Sunday, 18 November 2012

PAS Selepas Ini Akan Masuk Ke Zaman Jahilliyah


Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sebuah parti yang terbinanya daripada bekas - bekas ahli UMNO kini semakin hilang arah tujuan dan "confuse" tentang perjuangan & objektif sebenar mereka. Jika dilihat kembali sejarah penubuhan PAS, objektif utama nya adalah as a political party that aims to establish Malaysia as a country based on Islamic legal theory derived from the primary sources of Islam, the Quran, Sunnah as well as Hadiths. Walau bagaimanapun, jika dilihat sekarang perkara ini tidak terjadi. 


Penulis masih ingat di zaman universiti, dimana majority ahli - ahli atau  pun persatuan rakan masjid majority nya adalah lebih inclined kepada PAS berbanding UMNO, yang dikatakan tidak memberi penekanan terhadap ISLAM, Liberal dan sebagainya. Pelajar - pelajar ini, selepas tamat pembelajaran, akan menyertai PAS dan memperjuangkan agenda "ISLAM" mereka seperti yang berlaku sekarang. Ini sudah semestinya tidak menjadi masalah kerana Malaysia adalah sebuah negara yang demokrasi dan rakyat diberi peluang memilih parti yang sesuai dengan perjuangan/kepercayaan politik mereka. 

Tetapi, betulkan perjuangan PAS itu berteraskan ataupun berlandaskan ISLAM pasca PRU - 12 (Selepas menyertai Pakatan Rakyat dan bersama Anwar Ibrahim)? Jika ramai ahli PAS yang berkata "ya", ini tidak di reflect di muktamar PAS baru - baru ini yang diadakan di Kota Bharu. Penulis berkata begini selepas melihat beberapa faktor atau pun indicator antaranya:

Pertama : Harakah dibidas kerana tersasar dari perjuangan

Ketua Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad, yang menyifatkan yang Harakah telah tersasar dari perjuangan.    

Oleh itu, beliau menyarankan agar lidah rasmi PAS itu dipantau dibawah satu jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungannya.  Usul itu telah diluluskan dengan majoriti besar iaitu 733 perwakilan dari 172 kawasan.

Harakah dikritik sebagai terlalu terbuka dalam memberi ruang kepada pemimpin DAP dan PKR.  Perwakilan juga tidak gemar akhbar tersebut menyiarkan berita yang menghina pemimpin parti seperti Datuk Dr. Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa tetapi mengambil sikap berdiam diri terhadap pemimpin DAP seperti Karpal Singh.


Kedua : Penipuan Ketua Dewan Ulama PAS 

Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib dibidas Karpal Singh kerana mengatakan DAP bersetuju untuk implement Hudud jika Pakatan Rakyat (PR) berkuasa. According to Karpal Singh:

"The position of the DAP on this issue (hudud) cannot be subject to any compromise. It is fundamental to its existence"

Jadi kenapa perlunya Harun Taib menipu pada muktamar dan mengatakan PR bersetuju untuk implement Hudud? Ini adalah hanya gimik dan penipuan untuk menaikkan moral ahli grassroot PAS, seperti pelajar lepasan universiti yang penulis katakan tadi, yang menyertai PAS kerana tag "ISLAM" mereka. Jika tiada "ISLAM", apa lagi PAS boleh gunakan untuk life politik mereka? 

Ketiga : Cakap - cakap kosong kononya Haji Hadi sepatutnya jadi Perdana Menteri 

Saudara Hairul Nizam, wakil daripada Dewan Ulama PAS membawa usul supaya Presiden PAS diberi peluang menjadi Perdana Menteri kerana menurut beliau:

"he (Hadi Awang) is the most qualified person to become the next prime minister... and we, as proteges of an Islamic party, should not campaign for others to take on the post"

Adakah ini bermaksud 1) Anwar Ibrahim is not qualified to become the next Prime Minister? 2) PAS tidak sepatutnya berkempen untuk Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat (PR) pada PRU  - 13 akan datang? 

Mana satu yang betul ini? 

Tetapi sehari sebelum PAS kata Hadi Awang patut jadi Perdana Menteri, pada 16 November 2012, Lim Kit Siang, di Kota Bharu iaitu kubu kuat PAS berkata Anwar Ibrahim yang akan jadi Perdana Menteri.. jadi mana satu yang betul ini? Sekejap Anwar, sekejap Hadi Awang? 

Conclusion

Bagi penulis, PAS sekarang ini di dalam dilema, tidak tahu hendak ke arah mana..ikut DAP dan PKR, ahli grassroot tidak setuju..Anwar Ibrahim Bakal Perdana Menteri, dewan ulama kata Hadi Awang lagi layak.. kalau keluar dari PR pula, ahli grassroot akan gembira, tetapi pemimpin pula hilang kemewahan dan kuasa yang dinikmati macam sekarang. jadi bagaimana?

Bagi pelajar - pelajar dan anak muda yang ingin masuk PAS kerana "ISLAM" mereka, fikir - fikir lah semula. Lebih baik stay apolitical dan observe keadaan politik semasa. Jika minat berpolitik dan menegakkan syiar Islam, UMNO sentiasa membuka pintu. Ustaz Fathul Bari dan barisan ILMU sentiasa berada untuk membantu. 

Sumber : KL Chronicle.

Wednesday, 14 November 2012

Kepimpinan Bar Council Bergolak? Tutup Je Lebih Baik


Laluan ini merupakan laluan rasmi saya pergi dan balik dari kerja. Jalan raya pagi ini aman damai sehinggalah sampai di lokasi hot spot ini terdapat sesuatu yang membuatkan kenderaan bergerak perlahan.

Perghhh pagi-pagi dah melayan tengok kain rentang di atas jejantas Jalan Loke Yew menghala ke Kuala Lumpur.


Ingatkan tadi kain rentang marahkan si Nurul Izzah yang suka suki mencadangkan orang Islam boleh bebas memillih agama sendiri tu tapi sangkaan saya meleset sama sekali.

Lebih 100,000 buah kenderaan melalui kawasan ini setiap hari dan angka tersebut mewakili pemandu-pemandu di sini yang pelik dengan kain rentang di bawah ini.
  

Apakah agenda dan muslihat di sebalik kain rentang ini? Jika dilihat sebelah belakang kain tersebut memang takda apa-apa tulisan, so bermakna tiadalah muslihat tapi apakah maksud ayat-ayat tersebut?

Mungkin rakyat sudah bersuara dengan agenda dan sikap berat sebelah serta pilih kasih yang terdapat di dalam Bar Council.


Adakah ia berkait rapat dengan soal pemilihan jawatankuasa Bar Council?

Atau sebenarnya ia berkaitan dengan sikap Bar Council yang lebih cenderung kepada memperjuangkan hak-hak mereka yang berada di dalam saf pilihan mereka iaitu Pakatan Haram.

Tuesday, 13 November 2012

@RapidKuantan Mesra Pengguna, Orang Kuantan Tak Sabar ! @NajibRazak @ShahrilMokhtar

Saya berkesempatan meninjau ke dalam bas ini dan sangat berpuas hati dengan segala kemudahan yang disediakan terutamanya untuk penumpang kelainan upaya (OKU).

Boleh dikatakan juga ke semua bas RapidKuantan sebenarnya boleh dianggap sebagai Universally Accessible Bus. Dalam bahasa yang senang difahami, ia sebuah bas yang mesrauntuk semua peringkat golongan.



Apa yang menariknya, bas ini tidak mempunyai tangga dan boleh direndahkan ketinggiannya untuk kemudahan golongan OKU dan kanak² menggunakan ramp untuk laluan wheelchair yang dibuka secara manual oleh pemandunya jika memerlukan.

Bagaimana pemandu bas membezakan penumpang OKU dan penumpang biasa?

Di dalam bas tersebut, terdapat 2 jenis loceng untuk ditekan. Warna merah biasanya untuk penumpang normal manakala warna biru pula digunakan oleh penumpang OKU dan ianya terletak di tempat khas OKU. Kedua² bunyi memang berbeza dan ia secara tidak langsung memberi alert kepada pemandu.
Ini sesuatu yang ditambahbaik dalam perkhidmatan bas demi keselesaan rakyat. Ciri-ciri lain yang terdapat di dalam bas ini juga telah ditambah selian iaitu dengan adanya Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) dan butang-butang kecemasan yang melibatkan jenayah ataupun keadaan yang tidak diingini berlaku di dalam bas.


Pandangan saya, ini merupakan satu bentuk sistem yang bertujuan baik untuk penumpang. Keselamatan penumpang tidak diabaikan dan CCTV ini mungkin berperanan sebagai alat rakaman membantu pihak berkuasa mengatasi jenayah di dalam bas seperti seluk sapu, gangguan seksual dan pelbagai lagi bentuk jenayah yang boleh dicipta di dalam bas.


Namun apa yang belum dipastikan sehingga hari ini ialah harga tiket untuk penumpang. Adakah ia masih standard rate seperti di Kuala Lumpur dan Penang ataupun jauh lebih murah?

Menurut Ketua Pegawai Operasi (Bahagian Operasi Bas) Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (Rapid) Bhd, Saudara Azam Omar, harga tiket akan ditentukan dan diumumkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) nanti.

Kemunculan RapidKuantan sebenarnya dilihat sebagai satu langkah positif untuk penduduk dan sesiapa saja di sana. Mungkin bagi para pelajar dan golongan berpendapatan sederhana, inilah berita gembira buat mereka yang selama ini bergantung harap kepada teksi ataupun teksi sapu saja jika nak ke mana-mana.

Hari ini RapidKuantan diperkenalkan semata-mata untuk memenuhi hasrat kebanyakan pelajar yang menuntut ilmu di sekitar Kuantan bagi meringankan beban mereka mendapatkan perkhidmatan awam di sini.

Waktu operasi dikhabarkan akan bermula jam 6 pagi dan akan tamat sekitar jam 1130 malam tetapi semuanya bergantung kepada pattern permintaan pengguna itu sendiri dan untuk permulaan, kajian sikap akan dilakukan oleh badan pemantau RapidKuantan agar khidmat yang bakal disediakan nanti menepati kehendak penduduk.

All the best RapidKuantan !

Monday, 12 November 2012

Gila ! Isytihar Diri Sebagai Dajal Bakal Menghancurkan UMNO



Mungkin terlalu taksub dengan parti yang dianutinya atau mungkin terlalu setia kepada parti yang memperjuangkan LGBT menyebabkan lelaki ini bertindak begitu jauh dengan mengeluarkan kenyataan berbunyi sebegini,

"Aku dilahirkan untuk menghancurkan UMNO"

Fuyohhh..

Hebat sungguh lelaki bernama Azizul Bin Mamat ini yang mengeluarkan kenyataan sedemikian hanya kerana tidak bersependapat dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Saya tak tahulah apa dosa UMNO kepadanya, mungkin masa sekolah Rendah & Menengah dulu, dia di antara budak² yang tak dapat pinjaman buku teks barangkali.

Tapi bukanlah hal buku teks yang saya nak ceritakan di sini.

Saya berminat bercerita mengenai individu ini yang bersungguh² membenci UMNO sehinggakan si dia ini pernah mengeluarkan kenyataan seperti di bawah ;


"..seronok aku dapat potong bena (banner) dan bendera BN nie.. sesuatu perasaan yg tak dapat digambarkan..dan rujuk pada yg pakar potong benar puak munafik dpt pahala kena lak bulan ramadhan lagi berganda2 pahalanya.."

Kejadian di atas terjadi kerana si Azizul ini mengalami masalah jiwa yang terlalu rakus sehingga termakan kata² nista fitnah daripada PAS dan PKR. Amalan yang wajib dikejarkan untuk mendapatkan ganjaran pahala pada bulan Ramadhan seeloknya mengerjakan ibadah dan beramal ibadah bukannya memotong banner parti lawan.

Artikel sepenuhnya berkenaan potong banner, rujuk sini.

Terbaru, si lelaki berfahaman gila kepartian ini telah membuat pelbagai kenyataan di Bandar Tun Razak bahawa kononnya ;-

# UMNO menolak Hudud
# MCA hina Islam tapi UMNO tak berani tegur
# Orang UMNO tidak pandai Islam

..dan pelbagai lagi bentuk dakwaan serta cacian yang dinyatakan melalui banner & sepanduk yang dinaikkan sendiri oleh mamat ni. Namun tak sedikit pun si Azizul pernah membaca kenyataan balas dari UMNO mengenai isu hudud yang dibawa oleh PAS. Bagi dirinya, semuanya UMNO, UMNO, UMNO yang busuk.

Sefahaman saya mendapati mungkin budak PKR ni merupakan individu yang begitu hebat ilmu agamanya dan boleh menerima hudud yang dibawakan oleh PAS. Perghhh~

Tetapi Allah Maha Besar dan Maha Adil.


Allah telah menunjukkan kepada hamba²Nya yang tidak bersekongkol dengan fahaman LGBT yang dijana Pakatan. Inilah dia muka si ilmuwan Islam dalam Pakatan Haram Jadah di Bandar Tun Razak. 

Untuk info, Azizul Bin Mamat ini masih belum berkahwin he he he.

Siapa plak mencium dia ni?
Nenek / Mak / Kakak / Adik / Kazen / Jiran / Girlfriend / Pelayan Restoran / Bapok?

Saya masih tiada jawapan mengenai gambar di atas ini. Biarlah ia menjadi santapan mata para pembaca sekalian melihat perangai si pejuang hudud. Punyalah hebat berdakwah mengenai hudud dan pelbagai lagi kenyataan tetapi apakah dia sendiri paham apa yang dimaksudkan dengan hudud itu?

Mungkin ini yang dimahukan oleh Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah iaitu pejuang Islam berideology pluralism dan liberalism seperti yang terdapat dalam Pakatan haprak. 

Tanya diri sendiri, menyokong untuk kebaikan atau menyokong untuk menjahanamkan agama, bangsa dan negara?

PKR Sediakan Tabung Bantu @Khalid_Ibrahim Bayar Duit Bas



Ingatkan benda ni di dalam PAS saja diamalkan tapi rupa-rupanya PKR pun turut mengamalkan hal ini juga. Mentaliti ataupun perkara pertama yang terlintas pada setiap benak kepala para pembaca apabila diajukan hal parti yang suka meminta-minta derma ataupun sumbangan daripada penonton yang hadir ceramah mereka adalah PAS saja.

Namun malam ini, PKR telah membawa lebih 20 balang kuih untuk disumbatkan wang-wang derma dan sumbangan dari penonton yang hadir mendengar ceramah fitnah mereka.

Pelik bukan?

Bukankah PKR merupakan antara parti yang mempunyai duit yang berlambak berbanding PAS dan DAP tapi mengapa pula PKR meminta sumbangan orang ramai?

Di hadapan para penonton malam ini, mereka disajikan dengan pelbagai dakwaan penyelewengan kerajaan BN dan rasuah serta masalah kegagalan kerajaan kononnya tak pandai mengawal kewangan negara dengan baik tetapi di bawah pula rakyat terpaksa mengeluarkan duit umpama membayar access fee kepada penganjur atas segala input-input penipuan di atas pentas.

Mengapa begitu terdesak PKR malam ini?

Nak kumpul duit nak bayar duit bas Jelajah 'Menipu' Rakyat milik Ahli Parlimen Bandar Tun Razak merangkap Menteri Besar Selangor ker? Atau sumbangan tersebut untuk digunakan jawatankuasa penganjur bercuti ke luar negara dengan menaiki penerbangan MAS tanpa tambang promosi?

Inikah yang diperjuangkan oleh parti yang bakal memimpin negara?
Belom lagi memerintah negara, rakyat telah di'paw' untuk membantu mereka kononnya.