Sunday, 11 November 2012

No Complaint No Help - Berambuslah @teresakok PRU13 Nanti

Beberapa hari lagi masyarakat India di Malaysia dan seluruh dunia akan menyambut Hari Deepavali. Sudah kita ketahui dalam setiap perayaan yang disambut mestilah dalam keadaan gembira. Pada golongan yang bernasib baik pada mereka tidak menjadi sebarang masalah dalam menyediakan persediaan untuk menyambutnya. Cuba kita fikir bagaimana dengan golongan yang tidak bernasib baik...sudah tentu merayakannya dengan hati yang sedih serta apa yang diinginkan sukar untuk memilikinya.

Dalam menyambut perayaan ini disetiap kawasan, Ahli Parlimen yang diberikan mandat oleh rakyat di kawasan yang dimenanginya seharusnya memainkan peranan yang penting. Sudah tentu rakyat mengharapkan sesuatu agar dapat meringankan beban mereka untuk menyambut perayaan tersebut. Sebagai contoh bantuan makanan sudah memadai pada mereka sebab ini dapat mereka memberikan sedikit jamuan makan secara kecil-kecilan untuk diberikan kepada sanak saudara yang datang ke rumah.

Barisan kepimpinan UMNO Bahagian Seputeh

Hari ini kesinambungan program tahunan yang diadakan adalah bertujuan untuk membantu golongan masyarakat India di kawasan Seputeh. This is on top of program - program bulanan yang biasa diadakan.

Untuk pengetahuan pembaca, seramai 300 penerima kaum India yang menerima bantuan untuk kali ini, peningkatan seramai 100 org berbanding tahun lepas.

Rakan - rakan berbangsa India yang menerima sumbangan

Ini menunjukkan Parti UMNO, walaupun terasnya dipimpin oleh pemimpin Islam, tetapi kaum - kaum agama lain tidak pernah dilupakan.

Perlu diingatkan juga bukan hanya semasa perayaan sahaja UMNO membantu rakan - rakan kaum lain yang di dalam kesulitan, tetapi di Seputeh hampir setiap bulan program - program rakyat diadakan.

Malangnya, YB Seputeh Teresa kok sehingga hari ini, hampir seminggu sebelum perayaan Deepavali, tidak kelihatan sekitar kawasan Seputeh. Ini berbeza ketika perayaan Tanglung Cina yang diadakan baru - baru ini dimana Teresa Kok telah memberikan sumbangan dan merasmikan festival Tanglung di Taman Desa.

Sekitar suasana majlis sumbangan Deepavali Parlimen Seputeh

Persoalan saya, why the double standard?

Bila perayaan Cina kaum Cina diberi sumbangan dan sebagainya, tetapi semasa Deepavali diam seribu bahasa?

Bagi saya, ini sedikit sebanyak membuktikan Teresa Kok telah abaikan rakan - rakan bangsa India dan hanya pentingkan orang Cina di Seputeh. Mungkin juga kerana hampir 90% pengundi di Seputeh berbangsa Cina.

Undi itu lebih penting daripada berkhidmat untuk rakyat barangkali.

Tahniah kepada UMNO/BN Seputeh sekali lagi kerana bilangan penerima bantuan pada tahun ini bertambah dari 200 ke 300 orang penerima. Ini menunjukkan UMNO/BN sentiasa menjaga kebajikan rakyat seiring dengan slogan yang dibawakan oleh Kerajaan iaitu "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan".

No complaint No help

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.