Tuesday 1 July 2014

Kali Ni Besi #MRT Pula Jatuh Atas Jalan Raya @NajibRazak @liowtionglai


Tak habis-habis isu membabitkan sistem pengangkutan awam yang giat dibangunkan di sekitar Lembah Klang. Kali ini melibatkan muatan berlebihan dari lori terjatuh di atas jalan raya.




Malam tadi berlaku pula kes lori mengangkat muatan besi pembinaan MRT terjatuh di atas jalan raya dan nyaris² berlaku insiden yang tak diingini. Nasib baik kereta yang berada di belakang lori treler tersebut awal² dah peasan besi konkrit yang dibawa tu nak terjatuh.

Tapi persoalannya di manakah pihak yang menjaga safety awam dan lori yang keluar masuk kawasan pembinaan? Duduk sajakah atau pun sekadar redha dengan qada dan qadar ketentuan Tuhan.



Kejadian berlaku ketika lori yang dipercayai dari kawasan pembinaan projek MRT dipandu laju lewat tengah malam tadi dan menyebabkan beban yang dibawa hilang kawalan. Nasib baiklah jalan di hadapan Hotel Eastin ni tak banyak kereta sebab orang ramai dah sedia sampai ke rumah (nak bersahur pula esok tu).


So kesimpulannya banyak dah kejadian berlaku ni, siapa yang harus pihak berkuasa salahkan?
Keselamatan awam bagaikan di hujung tanduk, setiap hari terpaksa berhadapan dengan laluan merbahaya di bawah laluan pembinaan MRT dan sebagainya.

Harap² pihak berkuasa mengambil tindakan drastik dan jangan sambil lewa kerana ia projek besar dan tak boleh ditangguhkan jika kontraktor diambil tindakan. 

* teringat kejadian yang meragut nyawa sepasang suami isteri dilenyek lori disyaki dari kawasan pembinaan MRT di Cheras. Sampai sekarang lori tu tak dijumpai.

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.