleh sekutunya, PKR dan DAP.   Ini adalah soal Zaid mencari publisiti.  

Zaid tahu, yang beliau tidak mungkin menang bertanding melawan Dato’ Seri Najib tetapi beliau juga tahu yang beliau tidak akan rugi apa-apa.  Sebaliknya, beliau melihat ini sebagai peluang untuk meletakkan namanya di akhbar-akhbar sekali lagi.  

Selain itu, bayangkan liputan publisiti yang mampu diraihnya ketika berkempen nanti.   Beliau berharap, rakyat akan kembali ‘teringat’ dan mungkin tertarik kepadanya.  Zaid yakin yang beliau telah berjaya mengenalpasti di mana silapnya serta telah bersedia menyusun langkah yang lebih bijak agar tidak kecundang lagi dalam politik.  

Zaid adalah seorang yang angkuh juga dan percaya yang beliau lebih layak dan lebih bijak dari semua pemimpin lain.  Beliau tidak dapat menerima hakikat yang rakyat tidak melihatnya sebagai pemimpin yang layak ataupun bijak, tetapi sebagai seorang yang angkuh, tidak sedar diri dan gila publisiti.  

Sedangkan, dalam hal ini juga Zaid telah menunjukkan betapa tidak bijaknya dia dengan memperlekehkan Hadi Awang sedangkan ‘orang tua’ itu sudah beria-ia menunjukkan keyakinan untuk bertanding di kawasan Dato’ Seri Najib.   Pernahkah Zaid terfikir yang Hadi Awang akan merasa terhina atau kecil hati kerana Zaid tidak yakin terhadap pengaruhnya?

Tindakan Zaid ini juga, dipandang sinis di kalangan rakyat yang telah faham benar dengan sikapnya yang sanggup melompat dan mengemis meminta nyawa politik kepada sesiapa saja.   Tetapi apapun, jika Zaid serius ingin bertanding juga di Pekan, apa salahnya……. asalkan dia bahagia