Ingatkan benda ni di dalam PAS saja diamalkan tapi rupa-rupanya PKR pun turut mengamalkan hal ini juga. Mentaliti ataupun perkara pertama yang terlintas pada setiap benak kepala para pembaca apabila diajukan hal parti yang suka meminta-minta derma ataupun sumbangan daripada penonton yang hadir ceramah mereka adalah PAS saja.
Namun malam ini, PKR telah membawa lebih 20 balang kuih untuk disumbatkan wang-wang derma dan sumbangan dari penonton yang hadir mendengar ceramah fitnah mereka.
Pelik bukan?
Bukankah PKR merupakan antara parti yang mempunyai duit yang berlambak berbanding PAS dan DAP tapi mengapa pula PKR meminta sumbangan orang ramai?
Di hadapan para penonton malam ini, mereka disajikan dengan pelbagai dakwaan penyelewengan kerajaan BN dan rasuah serta masalah kegagalan kerajaan kononnya tak pandai mengawal kewangan negara dengan baik tetapi di bawah pula rakyat terpaksa mengeluarkan duit umpama membayar access fee kepada penganjur atas segala input-input penipuan di atas pentas.
Mengapa begitu terdesak PKR malam ini?
Nak kumpul duit nak bayar duit bas Jelajah 'Menipu' Rakyat milik Ahli Parlimen Bandar Tun Razak merangkap Menteri Besar Selangor ker? Atau sumbangan tersebut untuk digunakan jawatankuasa penganjur bercuti ke luar negara dengan menaiki penerbangan MAS tanpa tambang promosi?
Inikah yang diperjuangkan oleh parti yang bakal memimpin negara?
Belom lagi memerintah negara, rakyat telah di'paw' untuk membantu mereka kononnya.
No comments:
Post a Comment
Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.
Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.