Sunday 20 July 2014

Perhimpunan Aman #SolidarityForMH17 Di Kedutaan Ukraine, Selasa Ini @PDRMsia


Satu perhimpunan untuk menunjukkan solidariti kepada negara dan mangsa nahas pesawat MAS MH17 yang ditembak di Ukraine 17 Julai lalu akan diadakan di Kuala Lumpur Selasa ini.

Agendadaily difahamkan perhimpunan yang akan bermula di perkarangan bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji Jalan Ampang 3.30 petang itu juga bertujuan untuk menuntut keadilan kepada mangsa tragedi tersebut.

Poster mengenai program tersebut mula disebarkan sejak malam Sabtu.

Sehingga berita ini ditulis, tiada lagi pihak yang tampil mengaku sebagai penganjur perhimpunan solidariti #justice4MH17 itu.

Bagaimanapun dipercayai peserta perhimpunan tersebut nanti akan berarak ke Kedutaan Ukraine yang terletak berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak Ampang.

Sumber : Agendadaily

No comments:

Post a Comment

Admin blog Pendekar Melayu Ulung tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh disabitkan kesalahan akta Komunikasi dan Multimedia 2008.

Oleh itu, komen lah secara berhemah ya.